Majlis Pelancaran Radio MaTic.fm

15 September 2015

Assalamualaikum. Baru-baru ini Ayue telah ke pelancaran MaTic.fm yang diadakan di Salamo Bistro, Kuala Lumpur. Matic.fm merupakan salah satu inisiatif strategik Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menyemarakkan lagi sektor pelancongan dan kebudayaan negara.

Sampai saja Ayue disana, upacara pembukaan sedang diadakan. Sangat meriah dan mengujakan kerana suasana sangat havoc dengan tarian dan musik yang dibawakan live dari penari dan live band Istana Budaya. Malah, upacara memperkenalkan DJ radio MaTic.fm secara tarian dan karekter kartun yang hadir juga menarik perhatian.



Antara penyampai radio yang terlibat adalah Ritchie Rahman, Nizal Mohamad, Aziz Desa, Brolan, Arie, Azz, Aishah, Cha Sulaiman, Lia Omey, Char-B, Helmi dan Zam Mui. Untuk pengetahuan anda, kesemua DJ ini menjalankan tugas secara sukarela, bersesuaian dengan konsep NBOS Voluntourism.


Majlis pelancaran Radio MaTic.FM ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.


Radio yang berteraskan informasi pelancongan dan kebudayaan ini mengunakan teknologi internet protocol (IP Radio) dan boleh didengar dan ditonton di seluruh dunia secara atas talan (Online) sama ada menerusi aplikasi mudah alih Tune In di telefon pintar ataupun menerusi laman web www.matic.fm .

Radio MaTic.fm akan bersiaran selama 24jam dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Antara segmen yang akan menarik perhatian pendengar adalah Best Of Malaysia, Anjung Budaya, We Are The Host, Sembang Santai,Citarasa Malaysia, Celebrity Escape dan banyak lagi.


Selain pelancaran Radio MaTic.FM, Movie Animation Park Studio ( MAPS) juga diperkenalkan. Ayue pernah bercerita tentang MAPS sebelum ini kan? Anda boleh baca lebih lanjut tentang MAPS di sini :



Tak sabar rasanya nak tunggu MAPS ni buka awal tahun depan. Mesti seronok.



Untuk maklumat lanjut tentang Radio MaTic.fm, boleh layari : 

Radio MaTic.fm : http://www.matic.fm/

Manakala untuk MAPS, boleh layari :



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.