Seeties x O'Briens Valentine's Dinner

13 February 2016


Assalamualaikum. Valentine's is just around the corner guys! Ayue pasti rakan-rakan non-muslim Ayue mesti ada yang excited nak raikan hari kekasih ni dengan pasangan masing-masing kan? Sebagai muslim, Ayue tak pernah sambut pun, tapi anda yang sambut tu, ni Ayue nak share sikit kat tempat yang anda boleh pergi untuk Valentine's dinner nanti okey.

Ada banyak restoran yang boleh dijadikan pilihan, tapi kalau anda mencari sesuatu yang healthy, premium & romantic, anda boleh cuba Valentine's dinner di O'Briens. Ayue dan rakan-rakan Seeties yang lain dah cuba tau. Memang terbaik.


Terima kasih pasa Seeties dan O'Briens sebab aturkan gathering ni. Cantik sangat, penuh bunga rose dan belon sana sini. Rasa romantik pula walaupun partner Ayue adalah Numi. Haha.



Tema untuk malam ni pula putih, lagi lah nampak suci dalam debu masing-masing. Cantik! Terus tak sabar nak rasa menu-menu special dari O'Briens Irish Sandwich Cafe.



Valentine's dinner kami bermula dengan Smoked Salmon Salad in Pesto Dressing. Macam tau-tau je Ayue suka Salmon kan! Rasa fresh salmon ni lagi-lagi kalau perah lemon, lagi umphh. Walaupun Ayue kurang gemar smoked salmon, yang ini Ayue boleh makan.


Kemudian Sup Cendawan and Garlic Bread pula. Okey, sup cendawan ni mana-mana Ayue pergi pun, kalau ada memang Ayue akan cuba sebab nak cari yang terbaik. I must say, O'Briens mushroom soup is one of the best! Sampai licin Ayue hirup tau.


Untuk main course, Ayue order Beef Pastrami & Cheddar with Fresh Avocado in Rye Bread dan Numi pula Turkey Slice & Cheddar with Fresh Avocado in Rye Bread. Dah la beef pastrami tu sedap, lengkap pula rasa dia dengan rasa lemak dari cheddar dan avocado. Menu yang dihidangkan bersama avocado memang ada rasanya yang tersendiri. Sebab tu Ayue suka. Dan chip tu pula, nipis rangup sedap! Kalau boleh nak tapau bawa balik tau. Hehe.




Bila sampai time dessert pula, special case sebab kami kena sediakan dessert untuk pasangan masing-masing. Ayue sediakan Numi Creme Brulee. First time kena buat sendiri creme brulee ni rasa excited pula. Nasib baik staff O'Briens ada tunjuk ajar.





Last, before balik mesti lah bergambar kan. Meriah sangat dinner kami malam tu. Terima kasih Seeties & O'Briens sebab anjurkan Valentine's Dinner yang super cantik dan eksklusif ni khas untuk TAP by Seeties bloggers . Rasa diri ni special pula sebab menu-menu Main courses dan desserts ni semua belum dijual di O'Briens tau. Specially made for us. So sweet.






Untuk anda yang teringin nak raikan Valentine's dinner, datanglah ke O'Briens berhampiran okey?



Maklumat lanjut tentang O'Briens Irish Sandwich Cafe, boleh layari
Website : www.obriens.com.my
Facebook : facebook.com/obriensmalaysia
Email : info@obriens.com.my

#TAP #Seeties #obriens



xoxo,

post signature


Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.