5 Perkara Elak Semasa First Date

30 April 2015

Assalamualaikum. Sebenarnya, masa nak tulis tajuk entry ini, Ayue ada terfikir. Nak tulis ke tak nak? Tapi sebab nak share juga perkara yang Ayue rasa Ayue patut share, maka terhasil lah entry ini. Ayue tahu ramai pembaca blog Ayue ini terdiri daripada adik-adik manis. Betul tak? Siapa baru lepas SPM or tengah study di Universiti atau kolej, angkat tangan! Hehe. 

Okey lah, anda yang pergi first date tu. Sila peka dengan perkara-perkara yang Ayue nak bincangkan ni ya? Mana lah tahu berguna :)

Gambar sekadar hiasan (source : google)

5 Perkara Elak Semasa First Date


1) Penampilan Berlebihan
Ayue faham anda teruja. Excited sebab first time nak dating. Tapi anda tak perlulah pakai pakaian yang keterlaluan atau berbelanja berlebihan. Cuba berpakaian yang bukan menggambarkan diri anda semata-mata untuk impress si dia, is a big NO. Be yourself. Sopan lebih bagus supaya pandangan pertama memberi persepsi yang baik. Perfume! Jangan tumpah ya. Pening nanti nak berbual. Hehe. Penampilan semasa first date sangat penting tau sebab selalu kita akan ingat bagaimana first date kita kan? Jadi, hati-hati memilih pakaian.


2) Disentuh
Kalau anda fikir teman lelaki menyentuh anda seperti menggenggam tangan masa first date tu menunjukkan dia benar-benar sayangkan anda. Hentikan lah. Lelaki seperti ini tidak menghormati anda sebagai seorang wanita. Lebih kepada mengambil kesempatan. Sepatutnya suasana semasa first date kena berjalan secara neutral bukannya intim. Ingat tu ya.


3) Tidak banyak cakap
Anda cuba untuk berlagak sopan dengan tidak banyak bercakap. Padahal, anda sendiri tahu yang anda kalau bercakap mengalahkan bullet train, made in Japan. Jangan buat macam tu, masa first date ni lah anda nak kenal antara satu sama lain. Anda akan jadi kaku dan kekok jika tidak menjadi diri sendiri. Suasana pun pasti akan bosan. Tiada salahnya kalau anda yang mulakan sesuatu topik atau aktiviti. Contohnya selfie? Eh! Haha.. Bukan. Cuba bercerita tentang hobi. Ok kan?


4) Komunikasi Sehala
Ye, Ayue tahu anda ni banyak kisahnya. Banyak perkara yang anda nak bercerita. Memang Ayue kata jangan tidak banyak bercakap. Tapi jangan pula terlebih cakap sampai anda mendominasi perbualan. Lepas anda, anda lagi. Bilanya si dia nak bercerita? Sila kawal diri. jangan gelojoh sangat ya. Hehe. Nanti dia ingat anda ni selfish. Langsung tak ada ruang untuk dia berkongsi cerita dia pula. Lelaki suka wanita yang peka terhadap dirinya.


5) Berkongsi hubungan silam
Okey. Tahu lah sebelum ni anda pernah bercinta dan putus. Anda pula jenis berterus terang. Boleh, tapi takkan lah baru jumpa anda dah nak bercerita tentang sisi gelap atau masa lampau anda semata-mata untuk dia terima anda seadanya? Jangan bunuh suasana mesra yang baru nak bermula. Mungkin anda boleh bercerita di lain hari. Beri dia dan anda masa untuk mengenali satu sama lain ya.


Ini saja yang pendapat yang Ayue rasa nak share dengan anda. Tak semestinya betul, tapi mungkin ada yang betul. Ambil yang baik-baik saja la ya? Kalau boleh, tak payah dating, kahwin terus. Haha. Tak pun, lagi best kalau boleh bawa kawan untuk teman anda. Duduk sebelah meja pun takpa, asalkan berteman. Zaman sekarang manusia tak boleh diduga. Nampak jambu, hakikatnya horror. Ingat tu!



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Kita masa 1st date dulu macam mane ek he..23x? Date ke? he...23x

    www.broframestone.com

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.