XES Signature 2015 | The Tales Of Olympus

06 June 2015

Assalamualaikum. Ini kali kedua Ayue dijemput hadir ke event bersama XES. Teruja sangat nak pergi event kali ni sebab Ayue tau event XES selalunya awesome! Tambahan pula kali ni event untuk pelancaran koleksi signature 2015 mereka iaitu The Tales Of Olympus. Excited!.


Sampai je di Quill City Mall, Ayue tengok ramai rakan-rakan blogger lain yang dah hadir. Masing-masing sibuk terjah di booth yang disediakan di sana. Ada booth untuk make over, booth games. macam-macamlah. Semua tu adalah dari penaja untuk event XES kali ni iaitu Fitness First Malaysia, Luffy Buskers, Ethnic Sense, Sence & Style Beauty Academy, Occubite, Nelson's, The Sompton Spa, BMS Organics, YFS Concept Store, Sakura Kristal, OxyOne, dan MaskSlim. Ayue oun tak lepaskan peluang okey.



Ada juga persembahan dari Fitness First Malaysia dengan persembahan Gambit mereka. Acara kemuncak untuk hari tu adalah acara fashion show The Tales Of Olympus di mana Ayue dapat lihat kesemua koleksi singature 2015 tu. Menarik sangat kesemuanya. Ayue sangat tertarik dengan design bag baru mereka. Harus dibuat koleksi ni.






XES Signature 2015 | Tales of Olympus

Mempunyai 12 group design, antaranya Tales of Heart, Tales of Music, Tales of Enchantment, Tales of Belief dan lain-lain. Koleksi kasut yang paling selesa untuk memikat hati perempuan.








Buat lelaki, anda jangan risau, di XES juga terdapat pelbagai pilihan untuk lelaki. Cepat-cepat bawa ayah, abang, adik, pakcik semua ke sana okey. Koleksinya semua stylo habis. Bukan sahaja koleksi kasut, koleksi bag juga ada dan sesuai untuk dibawa ke pelbagai acara.

Keseluruhan, harga untuk XES Signature 2015 ni adalah diantara RM149.90 hingga RM159.90 dan beg pula berharga RM249.90. Semua harga adalah termasuk 6% GST.

Jom dapatkan koleksi XES ni untuk raya? Hehe. XES, kasut yang berkualiti, selesa dengan harga yang sangat berpatutan.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Instagram : @xesshoes





xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.