#DASHINGgoesMANCITY kini kembali untuk musim kedua

07 July 2015

Rebut peluang untuk bermain seperti pemain bola sepak Manchester City di Manchester, UK!

Jenama produk penjagaan lelaki Malaysia yang bereputasi tinggi dan dipercayai “Dashing” dengan bangganya mengumumkan peraduan DASHINGgoesMANCITY musim kedua kini kembali. Lanjutan dari kejayaan musim pertama, peraduan musim kedua kini kembali dengan lebih hebat dari yang sebelumnya. Dashing akan memilih 11 orang pemenang bertuah untuk merasai pengalaman beraksi seperti pemain bola sepak Manchester City selama 3 hari.


Dashing akan menawarkan ganjaran kepada peminat bola sepak Malaysia yang pastinya merupakan peluang sekali dalam seumur hidup iaitu peluang untuk menyertai kem latihan bola sepak selama 3 hari di Pusat Latihan MCFC dengan jurulatih rasmi MCFC. Satu SMS ringkas dengan setiap pembelian mana-mana produk Dashing atau Elite mungkin membuka peluang anda untuk memenangi pakej pelancongan 6 hari dan 5 malam di Manchester, UK dengan tiket pergi-balik serta penginapan percuma. 

Bukan itu sahaja, para pemenang juga berpeluang untuk berjumpa dengan pasukan pertama dan merasai pengalaman menyaksikan perlawanan utama di ruangan kelas VIP di “Mancunian Suite”. Dashing akan mengumumkan 11 pemenang bagi kempen ini yang merupakan kesebelasan Pasukan Dashing untuk merasai peluang seumur hidup ini di UK. Ini pastinya merupakan pengalaman yang tidak ternilai dan mimpi yang menjadi kenyataan bagi para peminat bola sepak.

Rishi Pahwa, Pengurus Pemasaran untuk Dashing, berkata: “Dashing adalah satu-satunya jenama produk penjagaan lelaki dari hujung rambut ke hujung kaki di Malaysia yang membantu jejaka moden untuk mempamerkan keyakinan mereka dan tampil segak bergaya. Musim pertama peraduan Dashing Manchester City mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan menyedari minat dan semangat dalam bola sepak terutamanya BPL, kami dengan bangganya mempersembahkan peraduan DASHINGgoesMANCITY musim kedua di mana kami mahu memberi ganjaran berupa pengalaman bermain bola sepak itu sendiri kepada pengguna DASHING. Peraduan ini direka dengan cara yang sangat mudah iaitu dalam format SMS dan Menang tanpa sebarang had dalam pembelian bagi memastikan semua peminat bola sepak mendapat peluang.

“Pernahkah anda berangan-angan untuk beraksi bersama-sama dengan pemain Manchester City? Dalam pertandingan musim kedua ini, pengalaman VIP sekali seumur hidup dihangatkan lagi dengan peluang untuk berlatih seperti para pemain Manchester City di kem bola sepak selama 3 hari yang dijalankan oleh Manchester City FC. Peluang keemasan ini dibawa secara eksklusif kepada anda oleh DASHING, rakan kongsi rasmi Manchester City di Malaysia” tambah beliau lagi.

Peraduan ini bermula Julai ini dan akan berterusan hingga Disember tahun ini. Ini merupakan kempen selama 6 bulan dan pengumunam pemenang akan dibuat dalam 2 fasa :


Fasa pertama akan berlangsung dari 1 Julai hingga 30 September 2015. Pemilihan bagi 5 pemenang pusingan pertama akan dibuat awal Oktober. 

Fasa kedua pula akan berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2015 dan 6 pemenang akan diumumkan pada awal Januari. 


Kesemua 11 pemenang akan menikmati percutian 6 hari 5 malam ke UK untuk merasai sendiri pengalaman hebat bola sepak pada Februari 2016.

Ini adalah peraduan SMS dan Menang. Menangi peluang eksklusif ini dengan beberapa langkah mudah. Pengguna boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan pembelian mana-mana produk Dashing atau Elite di mana-mana kedai yang mengambil bahagian di Malaysia dan hanya dengan menghantar SMS sahaja yang diperlukan untuk menyertai peraduan ini. 

Untuk menggalakkan penyertaan dan merealisasikan impian semua peminat bola sepak Malaysia, tiada had bagi jumlah pembelian atau kuantiti barangan yang perlu dibeli untuk penyertaan. Walaupun hanya dengan pembelian satu produk Dashing (Harga bermula dari RM5.10) atau Elite (Harga bermula dari RM 3.50) anda layak untuk menyertai peraduan ini.


Untuk menyertai peraduan, pengguna perlu menaip (DASHING)<jarak>(Tarikh resit HHBBTT)<jarak>(Jumlah resit RM0.00)<jarak>(12 Digit No. Kad Pengenalan)<jarak>(Nama) dan hantarkan ke 36266 (CONTOH: DASHING 150715 RM4.55 890808145577 Zaini Daud). 

Satu resit adalah hanya untuk satu penyertaan dan satu SMS sahaja. Lebih banyak pembelian dengan lebih banyak resit melayakkan anda untuk menghantar lebih banyak SMS penyertaan. Jadi, dengan lebih banyak pembelian, anda akan lebih hampir dengan pertandingan EPL kegemaran anda. Sila pastikan resit asli disimpan sehingga tamat pengumuman pemenang. 

Tempoh peraduan: 1 Julai 2015 – 31 Disember 2015 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/Dashing.MY atau hubungi talian bantuan di 0380238311


Jadi apa yang anda tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda meraikan minat anda terhadap bola sepak dan serlahkan bintang bola sepak Manchester City dalam diri anda dengan Dashing, peneraju jenama wangian lelaki di Malaysia.


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.