Teknologi Waste to Energy (WTE) di Malaysia

07 January 2016

Assalamualaikum. Tahun baru, azam baru. Tapi ada tak azam baru yang nak dikelilingi udara bersih dan sihat? Haa, ingat lagi tentang entry Ayue 'Jom Asingkan Sampah'? Dalam entry tu Ayue ada terangkan tentang betapa pentingnya kita mengasingkan sampah sebelum buang dan bagaimana nak asingkan sampah.


Untuk entry kali ni, Ayue nak share dengan anda proses selepas anda buang sampah pula. Ke mana agaknya sampah-sampah yang anda buang tu pergi? Sebenarnya, kesemua sampah yang anda buang tu akan pergi ke tapak pelupusan sampah. Disini semua sampah akan dikumpul dan akan mengeluarkan bau yang amat tidak disenangi oleh kita. Malah tapak pelupusan itu sendiri terhad dan tidak dapat menampung jumlah sampah yang kita buat hari-hari.


Yelah, sampah kan busuk? Mana nak simpan banyak-banyak tu kan? Mujur kini Malaysia mempunyai alternatif baru untuk sampah-sampah ni. Beberapa tahun lepas, Malaysia telah menceburi teknologi moden rawatan sisa dan membina loji kuasa Waste to Energy (WTE) di mana ia menjana elektrik atau haba secara langsung melalui pembakaran sisa pepejal dan kemudian tenaga yang diperbaharui itu boleh digunakan untuk kenderaan dan banyak lagi.



Okey, anda pernah tak dengar tentang WTE? Rasanya topik ni agak hangat dibincangkan di Malaysia, malah sering keluar dalam berita tentang topik ni. Untuk lebih memahamkan anda, teknologi WTE ni merupakan satu bentuk pemulihan tenaga. Ia juga sebenarnya memudahkan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Menariknya, ia boleh merawat sisa dan kemudian menghasilkan tenaga seperti elektrik, haba, malah komoditi bahan api seperti diesel akan dihasilkan.


Berbanding dengan menghantar sisa pepejal ke tapak pelupusan atau insinerator untuk dimusnahkan begitu sahaja, teknologi ini seumpama mampu mengubah dan memanfaatkan bahan buangan itu yang pada asalnya beban kemudian dirawat dan dijadikan aset, dan sekali gus menyumbang kepada pemeliharan dan pemuliharaan alam sekitar serta kesihatan.

Bayangkan, jumlah sisa yang diangkut ke tapak pelupusan itu boleh dikurangkan sehingga 85% di akhir proses dengan teknologi WTE. Hebatkan! Tak perlu dan tapak pelupusan yang seluas-luasnya hanya untuk simpan sampah. Boleh jugakan tanah itu untuk tujuan yang lebih bermanfaat. Tak gitu?



Malah, teknologi ini yang telah terbukti di negara-negara lain, dan kini Malaysia pula. Alhamulillah. Buat masa ini, Malaysia sudahpun mempunyai beberapa Pengegasan Loji Kuasa WTE, dan banyak lagi akan dibina di:

1. Taman Beringin, Kuala Lumpur.
2. Bukit Payung, Johor.
3. Sungai Udang, Melaka.


Ayue suka sangat sebab sekarang Ayue tidak perlu lalu di kawasan yang busuk untuk balik kampung kerana tapak pelupusan sisa pepejal di Krubong telah berpindah ke tapak pelupusan Sungai Udang, Melaka. Yeay!


Paling Ayue suka, teknologi WTE ini tidak mengeluarkan sebarang masalah bau. Sukanya. Jom jadi rakyat Malaysia yang berguna dengan asingkan sampah anda mulai sekarang supaya kerja-kerja pelupusan sampah menjadi lagi mudah. Dan memberi impak yang besar pada generasi akan datang. Bukan untuk siapa, untuk anak-anak kita juga :)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari : wte.kpkt.gov.my

Suka artikel ni? Jangan lupa share tau.

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.