Kesan minum Ephyra Collagen Drink!

07 November 2016

Assalamualaikum. Bila sebut tentang Ephyra ni, Ayue memang excited sikit sebab sebelum ni Ayue pernah review skincare dari Ephyra. Memang berkesan. Cuma kali ni bila nak review supplement pula, Ayue risau sikit sebab Ayue ni jenis yang tak rajin nak amalkan supplement macam Ayue amalkan penjagaan muka.



Rasanya bukan Ayue seorang kot yang jenis macam ni? Liat nak amalkan supplement. Yela, nak ingat banyak benda. Masa makan pun kadang-kadang skip sebab sibuk. Bila time nak ambil supplement je lupa. Hehe. Tapi seriously, lepas Ayue cuba minuman kolagen dari Ephyra, Ayue memang dapat rasa perubahan pada badan Ayue terutamanya pada bahagian muka. 

Orang perempuan ni, dalam banyak-banyak bahagian tubuh badan dia, muka lah yang paling cepat dia nampak perubahan walaupun sebesar zarah. Ada jerawat seketul pun dah meraung. Sebab tu kesan yang paling Ayue nampak pada Ayue adalah pada bahagian muka.


Ephyra ni sebenarnya minuman supplement kesihatan dalam kategori makanan tambahan. Ramai juga kawan-kawan Ayue yang amalkan Ephyra ni tau. Dari feedback mereka lah yang membuatkan Ayue lagi tertarik nak cuba Ephyra ni. Benda baik, tak salah kita cuba kan? Lagi pun Ayue tertarik betul dengan kandungan bahan-bahan dalam Ephyra tu. 

Untuk pengetahuan anda, Ephyra mengandungi formulasi 9 bahan semulajadi yang kaya dengan anti-oksida. Antaranya :

Kolagen Ikan Laut Dalam
  • Kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putih laut dalam dari PERANCIS.
  • Mengembalikan keremajaan kulit anda.
  • Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
  • Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

Buah Acai Beri
  • Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan menguatkan sistem kardiovaskular.
  • Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
  • Kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9.
  • Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

Gam Akasia
  • Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
  • Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
  • Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

Salmon Ovari Peptida / Salmon Plasenta
  • Mencerahkan kulit muka dan keseluruhan badan.
  • Menghapuskan jerawat dan kulit berminyak.
  • Membaiki struktur kulit dan menghilangkan parut.
  • Melambatkan monopaus.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Mengecilkan liang pori.

Ekstrak Bunga Marigold 
  • Mengandungi pelbagai karotenoid antioksida membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
  • Berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema.
  • Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif.

Acerolla Ceri
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat.
  • kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
  • Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan masalah mata.

Serbuk Tomato
  • Mengandungi banyak vitamin A dan C/
  • Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah.
  • Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan.
  • Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

Superberry
  • Diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
  • Melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
  • Sumber terbaik untuk Vitamin C, ZatBesi, dan Potassium.

Asthaxanthin
  • Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
  • Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri.
  • Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan

Nampak tak? Banyak betul khasiat dia. Bukan setakat penjagaan muka tau, tapi keseluruhan badan. Paling best, ia sesuai diminum oleh semua orang tak kira lelaki atau perempuan di semua peringkat umur. Tak kira lah ibu mengandung ke, ibu menyusu ke, malah yang dalam pantang pun boleh minum Ephyra tau. 

Disebabkan Ephyra ni diperbuat dari bahan semulajadi, dan banyak khasiatnya, ibubapa boleh juga beri minuman kolagen Ephyra kepada anak-anak mereka seawal 4 tahun. Rasa dia macam oren sikit, sedap! Takda masalah pun nak bagi pada kanak-kanak. Mereka mesti suka punya.


Manfaat Ephyra kepada badan
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  • Sebagai agen detoks yang baik bagi mengeluarkan toksik daripada badan
  • Menyeimbangkan hormon dalam badan kita
  • Meningkatkan kadar metabolisme yang dapat mengawal berat badan ideal
  • Menganjalkan kulit untuk jadi lebih halus dan cerah berseri
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  • Memberikan tenaga yang berpanjangan
  • Mengembalikan keremajaan kulit wajah dari kekusaman dan kelesuan 

Manfaat Ephyra kepada Ibu Mengandung / Menyusu Badan / Dalam Pantang
  • Mempercepat penyembuhan luka bersalin dengan pantas
  • Memberi tenaga agar boleh melakukan rutin harian
  • Menambahkan susu badan
  • Mengelakkan masalah sembelit akibat kekurangan serat
  • Menjadikan kulit cantik, tidak kusam dan berseri
  • Bayi juga mendapat manfaat melalui penyusuan badan 

Cara pengambilan Ephyra

1 paket sehari sebelum sarapan atau sebelum tidur. Untuk kesan lebih efektif, 2 paket sehari pada waktu pagi dan malam. 

  1. Tuang 1 paket Ephyra ke dalam gelas/shaker berisi air suam 180ml. Elak dari mencampurkan dengan air panas. 
  2. Kacau sehingga larut
  3. Sedia untuk diminum. Boleh diminum sejuk atau dicampur bersama susu atau jus.




Tips pengambilan Ephyra 
  • Ambil Ephyra ketika perut kosong adalah digalakkan kerana ia meningkatkan kadar penyerapan nutrien dalam badan
  • Dilarang bancuh Ephyra menggunakan air panas kerana khasiatnya akan terbantut
  • Kurangkan minum cafien, bagi mereka yang suka minum kopi boleh jarakkan masa pengambilan kopi – 1 jam selepas minum Ephyra
  • Banyakkan minum air masak selepas minum Ephyra untuk hasil optimum

Yang Ayue minum sekarang ni adalah PREMIUM PACK (30 sachet) untuk penggunaan selama sebulan beserta shaker, manakala untuk TRIAL PACK (10 sachet) pula untuk penggunaan selama 10 hari sahaja tanpa Shaker). Tapi baru minum 2 minggu dah nampak kesan ni. Seronok betul.


Tindak balas Ephyra terhadap badan kita adalah berbeza-beza mengikut kadar metabolisme seseorang. Mungkin Ayue cepat nampak kesannya, anda pula lambat. Jangan risau, anda tetap akan nampak kesannya. Janji anda minum Ephyra secara konsisten untuk kesan yang optimum.

Macam Ayue, kesan yang Ayue nampak pada muka dan badan Ayue adalah kulit muka makin cerah, jerawat pasir hilang dan kurang berminyak. Lingkaran gelap bawah mata yang seketul besar tu pun makin hilang. Tak perlu nak touch up gila-gila tiap kali nak keluar rumah. 

Manakala untuk badan pula, Ayue dapat rasa yang stamina makin tinggi dan paling Ayue suka adalah sistem pencernaan Ayue makin lancar. Takda dah masalah sembelit ke apa. Smooth je. Hehe.



Halal ke Ephyra ni?
Haa, Ephyra sudah pun diperakui HALAL oleh JAKIM dan disahkan oleh KKM. Selain tu, Ephyra juga mempunyai sijil GMP (Good Manufactured Product) dan dianugerahkan Anugerah Super Health Brand 2015-2017 atas kredibiliti, kualiti produk & kepuasan hati pelanggan.


Harga Ephyra adalah RM 197 / kotak. Anda boleh dapatkannya melalui website Ephyra atau melalui para pengedar, kedai-kedai jamu dan farmasi terpilih seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Whatsapp : 019-3999 238 / 03-4141 7889



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.