Majlis Pecah Tanah Menandakan Bermulanya Kerja-kerja Pembinaan Fasa 2 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

15 November 2016

L – R Kazuo Kataoka, Deputy Managing Director of Nakano Construction; YBhg Datuk Badlisham Ghazali, Managing Director Malaysia Airports; Hiroyuki Orikasa, Counsellor, Embassy of Japan; YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Chairman Malaysia Airports; YBhg Tan Sri Dr Ong Hong Peng, Secretary General of Ministry of Tourism and Culture Malaysia; Osamu Obayashi, Managing Officer of Mitsui Fudosan; Takehito Fukui, Managing Director of MFMA Development

MFMA Development Sdn Bhd, syarikat usaha sama di antara Mitsui Fudosan Co, Ltd (Mitsui Fudosan) dan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports), mengadakan majlis pecah tanah sebagai menandakan bermulanya kerja-kerja pembinaan bagi sambungan Fasa 2 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang hari ini. Majlis pecah tanah ini dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ong Hong Peng di tapak tersebut yang terletak bersebelahan Fasa 1 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang yang kini sedang beroperasi.

YBhg Datuk Badlisham Ghazali, Managing Director Malaysia Airports; YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Chairman Malaysia Airports; YBhg Tan Sri Dr Ong Hong Peng, Secretary General of Ministry of Tourism and Culture Malaysia

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang telah dirasmikan pada 29 Julai 2015 dan ia merupakan bahagian yang penting dalam Pelan Induk Aeropolis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, iaitu visi untuk mengubah KLIA menjadi bandaraya lapangan terbang dengan peluang perniagaan, pelancongan dan pekerjaan yang signifikan, yang juga menawarkan hab kargo dan logistik, pusat membeli-belah dan taman tema yang menarik serta tempat-tempat mesyuarat, persidangan dan pameran yang bertaraf dunia. Daripada tapak seluas 22,156 ekar yang merangkumi KLIA dan klia2, tanah seluas 3,000 ekar telah diperuntukkan bagi pembangunan komersial. Mitsui Outlet Park KLIA Sepang merupakan pemacu pertumbuhan komponen perniagaan bukan aeronautik dalam Pelan Induk Aeropolis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Aeropolis Masterplan). Apabila pembinaan selesai, ia akan memenuhi tapak seluas 178,900 meter persegi dan mempunyai potensi untuk menjadi gedung outlet yang terbesar di Asia Tenggara.

L – R YBhg Datuk Badlisham Ghazali, Managing Director Malaysia Airports; Kazuo Kataoka, Deputy Managing Director of Nakano Construction; YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Chairman Malaysia Airports; Osamu Obayashi, Managing Officer of Mitsui Fudosan; YBhg Tan Sri Dr Ong Hong Peng, Secretary General of Ministry of Tourism and Culture Malaysia; Takehito Fukui, Managing Director of MFMA Development

Fasa 1 Mitsui Outlet Park KLIA Sepang menempatkan 128 kedai jenama, termasuklah kiosk, yang membawakan jenama antarabangsa dan tempatan di bawah satu bumbung untuk 49 juta pengguna lapangan terbang dan 9 juta penduduk di sekitar kawasan itu. Fasa 2 akan memperkenalkan jenama premium yang akan menawarkan lebih banyak lagi jenama antarabangsa dan tempatan dalam bidang fesyen, kosmetik, sukan dan aksesori, dengan kepelbagaian dalam bidang hiburan dan penyertaan penyewa yang berasaskan perkhidmatan.

L – R Kohei Kawashima, Director of MFMA Development; YBhg Tan Sri Dr Ong Hong Peng, Secretary General of Ministry of Tourism and Culture Malaysia; Takehito Fukui, Managing Director of MFMA Development; YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Chairman Malaysia Airports; YBhg Datuk Badlisham Ghazali Managing Director Malaysia Airports

Fasa 2 akan dibina pada tapak seluas 27,500 meter persegi bersebelahan dengan Mitsui Outlet Park KLIA Sepang fasa 1 yang sedang beroperasi dan akan menempatkan kira-kira 60 premis tambahan dengan kira-kira 500 lot tempat letak kereta sebagai tambahan kepada 2100 lot sedia ada.

“Fasa 2 akan menempatkan lebih banyak jenama yang berbeza serta premis hiburan yang akan menambahkan lagi tarikan Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Kami yakin bahawa penambahan ini akan memenuhi keperluan pelanggan kami,” kata Encik Osamu Obayashi, Pengawai Pengurusan Mitsui Fudosan.

Bangunan dua tingkat berhawa dingin yang dijangka siap pada awal tahun 2018 ini akan memberikan pengalaman dan pilihan yang lebih menarik bagi pengunjung Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Selari dengan konsep seni bina “Paradise Village” bagi gedung ini di mana Fasa 1 memaparkan reka bentuk bertema yang berasaskan konsep Sunshine Square, Pier Walk, Beach Walk dan Tropical Plaza, Fasa 2 memperkenalkan pengalaman suasana yang baru dengan tema Sky Walk dan River Walk. Sky Walk akan memaparkan siling dengan simulasi awan manakala River Walk direka menyerupai anak sungai dengan hiasan dalaman yang menyegarkan untuk pengunjung.


Mitsui Outlet Park KLIA Sepang mempunyai sistem daftar masuk penerbangan dan paparan maklumat penerbangan di dalam premis di gedung tersebut untuk kemudahan dan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan untuk penumpang. Di samping itu, penyimpanan bagasi percuma dan bas ulang-alik khas untuk membawa penumpang dari dan ke KLIA dan klia2 turut disediakan.

“Mitsui Outlet Park KLIA Sepang akan terus melengkapkan aspirasi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab pelancongan sementara memangkin pertumbuhan ekonomi bagi negara kita,” kata YBhg Tan Sri Dato Sri’ Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad, rakan kongsi projek tersebut dari Malaysia.

Projek ini telah diberikan taraf Projek Permulaan (Entry Point Project) di bawah Program Transformasi Ekonomi, Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi Pelancongan (EPP3 – Menubuhkan Ruang Perniagaan Premium di Malaysia).


Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, promosi dan acara yang akan diadakan di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, layari www.mitsuioutletparkklia.com.my atau www.facebook.com/MOPKLIA



xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.