XIXILI Stand Up For Pink Campaign

25 October 2016

Assalamualaikum. Bulan Oktober sememangnya bulan untuk wanita. Oktober merupakan bulan Pink Ribbon atau lebih dikenali sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Macam tahun-tahun lepas, tahun ni juga XIXILI melancarkan kempen untuk menyokong Bulan Kesedaran Kanser Payudara kali ke-11 yang bertemakan 'XIXILI Stand Up For Pink' di Mid Valley Megamall 28 September hingga 2 Oktober hari tu.



Ayue dan ramai lagi rakan blogger lain datang memeriahkan kempen ni. Yela, kalau bukan kita perempuan yang datang support, siapa lagi kan? Tapi sebenarnya kaum lelaki pun ramai yang datang menemankan isteri untuk membuat pemeriksaan payudara.


XIXILI dengan beberapa lagi jenama lain yang bekerjasama untuk memberi kesedaran tentang kanser payudara kepada orang ramai dan sekaligus mengumpul dana untuk Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia.

Di kempen ni, banyak juga benda yang Ayue belajar. Antara cara periksa payudara dengan cara yang betul, masa yang sesuai untuk periksa dan tanda-tanda awal kanser payudara. Sangat berguna ya ilmu macam ni untuk wanita.


Siap ada booth dengan payudara palsu untuk tunjukkan perbezaan payudara yang mempunyai kanser dengan tidak. Kalau periksa, tapi tak tahu macam mana nak kesan kanser pun tak ok juga kan? Sebab tu kempen-kempen macam ni wanita kena rajin pergi.



Kalau anda nak tahu, 1 daripada 20 wanita cenderung untuk dapat kanser payudara ni tau. Satu jumlah yang agak banyak. Lepas Ayue belajar cara nak periksa sendiri dan dah buat pun pemeriksaan payudara di kempen ni, Ayue rasa lega sikit. Sekurang-kurangnya Ayue tahu yang Ayue bebas dari kanser. Tapi ingat tau, pemeriksaan kena buat setiap bulan.


Seramai 662 wanita yang datang untuk belajar cara pemeriksaan payudara di Mid Valley dan 601 wanita yang jalani pemeriksaan oleh kumpulan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia. Ramainya!

Malah sebanyak RM10,000 dana telah diraih melalui orang ramai dari jualan Pink Merchandise dan Charity Dry Hair Cuts.



Ayue sempat juga kiss pada kertas bentuk bibir di Kiss & Pledge Shu Uemura sebagai tanda ikrar untuk menyokong kempen ini.



Antara aktiviti lain yang ada adalah selfie di Harley Davidson pink yang disediakan dan Wheel of Hope untuk menang hadiah. Ayue menag hair dryer dari Number76!



Tahniah XIXILI untuk kempen yang sangat berjaya ni. Tak sabar nak tunggu tahun depan pula.





Untuk maklumat lanjut tentang XIXILI, boleh layari:



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Bestnya event ni kak ayue. kalau tahu nak pergi juga la next time

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.