Sottozero | Gelato Bukan sekadar Ais Krim Itali

15 May 2015

Assalamualaikum. Selain dari ais krim, sekarang ni Ayue dah makin gila makan gelato. Haa, mesti ada yang fikir, gelato dengan ais krim tu kan sama? Benda sejuk, sedap dan cair bila panas. Salah tu. Kalau anda nak tahu, gelato dengan ais krim ni ada bezanya.

Majoriti ais krim yang dijual di pasaran, sama ada jenama tempatan atau pun antarabangsa sudah pun dihasilkan berminggu-minggu dan berbulan-bulan. Dah tak segar. Tidak banyak kedai atau kiosk ais krim yang menyediakan ais krim segar yang dibuat setiap hari.


Fakta tentang gelato:
  • Gelato bermaksud ais krim dalam bahasa Itali
  • Gelato kurang berlemak berbanding ais krim. Kebiasaannya ais krim mengandungi krim dan lemak yang tinggi sekurang-kurangnya 10 peratus. Gelato pula menggunakan lebih banyak susu berbanding krim dan kebiasaannya menggunakan kurang kuning telur (sekiranya ada).
  • Bagi mengekalkan kemampatan dan pengayaan rasanya, gelato diadun pada gerakan lebih perlahan berbanding ais krim. Ais krim diadun lebih laju dan kebiasaannya amaunnya akan bertambah sekurang-kurangnya 25 hingga 90 peratus menerusi udara serta proses adunan sekali gus menjadikannya lebih lembut. 
  • Kebiasaannya gelato dihidangkan sedikit panas berbanding ais krim. Sekiranya ais krim dihidangkan pada suhu yang sama seperti gelato, ia akan mencair dan menjadi lebih berair. Sebaliknya terjadi jika gelato dihidangkan pada suhu ais krim, ia akan menjadi keras dan kehilangan tekstur elastiknya.

Beza kan? Kalau diberi pilihan antara aiskrim dan gelato, anda pilih yang mana? Kalau Ayue, mesti lah gelato! Antara kedai yang menyediakan gelato unik yang dihasilkan terus di kedai oleh pakar gelato Itali adalah Sottozero.


Model Perniagaan dan Konsep Sottozero dirujuk dan diinspirasikan daripada Gelato Messina, (www.gelatomessina.com), rantaian gelato yang pernah memenangi anugerah di Australia dan dengan sedikit sentuhan daripada kafe popular di Melbourne, Brunetti Café (www.brunetti.com.au).


Sottozero menawarkan menu yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 24 perisa Gelato segar yang disediakan secara harian (55%) di kedai menggunakan bahan-bahan semula jadi berkualiti tinggi bersama Kek Gelato pelbagai rekaan dan perisa (20%), Kopi dan minuman Sejuk (15%).



Kesemua jenis kopi, latte, kapucino Itali dan granite buah-buahan Itali yang disediakan secara langsung bersama variasi perisa seperti lemon, pistasio, strawberi, mangga, oren dan tembikai serta banyak lagi.





Antara yang mejadi kegemaran Ayue adalah perisa vanila, kinder bueno dan caramel popcorn. Percaya lah, rasanya langsung tak macam ais krim. Anda akan rasa macam makan kinder bueno saja, bukan ais krim. Yang perisa Nutella pula memang sebiji macam Nutella. Anda wajib cuba kesemuanya tau.

Sajian lain berupa Pastri Itali seperti cannoli bersama kastard, bomboloni, minion dan crepe yang dihasilkan daripada buah-buahan serta bahan-bahan lain pula membentuk 10% penawaran.



Menariknya, Sottozero mengimport kesemua Gelato dan bahan-bahan bagi menghasilkan manisannya termasuk kon wafel dan biskut wafer terus dari Itali. Ia turut menggunakan buah-buahan bermusim segar yang menjalani proses pemilihan awal sebagai salah satu kandungan utamanya. Wah! macam duduk di Itali pula kan. Semuanya di import dari Itali.


Antara gelato yang Ayue sempat tengok dihasilkan sendiri oleh pakar gelato dari Itali, Creaco Antonino. Bukan senang nak buat dan hias gelato ni dalam masa yang singkat, tapi pakar Mr Creaco Antonino ni buat sekejap je siap.



Sottozero meliputi ruangan berkeluasan 720 kaki persegi dan mampu menempatkan 40 pengunjung dalam satu-satu masa. Ia dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.



Pengasas Sottozero Edwin Saw, Stefano Romeo, George Roiniotis



Jadi, kalau anda ke Putrajaya, jangan lupa singgah ke Sottozero okey? Pasti anda takkan menyesal sebab Ayue sendiri dah rasa kesemua 24 flavor yang ada. Sedap sangat! Sampai tak tahu nak pilih yang mana nak bawa balik. 



Sottozero
Lot G 21-22, Ground Floor,
Alamanda Putrajaya Shopping Centre,
Jalan Alamanda, Precint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Malaysia.


Opening Hours: 10am – 10pm Daily




xoxo,


post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.