Systema 3D Clean | Berus Gigi Terbaru Dari Jepun

02 October 2015

Assalamualaikum. Bila sebut tentang berus gigi ni, Ayue lah orang yang paling cerewet sekali. Bukan apa, Ayue tak suka guna berus gigi sebarangan sebab gusi Ayue sensitif. Silap berus sikit nanti berdarah. Berus kuat sikit pun nanti berdarah. Jadi memang memerlukan penjagaan dengan sepenuh kasih sayang gigi Ayue ni. Hehe.

Kadang-kadang ramai yang terlepas pandang tentang betapa pentingnya kita memberus gigi secara konsisten dengan menggunakan berus gigi yang betul. Tak kan kita nak guna berus gigi yang murah, tapi keras sampai merosakkan gusi kan? Tak bagus. Berus gigi sebenarnya merupakan alat yang paling penting untuk menanggalkan plak iaitu lapisan biofilem bacteria yang menyebabkan kaviti. Sebab tu lah kita kena guna berus gigi yang bagus untuk kegunaan harian.

Sekarang ni kalau pergi kedai, bersepah-sepah jenama berus gigi sampai tak tahu nak pilih yang mana satu bagus untuk gigi kita. Yelah, masing-masing penggunaan gigi kan berlainan. Macam Ayue yang gemar tak kira waktu, tak kira apa jenis makanan, masin, manis, pedas, panas atau sejuk, semua Ayue telan. Sebab tu lah kita kena kenal gigi kita sendiri supaya senang nak cari berus yang sesuai.


Tahu tak setiap apa yang kita makan, sisa makanan yang tersangkut dicelah gigi tu akan meninggalkan kesan warna atau menyaluti garisan gusi dan gigi. Benda ni semua lah yang menjadi makanan kepada plak yang akan menghakis enamel, menjadi punca gigi berlubang dan gigi reput. Tak nampak? Tapi sebenarnya ada. Kadang-kadang tu, kita rasa macam dah berus gigi elok dah ni, tapi bila bercakap, nafas berbau. Alamak! Sebab tu kena pilih berus gigi yang betul okey?


Dalam banyak-banyak berus gigi, yang menjadi perhatian Ayue adalah berus gigi baru dari Systema, 3D Clean. Untuk anda yang tidak tahu, SYSTEMA merupakan berus gigi nombor 1 di Jepun yang dapat menembusi jauh kedalam bahagian gigi yang sukar dicapai seperti celah-celah gigi dan garisan gusi dengan kebolehan untuk membersihkan poket gusi tanpa mencederakan gigi dan gusi. Jika dibandingkan dengan berus gigi biasa, berus bulu tirus ini berkebolehan membersih 9 kali lebih baik, malah mengurangkan tekanan ketika memberus sebanyak 66%. Baguskan?


Manakala berus gigi yang menarik perhatian Ayue tu, Systema 3D Clean merupakan berus gigi pertama dengan bulu berus 3D Multi-Cleaning 0.02mm dan pembersih lidah yang direka khas untuk membersihkan setiap bahagian mulut termasuk bahagian yang sukar dicapai. Jadi lepas anda memberus gigi, gigi akan kekal bersih, gusi sentiasa sihat dan nafas kekal segar walau apa jua yang anda makan. Kan seronok macam tu? Tak perlu risau lagi tentang nafas berbau. Sangat tak cool okey!


Kenapa Ayue tertarik dengan Systema 3D Clean ni? Ada 5 sebab. Systema 3D Clean mempunyai 5 kebolehan ‘multi-cleaning” untuk pembersihan menyeluruh 3D:

  • Hujung Berus Tipis Spiral – Hujung berkuasa untuk mencapai gigi belakang bagi mengeluarkan lebih plak
  • Bulu Berus Pendek Di Pusat –Membersihkan permukaan gigi dan permukaan mengunyah dengan lebih baik.
  • Bulu Berus Panjang Di Tengah–Menembusi celah-celah gigi untuk menanggalkan sisa makanan.
  • Bulu Berus Panjang Di Bahagian Luar – Menembusi jauh kedalam garisan gusi untuk mengeluarkan 9X lebih plak
  • Pembersih Lidah – Menanggalkan lapisan makanan dan bakteria punca nafas berbau pada lidah.


Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Systema, Systema akan melancarkan kempen “Mula Dengan Betul, Berus Dengan Betul – Gigi Sihat Sepanjang Hayat“ di kompleks membeli-belah One Utama pada 30 September sehingga 4 Oktober dengan kerjasama AEON. Kempen ini tertujuan untuk menyemai tabiat penjagaan mulut yang lebih baik dalam rutin harian kita melalui perkongsian maklumat yang tepat dan pengetahuan mengenai kebersihan mulut.


Systema 3D Clean telah diuji dikalangan pengguna jenama berus gigi utama dan 86% dari mereka mendapati ia mempunyai prestasi gosokan yang lebih baik berbanding jenama yang sedia ada. 80% lebih suka Systema 3D Clean berbanding jenama sedia ada kerana;

– Berus lebih lembut (77%),
– Membersih celah gigi (81%),
– Membersih permukaan gigi (78%),
– Membersih sepanjang garisan gusi (81%) dan berkebolehan untuk
Membersih belakang gigi(75%).

Sumber: Kumpulan Kajian Insight Asia– Project Blanco (2014)


Keputusan ini turut disokong oleh ujian saintifik makmal yang menunjukkan SYSTEMA 3D CLEAN mempunyai kuasa pembersihan yang menakjubkan melalui kebolehannya untuk membersihkan secara efektif seluruh bahagian gigi seperti garisan gusi, celah-celah gigi dan permukaan gigi untuk kebersihan menyeluruh.

Sumber: Makmal Kajian Penjagaan Mulut, R&D HQ, Lion Corporation, 2014



Systema 3D Clean kini boleh didapati di semua pasaraya dan farmasi terkemuka seluruh negara pada harga RM 11.50 (termasuk GST).







xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.