Hada Labo 5-in-1 UV Gel Sunscreen

20 July 2015

Dalam misi kami untuk mencipta kejutan yang menggembirakan pengguna kami, Hada Labo telah membangunkan pelindung matahari baru yang bukan sahaja membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang berbahaya tetapi juga mengandungi kebaikan alam semula jadi untuk memastikan kulit anda dilindungi dengan sempurna dan pada masa yang sama terasa selesa , licin dan lembut.

Hada Labo 5-in-1 UV Gel Sunscreen bukan pelindung matahari biasa kerana ia lebih daripada sekadar melindungi kulit anda daripada sinaran UV. Ia adalah krim tabir suria semua-dalam-satu yang juga berfungsi sebagai Esen, Emulsi, Asas Solekan dan Primer. 5-in-1 UV Gel Sunscreen juga mengandungi SPF 50+ PA ++++ yang melindungi kulit daripada spektrum luas UVA dan UVB.

Formula ultra ringan yang meluncur serta menyerap ke dalam kulit dengan cepat untuk membekalkan manfaat lembapan serta nutrien yang diperlukan. Dan pada masa yang sama, ia juga membantu menyediakan kulit untuk aplikasi solekan mudah dengan mengimbangi tona kulit dan melicinkan permukaan kulit. Produk luar biasa ini bukan sahaja membantu solekan tahan lebih lama, tetapi juga menyerlahkannya.

Kini anda tidak perlu lagi bimbang tentang memakai pelindung matahari sebelum melangkah keluar dari rumah, kerana kulit anda mendapat apa yang diperlukan selepas memakai pelembap. 5-in-1 UV Gel Sunscreen SPF 50+ PA++++ melindungi anda.

5-in-1 UV Gel Sunscreen diperkaya dengan bahan-bahan penghidratan terbaik. Ia juga pH seimbang dan bebas daripada pewarna, pewangi, minyak mineral dan derivatif haiwan, yang menjadikan ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Hada Labo 5-in-1 UV Gel Sunscreen, 50g (RM52.90) akan berada di semua farmasi utama seluruh negara bermula Jun 2015.



xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.