Japanese Curry | Menu baru Sushi King

18 April 2017

Assalamualaikum. Untuk peminat sushi, Ayue pasti tiada yang pernah terlepas dari mencuba sushi di Sushi King kan? Ayue pun sama. Malah Sushi King ni adalah restoran sushi favorite Ayue tau. Sekarang ni Sushi King ada keluarkan menu baru, menu yang kena dengan selera tekak orang melayu kita ni. Curry with a Kick!


Untuk anda yang suka menu kari, apa kata anda cuba pula Japanase Curry dalam 11 menu baru yang ada di Sushi King ni. Confirm terangkat punya lah. Promosi menu baru ini termasuklah Sushi, hidangan nasi dan kari, dan pencuci mulut yang hanya boleh didapati mulai dari 1 April 2017 sehingga 30 Jun 2017.


Macam Ayue, tiap kali makan kari atau lauk berkuah yang lain, memang Auue suka makan dengan kuah yang banyak. Baru lah feel kari tu betul tak? Bila Ayue tengok menu-menu nasi dengan kari di Sushi King ni, Adoi, memang menggoda sungguh. Yang bestnya, kita boleh pilih tahap kepedasan yang kita nak iaitu Curry (Kari), Tomato Curry (Kari Tomato) & Spicy Curry (Kari Pedas) untuk menu Chicken Katsu, Seafood Fry & Yakiniku.

Chicken Katsu | RM15.90

Seafood Fry | RM15.90

Yakiniku | RM15.90

Favorite Ayue mesti lah Spicy Curry. Baru lah kick. Sambal yang disediakan tu adalah buatan Malaysia tau. Jadi memang betul-betul terasa pedas cilinya. Bukan macam pedas wasabi tu ya.

Jika anda ingin cuba menu selain dari nasi, anda boleh juga cuba Curry Kiryu Udon dimana udonnya berbeza dengan udon yang lain kerana ia lebih besar dan leper. 

Curry Kiryu Udon | RM13.90

Curry Kiryu Udon | RM13.90

Tak pun anda boleh cuba set Agedashi Beef Curry. Menu yang ini pun Ayue suka juga sebab hidangan ni mempunyai daging, cendawan dan cheese didalamnya. Sedap!

Agedashi Beef Curry | RM18.90

Agedashi Beef Curry | RM18.90

Untuk menu sushi pula, ada 4 pilihan sushi yang ada sempena promosi Japanase Curry ni iaitu Curryfornia Roll, Curry Ebi Fry Nigiri, Curry Tori Katsu Gunkan & Aburi Curry Tamago. Dalam banyak-banyak ni, yang paling Ayue suka adalah Curry Tori Katsu Gunkan sebab Ayue lebih suka makan sushi yang ada seaweed. Curry Mayonnaise diatasnya pula memberi kick pada sushi ni.

Aburi Curry Tamago

Curry Tori Katsu Gunkan

Curryfornia Roll

Curry Ebi Fry Nigiri

Bukan tu ja, promosi Japanase Curry ni juga didatangkan dengan pilihan pencuci mulut seperti Vanilla Ice Cream Doughnut dan Matcha Ice Cream Doughnut. Seriuosly donut tu lembut sangat! Makan pula dengan aiskrim, memang penutup yang paling sempurna.


Mesti anda pun tak sabar nak cuba kan? Cepat-cepat ke outlet Sushi King terdekat ya. Oh ya, jangan lupa untuk join cabaran 'Curry-Hot-Kick' dengan ekspresi wajah yang menunjukkan sangat pedas bersama hashtag MYSKCURRY, Anda berpeluang untuk memenangi T-SHIRT Ekslusif dari Sushi King tau.




Untuk maklumat lanjut, sila layati:
FACEBOOK : https://www.facebook.com/sushikingasia
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/sushikingmalaysia

HOTLINE:
03-56225339


xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.