Fast charging dengan Data Cable dari SISTA Malaysia

11 October 2016

Assalamualaikum. Ayue ni kategori heavy user smartphone. Celik je mata tengok phone, sampai lah sebelum pejam mata nak tidur balik, mesti tengok phone. Yelah, banyak kerja Ayue yang ongoing kan, semuanya melibatkan smartphone. Nak update sana sini. Berjam-jam juga penggunaan smartphone Ayue seharian.

Jadi powerbank dan data cable sangat penting pada Ayue. Ke mana-mana mesti bawa 2 benda ni dalam beg sebab bateri phone Ayue hanya bertahan separuh hari saja. Petang mesti Ayue kena charge semula. Tapi susah nak jumpa cable yang boleh betul-betul boleh charge smartphone kita dengan cepat kan? Nasib baik Ayue ada clef data cable dari SISTA MALAYSIA.


Seriously cable keluaran mereka memang cepat sangat charge. Macam kilat gitu. Hehe. Kalau biasa phone Ayue makan masa3 ke 4 jam untuk penuh sepenuhnya. Tapi lepas Ayue guna cable dari Sista Malaysia, masa untuk charge hanya sejam lebih saja. Cepat kan? Ayue pun macam tak percaya tau.



Sista Malaysia ni sebenarnya berasal dari Hong Kong. mempunyai ibu pejabat di Shenzhen yang menjual aksesori smartphone seperti Powerbank, data cable, charger, earphone bluetooth, smartphone cover dan macam-macam lagi.

Sejujurnya Ayue memang cerewet sikit bila membeli data cable untuk smartphone Ayue. Ayue memang takkan pakai dan ambil risiko dengan membeli lambakan data cable yang dijual dengan harga yang tersangat murah seperti di pasar malam. Bukannya apa, smartphone kita beli tu bukankannya murah kan? Kalau jadi apa-apa masa charging, tak ke menyesal tak sudah? Dah alang-alang beli smartphone mahal, apa lah salahnya keluar duit sikit untuk data cable yang berkualiti kan?


Mesti anda ingat kalau data cable berkualiti, mahal harganya. Jangan risau sebab produk dari Sista Malaysia semuanya berpatutan. Ayue sendiri dah cuba clef dan data cable dari Sista Malaysia untuk smartphone Ayue tu.



Apa yang Ayue suka dengan data cable ni adalah materialnya non-toxic, berkualiti tinggi, lembut, tahan lama dan stretchable. Kalau anda nak tahu, apa yang membezakan clef data cable dengan data cable yang biasa adalah clef data cable mempunyai 180pcs teras tembaga yang berkualiti berbanding data cable biasa yang hanya mempunyai 32pcs teras tembaga.

Malah bentuknya juga nipis saja. Mudah untuk Ayue gulung dan simpan ke dalam beg. Lebih kemas. Designnya pula mencegah untuk cable ini cepat putus tau.


Untuk jenis data cable yang Ayue guna ni, ada 2 warna yang anda boleh pilih, merah dan putih. Ayue pilih warna merah dengan harga RM39.00. Cantik kan?


Parameter Fast & Save Data Cable
Model : ST-D10PI / ST-D10PV
Material : ABS+Environmetal TPE
Applicable : Applicable to lighting/micro USB
Function : Charging & Data Transmission
Lenght : 1000mm
Current : 5V/2.1A max
N.W : 18g
Available colour :  Red, White


Kalau anda nak juga, boleh klik <sini> untuk tengok dekat mana Sista Malaysia ni dijual mengikut negeri. Atau tengok saja #SistaMalaysia di Instagram. 


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : http://www.sista.hk/
Facebook : http://www.facebook.com/SistaMalaysia


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.