Monster's Crazy Crunchy | Coklat Sedap Versi Rainbow

21 May 2015

Assalamualaikum. Kebelakangan ni Ayue asyik nampak orang post sana sini gambar coklat dalam jar dengan rice bubbles warna pelangi. Alahai, terliurnya! Mengghairahkan sungguh. Boleh tergugat iman diet macam ni. Haha.


Risik punya risik, rupanya coklat dalam jar tu Monster's Crazy Crunchy (MCC) keluaran baru dari Monster's Food Sdn Bhd versi Rainbow. Patut lah nampak mengiurkan, produk dari Monster's Food memang sedap gila kot. Kalau sebelum ni MCC dalam versi rice bubbles tanpa warna, kali ni MCC tampil dengan versi baru iaitu versi rainbow. Nampak lebih menarik kan? Warna warni gitu. Kanak-kanak confirm tertarik nak makan. 



Saat MCC ni masuk mulut Ayue, tak dapat nak gambarkan betapa nikmatnya rasa coklat tu cair di mulut. Haha. Bukan main lagi, tapi memang betol, sedapnya la hai MCC ni. Digaul dengan pula dengan rice bubbles tu, rangup je bila makan. 


Kalau nak lagi feel bila makan, cuba trick ni. Terbalik kan jar. Rendam jar dengan air panas di bahagian penutup supaya coklat akan jadi cair. Percayalah, lagi cair coklat tu, lagi sedap bila dimakan. Bila coklat cair, lagi senang nak gaul. Semua rice bubbles akan kena coklat. Puas lah makan kan? Tak timbul isu tak cukup coklat sebab coklat dalam jar tu memang banyak. 


Fuhh, tengok ni. Siapa yang tak terliur? Sekali dah rasa, memang kunyuk makan sampai tak sedar dah habis. Lagi-lagi kalau makan sambil tengok TV malam-malam tu. Coklat kan boleh release tension. Penat kerja hilang terus rasanya. Ayue pula suka makan sikit-sikit, sebab nak rasa betol-betol nikmat coklat dalam MCC ni.




Haa, teringin juga lah tu kan? Tau dah. Jom order dekat sini ya :


Monster's Crazy Crunchy (MCC)
MCC Hotline: 013 889 004 (Whatsapp)
Price: RM7.00 per jar (250g)
Ingredients: Milk Chocolate, Cooking Chocolate, Rice Bubbles




Kesemua testinomi MCC ni boleh tengok di Instagram MCC sendiri. Ramai yang puas hati dengan rasa MCC ni tau.



Untuk info lanjut tentang MCC, boleh layari :

Website : www.crazycrunchy
Instagram : Monster's Crazy Crunchy




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.