Hada Labo Perfect Gel | Pelembap 5-IN-1 UV

10 July 2015

Assalamualaikum. Hada Labo telah melancarkan penjagaan kulit sempurna di dalam satu bekas dengan tujuan untuk memudahkan rutin penjagaan kulit anda. Dengan 5-in-1 UV Perfect Gel baru yang menjadi tambahan kepada rangkaian Perfect Gel, langkah-langkah penjagaan kulit anda bukan sahaja dipendekkan tetapi juga memberikan keberkesanan yang lebih baik.


5-in-1 UV Perfect Gel berfungsi sebagai Pelembap, Serum, Pupur, Asas Solekan dan Primer yang datang dengan perlindungan matahari SPF 50+ PA++++. Diformulakan untuk memberi penghidratan mendalam dan berkekalan untuk kulit, UV Perfect Gel mengandungi Asid Hyaluronic Nano dan Asid Hyaluronic yang memastikan kulit akan kekal lembap sepanjang hari. Ia juga mengandungi Derivatif Vitamin C, sejenis antioksidan yang kuat dan yang dapat sekatakan tona kulit dengan jelas untuk meningkatkan kecerahan kulit dan mencegah bintik-bintik hitam.


Tekstur gelnya sangat ringan dan tidak berminyak. Ia meresap dan menembusi kulit dengan mudah dan menjadikan kulit lembut sepanjang hari. Ia sesuai sebagai pelembap dan pupur siang. Ia membantu untuk mengembalikan kelembapan dan meremajakan kulit untuk kulit yang licin & sempurna terhidrat. UV Perfect Gel juga boleh digunakan sebagai asas solekan atau primer untuk menyediakan kulit sebelum solekan. Ia meratakan permukaan kulit dan membantu solekan bertahan lebih lama.


Jika lembapan mendalam adalah apa yang kulit anda perlukan, Hada Labo 3-in-1 Hydrating Perfect Gel adalah sempurna untuk anda kerana ia berfungsi sebagai pelembap, serum dan pupur malam semua dalam satu bekas. Ia mengandungi lima jenis bahan berkhasiat dan melembap yang merangkumi 3 jenis Asid Hyaluronic ( Asid Hyaluronic , Super Hyaluronic Acid & Nano Hyaluronic Acid) yang membekalkan keupayaan pengekalan lembapan yang sangat baik, Hydrolyze Collagen untuk meningkatkan keanjalan kulit untuk kulit yang lebih padat dan lebih diangkat serta Ceramide yang terus menyuntik lembapan ke dalam kulit untuk penghidratan serta merawat kulit yang kekeringan.



Bagi mereka yang sedang mencari produk pencerahan dan penghidratan, Hada Labo 3-in-1 Whitening Perfect Gel juga dilengkapi dengan gabungan serum , pupur malam dan pelembap. Tekstur gel yang pekat menyediakan penghidratan bertahan lama apabila anda tidur dan anda akan kagum apabila anda bangun pada keesokan harinya. Bukan sahaja anda akan melihat kulit berseri tetapi tona kulit yang lebih cerah. Ia mengandungi Arbutin yang membantu mencerahkan tona untuk menampilkan kulit cerah yang sihat serta Vitamin C yang menanggalkan kulit kusam akibat sinaran UV untuk penampilan kulit yang berseri semula jadi.


Kesemua produk Hada Labo Perfect Gel dirumuskan dengan bahan-bahan penghidratan terbaik. Ia juga pH seimbang dan bebas daripada pewarna, pewangi dan minyak mineral, yang menjadikan ia sesuai untuk semua jenis kulit. Kedua-dua 3-in-1 Whitening Perfect Gel dan 3-in-1 Hydrating Perfect Gel ideal digunakan sebagai pelembap pada wajtu siang dan juga sebagai pupur sebelum tidur. Ia membantu untuk membaik pulih, merawat dan menyegarkan semula kulit sementara anda tidur dan bangun dengan kulit yang licin dan terhidrat dengan sempurna.


Manjakan kulit anda dengan Hada Labo Perfect Gel selepas pembersihan & mamakai losen pada wajah anda. Guna jumlah yang secukupnya pada wajah dan leher kemudian urut dengan lembut sehingga gel meresap.

Hada Labo 5-in-1 UV Perfect Gel, 90g (RM94.90) akan berada di kesemua farmasi utama seluruh negara bermula Jun 2015, sementara 3-in-1 Whitening Perfect Gel, 80g (RM94.90) dan 3-in-1 Hydrating Perfect Gel, 80g (RM94.90) sudahpun berada di farmasi-farmasi seluruh negara.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Falsafah penjagaan kulit Hada Labo:

“PERFECT X SIMPLE”
Untuk kesempurnaan dan kesederhanaan muktamad

Hada Labo menggunakan bahan-bahan yang terbaik, paling tulen yang amat berkesan untuk memberikan anda keputusan kulit cantik yang muktamad. Diilhamkan oleh kebijaksanaan kecantikan tradisional Jepun, Hada Labo mengambil falsafah "tidak lebih tidak kurang" dalam pembentukan produk untuk nisbah bahan-bahan "sempurna" untuk memberikan hasil yang optimum. Bahan tambahan yang seperti pewarna, pewangi dan minyak mineral yang akan membebankan kulit tidak diperlukan. Hanya bahan-bahan penting yang memberi manfaat kepada kulit dikekalkan bagi memastikan keberkesanan maksimum - Hanya yang terbaik untuk kulit anda dan itu sahaja

----------------------------------------------------------------------------------------



xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.