aQu - It's Me | Produk Skincare Buatan Malaysia kini di Watsons

23 October 2015

Assalamualaikum. Anda tahu tak, kunci untuk dapatkan kulit yang flawless, tanpa cela, kita memerlukan kulit yang sihat. Mesti kita rasa yakin dan bersemangat nak berjumpa dengan orang ramai bila kulit kita gebu, cantik dan sihat kan? Macam mana pula kalau dalam kamera je kulit kita nampak flawless? Tapi hakikatnya bila face to face, makeup yang menutup segala cela tu untuk nampak flawless. Itu sangat sedih okey. Hanya yang mengalami, memahami. Betul tak?

Sebab tu, dalam memilih produk penjagaan wajah, Ayue sangat menitik beratkan produk yang kandungannya dari alam semulajadi berbanding kimia semata-mata. Rata-rata produk yang ada dipasaran agak mahal kerana diimport dari luar negara. Bila Ayue hadir ke Majlis Pelancaran aQu - It's Me, skincare yang dihasilkan 100% di Malaysia baru-baru ni, Ayue sangat impress sebab ianya bukan saja diperbuat daripada water based, malah harganya sangat berpatutan. Awesome gila kan? Haha.


Bila tengok dutanya pula, Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013, lagi lah Ayue macam "Wow! Flawless nya muka dia!". Tengok dekat-dekat pun memang cantik kulit Carey tu. Jealous sangat. Teringin nak kulit macam dia. Hehe. Sekarang ni Ayue dah ada full set rangkaian pertama yang dikeluarkan oleh aQu Skincare, iaitu 'It's Me". Complete! Yang basic semua ada, tak perlu lagi nak tambah-tambah produk lain.


Macam Ayue cakap tadi, aQu - It's Me ni merupakan produk penjagaan wajah berasaskan air. Ia mempunyai tumbuhan natural dan ekstrak buah yang diformulasi berdasarkan bio-teknologi yang terkini memenuhi keperluan kulit golongan muda. Antara bahan ekslusif yang ada dalam produk ini adalah Aloe Vera, Jojoba Oil, Vitamin E,Chamomile dan Sunflower Seed Oil.


Kenapa Ayue suka produk yang berasaskan air? Sebab, cuaca di Malaysia membuatkan kulit cenderung untuk dehydrated atau bahasa melayunya kekurangan air. Hehe. Sebab tu ramai yang kulitnya kelihatan kering je. Bila kering, kulit cepat berkerut. Bila berkerut, mana nak nampak gebunya? Haha! Jadi, formulasi bio-teknologi yang digunakan oleh aQu - It's Me ni bertujuan untuk membersih, dan mencerahkan kulit secara semula jadi dengan mengaktifkan semula proses pemulihan dan mengekalkan aliran penghidratan. Best kan?


Okey. Jom Ayue perkenalkan satu persatu produk aQu - It's Me ni.




Face wash / Pencuci Wajah | Harga : RM25
Sesuai untuk kesemua jenis kulit. Diperkaya dengan bahan seperti licorice dan chamomile. Berfungsi dengan mencuci secara dalam untuk mencerahkan kulit wajah. Boleh juga digunakan sebagai makeup remover.




Refreshing Toner / Penyegar Wajah | Harga : RM23
Berfungsi untuk mengecilkan liang pori pada muka, membantu menyegarkan dan melembutkan kulit. Mempunyai gabungan licorice dan ekstrak bearberry yang juga berfungsi untuk mencerahkan wajah dan menyerap semua lebihan minyak di wajah.




Radiant Moisturiser / Pelembap | Harga : RM35
Berfungsi untuk mengembalikan kelembapan kulit, mengurangkan garis halus dan kedut. Ayue suka ni sebab ia tidak berminyak seperti kebanyakkan pelembap. Jika digunakan sebelum tidur, bangun pagi kulit akan terasa sangat lembap.





CC Cream SPF35 | Harga : RM29.90
Berfungsi untuk melindungi wajah dari sinar UV dan mengimbangi tona kulit muka. Mempunyai formula transfer-resistant yang membuatkan ia sempurna kepada kulit untuk mendapatkan hasil yang lembut dan lancar. Sangat selesa dan kulit akan kekal fresh dari pagi sampai malam. Yang penting, kulit nampak licin dan tahan lama.




Face Scrub / Skrub Wajah | Harga : RM20
Berfungsi untuk membersih secara mendalam, membuang sel kulit mati, dan agen pengelupasan. Malah, turut berfungsi untuk mengelak dari pembentukan blackhead dan whitehead semasa pertumbuhan sel kulit baru untuk memjadikan kulit yang lebih lembut, gebu dan cerah.





Nampak tak? Harga yang sangat-sangat berpatutan kan? Tak perlu risau kerana aQu -It's Me ni telah pun disahkan HALAL dan berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Anda boleh gunakannya tanpa was-was. 


Mana nak beli? Cepat-cepat pergi ke mana-mana cawangan Watsons seluruh negara okey? Anda yang berumur dari 14 hingga je 35 tahun tu, rugi sangat tak cuba skincare buatan Malaysia ni. Hehe. Dalam masa seminggu anda dah boleh nampak perubahannya.



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : http://www.aqu.my/
Facebook : https://www.facebook.com/aQu.Official
Instagram : https://instagram.com/aqu.official/




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.
Dari kiri : Yang Mulia Tengku Mudzaffar Tengku Zaid,Executive Director of Fountai of Health Sdn.Bhd, aQu Brand Ambassador; Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013, Caryn Loh, General Manager of Trading Watsons Malaysia, Adura Kamarul Zaman,Marketing Director of Fountain of Health Sdn.Bhd.