ENCHANTEUR | Pertingkatkan mutu Enchanteur Love

23 June 2015

Assalamualaikum. Sebut saja wangian dari Enchanteur, mesti anda dah terbayang iklan-iklan romantik dekat dalam TV tu kan? Sama lah dengan Ayue. Dari zaman Ayue kecil lagi, jenama Enchanteur memang dah terkenal. Ayue pun pernah pakai dulu tau. Baru-baru ni Ayue berkesempatan ke majlis pelancaran semula Enchanteur Love, wangian yang diperbaharui mutunya.


Anda tahu tak, kunci yang sangat penting untuk cinta yang berpanjangan adalah dengan cara menghidupkan cinta itu sendiri. Salah satu cara untuk mengekalkan rasa cinta itu adalah dengan menggunakan wangian kerana ia memberi kesan terhadap perasaan, emosi dan tingkah laku kita. Wangi-wangi baru lah sayangkan? Hehe.

Enchanteur yang sangat sinonim dengan inspirasi percintaan melalui koleksi wangian yang diilhamkan dari Perancis, baru-baru ni melancarkan semula koleksi Enchanteur Love mereka. Enchanteur Love ini datang dengan 3 wangian signature mereka iaitu Enchanteur Forever Love Eau de Toilette, Enchanteur Celebrate Love Eau de Toilette dan Enchanteur Passionate Love Eau de Toilette.


Rangkaian produk yang diperbaharui ini diformulasi dengan lebih baik, bau yang lebih tahan lama dan dibungkus dengan reka bentuk kotak yang baru. Selain itu warna botolnya juga diwarnakan untuk mempengaruhi mood.


Amber
Enchanteur Forever Love Eau de Toilette menandakan kasih yang kekal
Bergamot, Lemon, Mandarin, Cassis, Pineapple, Apple, Roses, Jasmine, Geranium, Fressia, Warm Musk and Amber



Pink
Enchanteur Celebrate Love Eau de Toilette melambangkan cinta sejati

Bergamot, White Peach, Pineapple, Red Peony, Passion Fruit, Warm Cedarwood, Golden Amber and Musk



Red
Enchanteur Passionate Love Eau de Toilette melambangkan cinta intim.

Sicilian Bergamot, Wild Red Berries, Pink Peaches, Noir Crystalline Rosesand, Violet, Amber and Sandalwood


Di majlis pelancaran itu juga, Enchanteur memperkenalkan duta baru mereka iaitu Fouziah Gous dan suaminya, Md Zhafran Md Yusof. Pemilihan Fouziah Gous dan suaminya sebagai duta baru Enchanteur Love sangatlah sesuai kerana kisah cinta mereka yang sangat romantis. Md Zhafran Md Yusof melamar Fouziah Gous di dalam helicopter yang dipandu sendiri olehnya. Romantik sungguh. Mereka bertunang pada June 2013 dan berkahwin pada September 2014 lepas.




“Keeping romance alive can help a couple fight all odds and sustain a lifelong relationship. Small gestures are as important as grand romantic displays to keep the spark alive and ensuring love lasts. However, it’s not realistic to expect grand romantic displays as often, thus little gestures such as making him a cup of tea, saving him the last bite of dessert and spraying on perfume to catch his attention are some other ways to re-ignite romance in a relationship” kata Fouziah Gous, duta baru Enchanteur Love.


Koleksi Enchanteur Love boleh didapati dengan harga RM 33.50 per botol 50ml Eau de Toilette termasuk GST di semua kedai-kedai besar, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.


Untuk maklumat lanjut tentang Enchanteur Love, boleh layari :





xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. omo omo... cantiknyaa bentuk botol dia. baguslahh, perfume ecah dan nazak ni. hukhuk

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.