Buffet Ramadhan | ME’NATE STEAK HUB

03 June 2016

Assalamualaikum. Alhamdulillah, rezeki Ayue tahun ni dapat juga Ayue merasa masakan di Me'nate Steak Hub ni. Dari tahun lepas lagi mengidam, tapi tak berkesempatan nak ke sana. Bila dapat peluang untuk rasa Istemewa Menu Ramadhan mereka, memang Ayue tak lepas peluang lah. 


Heboh sekejap haritu kata makanan di Me'nate ni mahal. Tapi sebenarnya ada banyak pilihan daging. Anda boleh pilih daging mana yang anda mahu bersesuaian dengan bajet anda. Ye tak?

Okeylah, Ayue taknak bebel panjang sebab tak sabar nak share dengan anda menu-menu yang ada untuk ramadhan nanti. Terliur Ayue dibuatnya tau! Untuk ramadhan 2016, Me'nate Steak Hub memperkenalkan 4 kategori menu istimewa. Setiap menu ini didatangkan bersama Nasi Me'nate dengan pelbagai home made sos. 


Untuk pengetahuan anda, Nasi Me'nate ni rupa dia macam Nasi Arab, tapi sebenarnya bukan. Nasi Me'nate ni merupakan menu istimewa dari dapur Me'nate menggunakan Beras Basmathi istimewa yang diimport khas. Patut lah sedap semacam je nasi ni. Lain rasanya dari nasi-nasi arab yang Ayue pernah makan sebelum ni.


Apa yang Ayue suka tentang konsep yang diketengahkan oleh Me'nate ni adalah hidangan mereka dihidangkan didalam pinggan sebesar dulang. Jadi anda kena lah berkongsi makanan dengan keluarga atau rakan anda. Baru lah seronok berbuka puasa kan. Riuh rendah sikit. Hehe. Antara kategori menu yang ada untuk ramadhan kali ini adalah : 

HEAVENLY BEEF
HEAVENLY LAMB
HEAVENLY CHICKEN
GROUP STEAK



Heavenly Beef
Untuk heavenly Beef ni, ada dua pilihan yang anda boleh pilih.

Short ribs | RM 300 (4-6 orang)


Dalam banyak-banyak bahagian lembu, bahagian ribs adalah favorite Ayue. Untuk penggemar ribs, menu ni wajib anda pilih. Memang terasa rempahnya sampai ke daging. Isinya pula sangat lembut. Dihidangkan pula dengan Nasi Me'nate yang sedap. Ribs ni mesti jadi rebutan.



Wagyu Spare Ribs | RM 400 (4-6 orang)


Rasa isi wagyu ni lebih pejal tapi masih lembut dan juicy. Harganya mahal sedikit dari short ribs, tapi berbaloi-baloi. Puas makan ni. Terasa sungguh nikmat daging. Menu ni juga didatangkan bersama Nasi Me'nate.


Heavenly Lamb
Untuk heavenly lamb, juga terdapat dua pilihan yang anda boleh pilih.

Lamb Shoulder | RM 350 (4-6 orang)

Ayue bukan lah penggemar kambing. Makan lah juga sesekali. Tapi untuk lamb shoulder ni, anda kena cuba okey. Tiada bau hamis kambing, dagingnya juga lebih pejal tapi masih lembut dan juicy. Terasa rempahnya sampai ke daging. 


Lamb Shank | RM 350 (4-6 orang)


Sebenarnya ini pertama kali Ayue makan kaki kambing ni. Patutlah tunang Ayue suka sangat. Sedap rupanya! Lembut sangat isi nya macam makan peha ayam. Hehe.


Heavenly Chicken | RM 99 (4-6 orang)


Untuk haevenly chicken, hanya ada satu saja pilihan. Tapi ini pun dah cukup untuk penggemar ayam. Seekor ayam yang dipanggang bersama rempah dan dihidangkan bersama Nasi Me'nate. Nampak mengancam sungguh kan. Seriously, ayam ni sangat sedap. Ikutkan hati nak je Ayue bungkus bawa balik tau, tapi sebab dah kenyang, tahan sikit nafsu tu.


Group Steak | RM 80 (per pax) - minuman order 4 pax







Akhir sekali adalah Group Steak. Anda boleh pilih sama ada mahu steak daging lembu, kambing atau ayam panggang. Menu ini didatangkan bersama Sos, Salad, Coleslaw, Mashed potato, Aglio E Olio/Nasi Me'nate. 


Macam mana? Terliur tak? Ayue pun sampai tak tahu mana satu nak makan dulu tau. Semuanya sedap-sedap belaka. Mesti anda puas makan punya lah. 


Sepanjang bulan ramadhan ni, Me'nate juga menyediakan pelbagai makan sampingan secara percuma kepada pelanggannya. Antaranya Bubur lambuk Me'nate, Buah-buahan, Kurma dan Air. Jangan risau tentang air kerana air di Me'nate adalah FREE FLOW. Lagi lah berbaloi-baloi berbuka puasa disini kan? 



Untuk anda yang ingin berbuka puasa di Me'nate Steak Hub, tak kira lah bersama keluarga kesayangan atau pun sahabat handai, boleh datang ke cawangan-cawangan yang Ayue senaraikan dibawah. Jangan lupa book dulu tau. Takut penuh pula nanti. Salam Ramadhan!



Setapak Branch
Starparc Point,
Jalan Taman Ibukota,
Off Jalan Genting Klang,
53300 Kuala Lumpur
T : 03-41318121


Ampang Jaya Branch
No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu,
Taman Shuet Liang,
68000 Ampang Jaya,
Kuala Lumpur
T/F : 03-42513460

Wangsa Maju Branch
25 Jalan Delima 12,
Wangsa Link,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
T: 03-42513460

Untuk booking : 019-3911047 / 019-4771047 / 019-2611047
Untuk maklumat lanjut, boleh layari : https://www.facebook.com/MenateSteakHub/



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.