Nivea Skin Delight Body Milk untuk kulit mulus lembut

11 October 2016

Assalamualaikum. Seriously, Ayue ni bukan lah jenis wanita yang hari-hari pakai lotion. Ayue jenis yang pakai lotion ikut mood atau bila Ayue terasa kulit Ayue kering, Ayue akan pakai. memang banyak dah lotion yang Ayue cuba, cuma satu jenama lotion saja yang melekat dengan Ayue sampai sekarang, Nivea.

Rasanya Nivea memang jenama lotion kegemaran ramai kan? Baru-baru ni Nivea ada mengeluarkan produk terbaru iaitu Nivea Skin Delight Body Milk mengandungi nutrisi penjagaan terbaik dari minyak badan dalam bentuk “body milk” yang mudah untuk disapukan.


Apa yang paling Ayue suka tentang Nivea adalah ia tidak melekit. Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan manfaat menyubur dan mencerahkan kulit. Ini kerana kandungan asid laktik yang terdapat dalam susu menguraikan protein yang menyatukan sel-sel kulit mati, lantas memberi ruang kepada kulit baru yang lembut serta bertekstur licin dan halus untuk tumbuh.




Baru Ayue tahu syok juga pakai body milk ni. Rasa lembut je kulit, secara keseluruhan pula tu! Kalau dulu Ayue hanya sapu pada bahagian tertentu, tapi sekarang dengan body milk, habis satu badan Ayue guna tau. Yelah, anda perlu gunakan body milk ni selepas anda mandi ke keseluruhan badan anda semasa kulit anda masih lagi lembap. Haa, syok kan?


Nivea Skin Delight ni ada 2 wangian iaitu Bunga Mawar dan Lavender. Kedua-dua bunga ni mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Untuk bunga mawar, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit. Manakala lavender pula mempunyai bahan yang boleh menenangkan stress dan kelesuan. Malah dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit juga. 

Mana satu pilihan anda? Kalau Ayue mesti lah bunga mawar. Itu kan favorite Ayue. Hehe.


Glowing Rose - memberikan kulit anda wangian feminine
Relaxing Lavender - menenangkan deria anda




Harga Nivea Skin Delight Body Milk
Nivea Skin Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz 400ml.


xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. Wahhh! Menarik ni... Pika pun suka lotion yang tak sticky..

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.