Mr. Tuk Tuk | Thai Street Food Paling Sedap

28 June 2016

Assalamualaikum. Masakan thai dengan Ayue berpisah tiada sebab Ayue memang suka sangat makan masakan pedas. Tiap kali keluar dengan Qisti, bila nak decide nak makan mana, Ayue memang akan pilih tempat makan yang sediakan menu ala-ala kampung atau thai. Tekak melayu kan? Sesekali makan western tu ok lah. Baru-baru ni Ayue ada jumpa satu restoran baru yang sediakan menu thai yang gila sedap! Mr. Tuk Tuk di Sunway Piramid.



Mr. Tuk Tuk ni baru saja beroperasi tengah bulan Jun 2016. Dekorasi kedai ni pun dah melambangkan menu kedai ni sebab ada tuktuk dihadapan restoran. Mana lagi nak dapat tuktuk kalau bukan di Thailand kan? Hehe. Ayue suka deko dan lighting restoran ni sebab nampak warm. Baru lah aman nak menjamu selera.




Menu yang ada semuanya tempting sebab diilhamkan dari Thai street food! Sampai juling lah mata nak pilih. Sejujurnya Ayue tak letak expectation yang tinggi pun dekat kualiti makanan diorang. Sebab Ayue tau susah sangat nak dapat masakan Thai yang betul-betul pure dan kaw-kaw macam dekat Thai. Kalau ada pun restoran yang memang dah well-known dengan masakan Thai. Kalau setakat kedai biasa ni susah nak jumpa.





Tapi serius, jangkaan Ayue meleset sama sekali. Bayangkan kami sampai order tomyam lagi semangkuk! Punya lah sedap kan. Lagi pun bila makan ramai-ramai ni selera dia lain macam sikit. Kami ada juga try menu dessert special dari Mr Tuk Tuk. Menu ni memang tak jumpa dekat mana-mana. 


Aiskrim tomyam dan aiskrim green curry! Rasa dia sebijik macam kita makan tomyam dan green curry, cuma versi sejuk. Weird, tapi interesting. Wajib cuba kalau anda singgah Mr Tuk Tuk okey? Aiskrim ni ada promosi harga RM1 sahaja dengan setiap pembelian set menu nasi atau mee di Mr Tuk Tuk, Sunway Piramid sampai 30 June 2016 tau. Rugi lah kalau tak cuba. Jom tengok menu apa lagi yang kami order hari tu.





Thai Special Platter | RM23.80



Platter ni memang unik sikit sebab ada kerabu mangga dan satay thai. Kerabu tu sedap sangat okey. Pedas menusuk kalbu. Satay thai, ayam madu dan spring pun sedap. Cicah pula dengan kuah satay tu. Pergh! Rasa kuah satay tu lain dari yang biasa kita macam sebab rasanya lebih kepada serai. 


Set Menu | RM17.80


Ada banyak pilihan set menu, tapi yang ini jadi pujaan hati kami sebab ada ayam pandan, salad mangga thai, fish fillet rangup, nasi dan sos thai. Menu lengkap lah kiranya ni. Paling ayue suka salad mangga thai , bila makan dengan fish fillet yang rangup tu, sedap pula. Ayam pandan pun wangi!



Thai Pomelo Salad | RM11.80



Ayue tak sangka buah bali bila buat salad macam ni jadi sedap. Selalunya Ayue makan macam tu je. Rasa tawar-tawar sikit. Jadi tak berapa nak selera. Tapi bila buat salad macam ni. Mak aih. sedap betul. Buat macam kerabu pula, lagi lah terangkat.



Thai BBQ Lamb | RM11.80



Haa, kalau pasangan anda kurang gemar masakan thai, suka western macam Qisti tu, boleh cuba menu ni. Ayue yang kurang gemar makan kambing ni pun suka tau. Sebab rasa dia manis-manis sikit, ada rasa BBQ, dan daging dia sangat empuk!


Tom Yam Chicken | RM8.80


Untuk Tom Yam ni, ada dua pilihan yang anda boleh pilih. Sama ada ayam atau seafood. Kami pilih ayam. Tom Yam ni lah yang Ayue kata kami order sampai 2 kali tu. Seriusly memang sedap. Pedas dan masam-masam. Kalau Ayue datang lagi Mr Tuk Tuk, memang Ayue akan order Tom Yam ni lagi. Hehe.



Tom Kha Chicken | RM8.80



Untuk Tom Kha ni, ada dua pilihan juga yang anda boleh pilih. Sama ada ayam atau seafood. Kami cuba ayam juga.  Berbeza dengan tomyam merah atau tomym putih yang biasa kita makan tu, tomyam ni ada rasa santan sikit. Tomyam ni jadi rebutan antara kami tau. Habis licin lah kami kerjakan sebab sedap sangat. Wajib try okey?



Tuk Tuk Noodles | RM8.80


Untuk anda yang gemarkan Pad Thai, boleh cuba menu ni. Rasa dia sebijik, cuma yang ini ada sentuhan Mr Tuk Tuk. Mestilah special sikit kan?


Tom Yam Fried Rice | RM8.80


Ni pun antara salah satu menu favorite Ayue kalau ke restoran Thai, cuma di Mr Tuk Tuk, nasi goreng tomyam nya tidak berapa pedas macam yang Ayue suka. Jika anda tak kuat makan pedas, boleh cuba menu ni okey.



Fried Glass Noodle | RM8.80



Dalam banyak-banyak menu, menu ni Ayue kurang gemar sebab tak pedas langsung. Hehe. Tapi anda boleh cuba. Kalau makan panas-panas dengan udang tu semua. Boleh tahan juga rasanya.



Fried Chicken Wings | RM8.80



Menu ni dihidangkan sekali dengan Tom Yam. Sos hijau tu pedas tau. Cicah dengan ayam rangup tu. Mak aih. Sedap betul!


Lab Khai | RM9.80


Menu ni Ayue sarankan anda order jika datang bersama keluarga atau rakan-rakan yang rami sebab kuantiti sayurnya banyak. Kalau setakat nak dating berdua, jenuh juga anda nak makan nanti. Sebab mesti ada menu lain kan? Hehe. tapi syok juga kadang-kadang bila makan sayur dengan kerabu ayam dekat tengah-tengah tu. Macam makan ulam.


Fried Kangkung | RM9.80


Menu ni memang favorite Ayue kalau ke restoran Thai. Paling sedap untuk mengunyah okey. Ralit makan, tau tau dah habis. Hehe. Dipping untuk menu ni lain sikit dari yang biasa Ayue makan. Lagi sedap!


Tako | RM6.90


Haa, ni favorite Ayue juga ni. Wajib ada untuk pencuci mulut. Cuma berbeza sikit dengan yang biasa Ayue makan sebab dibahagian bawahnya ada jagung.



Water Chesnut (Red Ruby) in Coconut Cream | RM7.90


Ya ampun, mana-mana pergi, kalau Ayue nampak Red Ruby ni memang Ayue akan order. All time favorite ni. Memang kena dengan selera Ayue. rasa dia perfect!


Mango with sticky rice! RM7.90
Qisti suka menu ni sebab dia suka pulut. Kalau datang sini mesti dia akan order. Gerenti! Hehe. Anda boleh juga cuba sebab mangga dia manis.



Keseluruhannya, menu-menu dekat Mr Tuk Tuk ni sedap-sedap belaka. Ayue bagi 4 bintang! Serius tak rugi kalau anda menjamu selera dekat sini. Peminat masakan Thai macam Ayue ni wajib cuba okey. Harganya pula pada Ayue sangat berpatutan. Kebanyakkannya dibawah RM10. Murah kan? Jadi kalau anda ke Sunway Piramid, jangan lupa ke Mr Tuk Tuk okey?



Mr. Tuk Tuk Sunway Pyramid
Alamat: LG2.27 Sunway Pyramid (opposite Cold Storage)
Telefon: 03-5612 5738

Instagram: @mrtuktuk_my



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.