MILO Champions Never Give Up

25 August 2015

Assalamualaikum. Kanak-kanak perlu dididik dengan pelbagai sifat-sifat positif dalam hidup sejak dari mereka kecil lagi. Salah satu sifat yang sangat penting perlu ada dalam diri seseorang adalah sifat tabah. Ketabahan menjadi perbezaan yang penting samaada seseorang kanak-kanak itu akan berjaya atau gagal dalam perjalanan hidup mereka kelak. 

Baru-baru ini Ayue sempat ke majlis Juara Takkan Gentar MILO bersama rakan media yang lain. MILO percaya bahawa sukan ialah guru nilai-nilai hidup yang terbaik kepada kanak-kanak. Ia akan menjadi pembakar semangat di sebalik usaha Juara Takkan Gentar MILO (MILO Champions Never Give Up) untuk bertindak sebagai sokongan kepada golongan ibu dan kanak-kanak.


Dengan beranggaan bahawa sikap positif adalah satu perkara kecil yang mampu memberi kesan besar, MILO Champions Never Give Up menyentuh aspek asas pendidikan sukan secara lebih mendalam. Ini kerana menang bukanlah sekadar mencapai kemenangan yang mengujakan. Tetapi kanak-kanak yang belajar untuk bangkit semula daripada kegagalan akan memperoleh kemahiran hidup yang cukup bernilai dan mendewasakan mereka.


Kami terus komited untuk memupuk nilai-nilai sukan. Ini kerana kami telah melihat sendiri testimonial-testimonial sebenar kuasa nilai-nilai sukan sepanjang usaha kami yang sudah menjangkau berdekad-dekad lamanya,” kata Pengarah Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestlè Products Sdn. Bhd., Philomena Tan.

Tambah beliau lagi, “Sukan mampu memberi pengajaran yang positif kepada anak muda, sesuatu yang tidak diajar oleh buku di sekolah. Kami lihat kuasanya mampu memberi kejayaan kepada rakyat Malaysia seperti Datuk Santokh Singh, Ann Osman, Khairulnizam Afendy dan Welson Sim. Semangat Takkan Gentar adalah bukti dan amat penting dalam pencapaian mereka. Kita semua harus setuju bahawa amat penting untuk memiliki sikap yang betul sejak kecil lagi.

Kini, hampir semua perkara sudah menjadi seperti satu pertandingan dalam masyarakat kita. Jadi, semangat Takkan Gentar sememangnya cukup relevan untuk diusahakan. Jika anak-anak anda ingin berjaya dalam dunia yang sangat kompetitif ini, mereka perlu belajar bertahan dan tidak mengalah. 

Seorang kanak-kanak sangat mudah untuk melakukan kesilapan dan putus asa dengan cepat atau silap dalam mentafsirkan sesuatu kemenangan. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak pada zaman moden ini.

Menyedarkan ibu bapa bahawa mereka memainkan peranan penting dalam mendidik sikap positif dan tidak pernah mengalah terhadap anak masing-masing merupakan aspek penting dalam kempen MILO Champions Never Give Up ini. Ibu bapa merupakan pembimbing anak-anak setiap masa. Sokongan daripada ibubapa sememangnya satu elemen yang amat diperlukan untuk kesejahteraan hidup anak-anak.

Obses terhadap kemenangan mampu mengabaikan semua nilai yang telah dipelajari oleh seorang kanak-kanak di atas padang. Jurulatih pertama yang terbaik untuk membimbing kanak-kanak dalam pembelajarannya ialah ibubapa. Ibubapa perlu faham bahawa mereka tiada pilihan selain daripada menjadikan sukan sebagai satu elemen pembelajaran kerana fokusnya bukanlah kemenangan semata-mata. Kami mahu semua ibubapa tahu bahawa kami akan sentiasa menyokong mereka. Pada masa yang sama, kami cuba membantu dengan menawarkan nilai-nilai yang mereka boleh gunakan untuk melatih anak-anak pada setiap hari,” kata Tan.

Setiap bulan, MILO menganjurkan acara pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Bermula dari pada kem-kemasukan yang menyeronokkan, pertandingan di antara sekolah sehinggalah kejohanan di peringkat kebangsaan. 


Semua aktiviti dan keterlibatan ini dilaksanakan dengan satu matlamat iaitu memupuk nilai-nilai sukan yang hebat dalam kalangan kanak-kanak,” tambah Tan. “Kami bekerja sama rapat dengan ibubapa dan para pakar kerana kami menghargai pandangan mereka sebagai jurulatih kehidupan. Kem-kem dan klinik sukan kami disokong serta diiktiraf oleh banyak persatuan ibubapa, badan-badan kerajaan dan sekolah.

Inisiatif MILO Juara Takkan Gentar turut menyaksikan pelancaran satu siri realiti televisyen Takkan Gentar. Siri sepanjang 8 episod itu mengisahkan perjalanan sebenar sebuah pasukan bola sepak tempatan, Ombak FC dalam mencapai kemenangan di atas padang. Pada masa sama belajar tentang nilai-nilai yang hanya boleh dipelajari daripada sukan.

Siri Takkan Gentar menyatukan mentor-mentor profesional seperti Santokh Singh (pemain bola sepak lagenda), Ann Osman (peninju MMA wanita), Fatimah Abu Bakar (jurulatih selebriti), Saiful Razlan (bekas gimnas kebangsaan), dan Nazzab Hidzan (pemenang piala Malaysia). Siri ini telah disiarkan bermula 18 Ogos 2015 lepas.


MILO tidak lupa tentang pentingnya membangunkan sukan ke peringkat paling tinggi dan tahap akar umbi juga tidak diabaikan. Sebabnya, itulah usia di mana kanak-kanak amat memerlukan bimbingan. “Apa pun, perjalanan seorang juara bermula di rumah,” jelas Tan. “Kami harap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai ibu bapa untuk melihat sendiri kuasa perubahan yang mampu dilakukan oleh sukan. Terutama apabila mereka melihat bagaimana pasukan Ombak FC belajar tentang nilai-nilai sosial dan moral yang penting seperti kerja berpasukan, kesetiaan, ketabahan dan kekuatan mental.

Pada majlis pelancaran, galeri juara-juara MILO mempamerkan para juara sukan serta kisah-kisah Takkan Gentar atlet sejak tahun 1950-an untuk memberi inspirasi kepada pengunjung.

Tan menyimpulkan bahawa:“Kami ingin membentuk kejayaan masa depan anak-anak berdasarkan kejayaan yang telah dicapai oleh kami di masa lalu. Semua atlet yang dipaparkan pada pameran juara pada hari ini sentiasa menjadi penyokong kuat MILO kerana mereka juga percaya tentang kuasa nilai sepanjang hayat menerusi sukan. Kami akan bekerjasama secara kolektif untuk mengingatkan para ibu bapa tentang pentingnya nilai-nilai sukan serta mendefinisikan semula bagaimana mereka melihat kegagalan. Hari ini adalah permulaan untuk menyebarkan semangat Takkan Gentar kepada lebih banyak keluarga dan kami akan terus berpegang pada komitmen ini.”


Jika anda ingin melihat perkembangan MILO dan para juara Malaysia dalam Juara Takkan Gentar, sila gunakan #nevergiveup dan #takkangentar.



xoxo,

Join the conversation!

  1. milo ni dari dulu lg minum ^_^

    **zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. milo fav PG. tapi kalau ambik pada waktu pagi je confirm ZZZZ dekat office :D

    ReplyDelete
  3. Tak try lagi milo yang baru tu. Dengar hari tu nomi dapat bawak balik banyak milo botol baru tu kan?

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.