Assalamualaikum. Penjagaan wajah seawal peringkat remaja penting kerana kulit remaja lebih cenderung untuk menjadi kusam dan berminyak. Pori akan mudah tersumbat dengan habuk dan kotoran menjadikan jerawat mudah timbul dan menjadikan kulit kasar.

Sebab tu dari seawal remaja lagi Ayue dah mula mencuci muka dengan pencuci wajah yang betul. Bukan dengan hanya menggunakan sabun badan. Kalau anda perasan, ramai remaja diluar sana yang mempunyai masalah kulit wajah kerana mereka berada dalam proses peningkatan umur dan perubahan hormon. 


Macam zaman Ayue remaja dulu, memang banyak masalah kulit! Jerawat tumbuh dengan jayanya. Tak cukup dengan itu, kulit pun sangat kusam dan hitam. Maklum lah, dulu Ayue memang tak menjaga langsung kulit wajah ni apatah lagi nak berdandan. Masa tu Ayue kurang pengetahuan tentang penjagaan muka ni. Bila jerawat tumbuh, mulalah nak sedih. Hehe.

Terima kasih pada Safi Malaysia, kini adik-adik yang mempunyai masalah kulit wajah tidak perlu risau lagi. 


Safi jenama Halal No.1 Malaysia mengambil inisiatif untuk memperkenalkan rangkaian pembersih wajah asas yang sesuai untuk kulit remaja yang diformulasi khas untuk gadis berumur 12 tahun keatas.

Safi Fruity Fresh diperkaya dengan 100% buah-buahan dan amat sesuai untuk setiap jenis kulit wajah. Dengan gabungan gel dan “Micro Beads”, ia mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si gadis. Formulasi khas ini senang dibilas, membersih dengan mendalam, menyegarkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan bebas minyak sepanjang hari. 



Safi Fruity Fresh mempunyai 3 variasi yang berbeza iaitu Lemon, Strawberi dan Anggur. Ia memberikan aroma kemanisan buah-buahan agar kekal segar dan berseri.



Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Lemon (Mencerah)
Harga : 100ml - RM9.90 & 50ml - RM5.00

Inilah rahsia cerah berseri! Dengan manfaat sari lemon, pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuatkan kulit semakin segar dan cerah alami. Rasakan kecerahan kulit jelas terpancar!


Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Strawberi (Bebas Minyak)
Harga : 100ml - RM9.90 & 50ml - RM5.00

Tampil yakin dengan kulit bebas minyak. Khasiat kandungan Strawberi yang aktif ini mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah. Terkenal sebagai ajen pengurangan minyak secara semulajadi, buahan Strawberi yang manis ini pasti menjadikan anda ceria berseri. Kini kulitmu bebas minyak dan lembut umpama sutera!


Pembersih Muka Safi Fruity Fresh Anggur (Menyegarkan & Skrub)
Harga : 100ml - RM9.90 & 50ml - RM5.00

Jangan biarkan kulit anda lesu dan kusam! Dapatkan kebaikan anggur yang mampu menanggalkan kulit mati dengan mendalam. Tekstur gel yang sesuai untuk kulit gadis muda ini juga mampu menyamaratakan tona wajah agar tampil sekata. Nikmati kesegaran wajah dengan kulit yang bersih dan segar sepanjang hari!



Anda boleh pilih yang mana satu yang sesuai dengan kulit anda. Menariknya, jika dilihat secara dekat, anda dapat lihat gabungan gel dan “Micro Beads” yang mudah meresap ke dalam pori wajah agar dapat memberi penjagaan lengkap kepada si pemakai :)




Tekstur kulit muka yang lembut dan berpori amat berbeza dengan tekstur kulit badan. Hanya dengan teknik penjagaan wajah yang betul serta pemilihan pembersih wajah yang bersesuaian akan memberikan kesan yang baik pada wajah. Jadi anda kena rajin menjaga kulit wajah bermula dari remaja okey? Jangan malas-malas!

Macam yang Ayue selalu kata. kunci untuk kulit wajah yang sihat hanya satu. RAJIN! Hehe.


Yang mana satu kegemaran Ayue antara ketiga-tiga ni? Strawberi! Hehe. Ayue suka bau strawberi. Wangi. Tapi jangan salah faham, yang lain pun wangi, cuma Ayue lebih sukakan Strawberi. Anda pula?



Produk Safi Fruity Fresh ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama.


Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI FRUITY FRESH sila layari
instagram : @safimalaysia



xoxo,

post signature