Tony Roma's | Promosi Farmer's Market

21 April 2015

Assalamualaikum. Minggu lepas, saya bersama-sama rakan blogger lain telah ke Tony Roma's untuk mencuba menu baru mereka, Tony Roma's Farmer's Market di eCurve yang akan bermula dari 13 April 2015 hingga 31 May 2015. 


Tony Roma's sememangnya terkenal dengan hidangan eksklusif terutamanya premier ribs, makanan laut dan stik di dalam hidangannya. Tentu anda tidak sabar untuk mengetahui apakah menu yang saya sebutkan dari tadi bukan? Mari saya perkenalkan satu persatu hidangan yang terdapat didalam promosi Tony Roma's Farmer's Market ini.




Market Fresh Sampling


BBQ Shrimp Tacos

BBQ Shrimp Tacos

BBQ Shrimp Tacos
Sos BBQ lada hitam, timun dan nenas.
Harga RM25.90 (RM27.45 termasuk GST)

Komen saya: Sos BBQ nya agak kuat, tetapi tetap sedap bila dimakan bersama-sama tacos yang rangup.



Green Goddess Salad

Green Goddess Salad

Green Goddess Salad
Ayam panggang, salad romaine, sos Green Goddess, tomato ceri, avocado, lobak merah, edamame, badam hiris, timun dan croutons.
Harga RM24.90 (RM26.39 termasuk GST)

Komen saya: Salah satu menu yang saya suka kerana salad yang dihidangkan segar dan rangup. Tidak pahit. Digaul pula dengan sos rahsia green goddess yang langsung tidak terasa muak walaupun makan banyak. Recommended.



Salmon With Lemon Pesto Shrimp

Salmon With Lemon Pesto Shrimp

Salmon With Lemon Pesto Shrimp
Lemon Pesto Butter, Udang, nasi dan brocolli.
Harga RM55.90 (RM59.25 termasuk GST)

Komen saya: Nasi yang lembut, dihidangkan bersama dengan salmon dan udang. Rasa lemon yang tidak terlalu kuat. Just nice. Sesuai untuk hidangan tengahari untuk mereka yang lapar.



Fillet Medallions & Black Pepper Beef Ribs Combo

Fillet Medallions & Black Pepper Beef Ribs Combo

Fillet Medallions & Black Pepper Beef Ribs Combo
Sos BBQ lada hitam manis, Bawang BBQ, kentang putar dan brocolli.
Harga RM83.90 (RM88.93)

Komen saya: Beef ribs yang sangat sedap. rasa sos BBQ tidak terlalu kuat bagi saya. Kentang putar pula mempunyai rasa yang tersendiri. Tidak seperti kentang putar biasa. Menu pilhan saya jika datang di Tony Roma's lagi. Highly recommended.



Market Fresh Pairings




Romarita

Romarita

Romarita
Gabungan jus oren manis, jus limau segar dan campuran limau masam. 
Harga RM15.90



Strawberry Romarita

Strawberry Romarita

Strawberry Romarita
Gabungan strawberry, jus oren, campuran limau masam, dan jus limau segar.
Harga RM15.90



Mango Romarita

Mango Romarita

Mango Romarita
Gabungan Mangga, jus oren, jus limau segar, dan campuran limau masam.
Harga RM15.90



Wild Berry Romarita

Wild Berry Romarita

Wild Berry Romarita
Gabungan beri liar, jus oren, jus limau segar dan campuran limau masam.
Harga RM15.90


Jangan lepaskan peluang untuk mencuba kesemua hidangan Farmer's Market ini ya. Bukan itu sahaja, sempena Hari Ibu yang bakal berlangsung pada bulan May nanti, Tony Roma's telah menganjurkan satu peraduan.


Anda boleh memenangi 3 hidangan untuk ibu anda bernilai RM100 dengan hanya 3 langkah mudah.

1) Menjamu selera di Tony Roma's
2) Ambil gambar ibu anda bersama-sama menu kegemarannya
3) Post di Facebook Tony Roma's dengan caption mengapa ibu anda layak untuk menerima Mother's day treat dalam kurang dari 50 patah perkataan.

Peraduan ini berlangsung dari 20 April to 5th May 2015. 


Dan juga promosi ini. Buy 2 FREE 1 di Main Entree.


Bermula dari 20 April hingga 26 April 2015 di outlet eCurve, Setia City Mall, NU Sentral dan Citta Mall sahaja.





xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.