SUMBER AYU | Pembersihan intim wanita

31 October 2016

Merentasi proses penuaan secara anggun dan menawan merupakan hasrat setiap wanita. Peningkatan usia mengubah banyak keadaan badan sama ada dalaman mahupun luaran. Walaupun terdapat bahagian badan yang menunjukkan tanda-tanda penuaan tidak kelihatan pada pandangan orang di sekeliling tetapi ia boleh menjejaskan tahap keyakinan malah mungkin menjejaskan keintiman.

Penyahwarnaan atau perubahan tona di sekitar bahagian intim merupakan masalah yang dihadapi ramai kaum wanita. Perubahan yang terjadi di bahagian intim wanita itu juga berbeza untuk setiap individu. Segelintir wanita mengalami perubahan tona lebih gelap bermula di antara kaki di atas paha manakala segelintir yang lain mungkin hanya mengalami perubahan tona menjadi lebih gelap di sekitar bahagian intim menyebabkan ramai tertanya-tanya mengapa kawasan dalaman paha mereka tampak gelap, kusam dan tidak menarik. Sebahagian wanita pula mula bimbang tentang masalah kulit gelap ini yang dikaitkan dengan kurangnya penjagaan kebersihan diri ataupun jangkitan.

Tona kulit gelap tersebut berpunca daripada pelbagai faktor. Peluh dan geseran berlebihan akibat pakaian ketat mampu menggelapkan kulit di sekitar bahagian intim. Penggelapan kawasan tersebut meliputi bahagian intim juga berkemungkinan disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
  • Penuaan, 
  • Keturunan, 
  • Kekerapan mencukur kawasan intim, 
  • Malnutrisi, 
  • Ketidakseimbangan hormon, 
  • Infeksi, 
  • Obesiti, 
  • Kekerapan sapuan bedak talkum di kawasan intim. 

Perubahan tona atau hiperpigmentasi tidak sepatutnya membangkitkan perasaan kurang menarik menjejaskan kesedaran, menurunkan keyakinan atau hubungan keintiman; terdapat penyelesaian dan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mencerahkan kembali kawasan tersebut.

SUMBER AYU, jenama terkemuka bagi pembersih khusus wanita memenuhi keperluan pembersihan intim wanita menerusi rangkaian baharunya.

SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani dengan Whitening memberikan kesan pemutihan di sekitar bahagian intim seawal 7 hari. Putarkan kembali masa dengan SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani yang diformulasi bersama bahan-bahan tradisional bagi meningkatkan kelembutan kulit. Berikan peluang kepada diri anda untuk meraih kembali keyakinan dan menggalakkan keintiman dengan formulasi SUMBER AYU terkini.

SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani

SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani dengan Whitening

Rangkaian pembersih khusus feminin yang halal, selamat dan berkesan dalam pemutihan, SUMBER AYU disasarkan kepada kaum wanita yang mendambakan kulit cerah di sekitar bahagian intim. Bersama SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani dengan Whitening dan SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani, kaum wanita akan menemui penyelesaian terbaik dalam mendapatkan kawasan intim yang lebih cerah dan segar. Formula istimewa yang terdiri daripada bahan-bahan semula jadi dan tradisional seperti Manjakani, Ekstrak Kayu Rapet, Sengkuang, Ekstrak Susu dan Daun Sirih membantu memutih, mencerah dan meremajakan bahagian intim secara semula jadi. Bahan-bahan ini juga membantu mengatasi masalah kulit gelap.

SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani dengan Whitening dan SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani terdapat dalam pek 90ml dan 200ml pada harga dari RM5.90 ke RM10.90.



xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.