Cheras Leisure Mall | Toy Bank & Christmas From The Heart

17 December 2015

Assalamualaikum. Bila dah hujung tahun ni, mesti ramai yang tertunggu-tunggu sale gila-gila dan pelbagai promosi yang ditawarkan di shopping mall. Termasuklah Ayue. Hehe. Tapi, dalam pada kita berseronok menyambut tahun baru, jangan kita lupa pada yang kurang bernasib baik. Biar mereka sama-sama rasa kegembiraan  yang kita ada. Sharing is caring :)


Cheras Leisure Mall memperkenalkan tema untuk musim Christmas tahun ini iaitu 'Christmas From The Heart'. Walaupun pusat membeli-belah ini dihias dengan penuh gemerlapan dan warna-warni Christmas, ia menjadi lebih bermakna apabila pembeli dan masyarakat dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara tahunan Program "Toy Bank - A Gift of Love " hingga 27 Disember 2015. Menarikkan?


Kempen amal tahunan ini membolehkan pembeli membawa senyuman kepada mereka yang kurang bernasib baik terutama kanak-kanak. Satu usaha yang pada Ayue sangat murni dan patut dicontohi oleh semua pusat membeli belah.


Untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini, anda boleh memilih kad dari wishing tree, pilih mainan atau hadiah daripada senarai yang kanak-kanak itu inginkan dan kemudian deposit hadiah itu bersama-sama dengan kad pada Toy Bank yang terletak di Tingkat Bawah Concourse. Sebagai alternatif, anda juga boleh menderma barangan rumah seperti beras, minyak, telefon, makanan dalam tin, bahan pencuci dan buku-buku sekolah.


Kanak-kanak dari rumah anak yatim dan badan-badan kebajikan itu akan berada di Cheras Leisure Mall pada 29 Disember 2015 untuk menerima hadiah mereka. Tak sabar melihat kegembiraan yang akan terpancar di wajah mereka nanti.

Para penerima hadiah untuk tahun ini termasuk kanak-kanak dari Shepherd's Centre Foundation, Trinity Community Children’s Home, Persatuan Kebajikan Warga Tua Dan Kanak-Kanak WP, Pusat Jagaan Beribuan Kasih, Kajang, Bodhi Homecare Cheras, San Pedro Orphanage Home, Rumah Sayangan, Rumah Kanak Kanak Angels, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Cornerstone, Yayasan Sunbeams Home, Rainbow Home, Rumah Bakti Nur Syaheera and Pusat Majudiri Y untuk orang pekak.


Jom jadi kan Christmas tahun ni paling bermakna untuk semua orang. Mudah-mudahan hidup kita lebih diberkati. Amenn :)


Cheras Leisure Mall

Location: Cheras Leisure Mall, 8, Jalan Manis 2, Taman Segar, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel:+60 3-9130 5586



Untuk maklumat lanjut tentang Toy Bank & Christmas From The Heart di Cheras Leisure Mall, boleh hubungi 03-9132 2386, atau layari :








xoxo,


post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.