Assalamualaikum. Salam Ramadan. Eh, Ayue baru je selesai buat giveaway hari tu, hari ni dah nak buat contest pula? Murah hati sungguh SGshop ni. Pemenang giveaway yang Ayue buat hari tu mesti dah penuh shopping cart kan? Yela, barang dekat SGshop semuanya murah-murah sampai ada yang PM Ayue, kata tak tahu nak beli apa sebab semuanya rasa macam nak beli! Haha, memang rambang mata pun bila dah masuk website SGshop tu. Ayue sendiri pun tak pernah puas shopping dekat SGshop tau.

Hari tu hadiah giveaway RM200 untuk setiap pemenang. Cukup ke? RM200 mana cukup ye tak? Haa, kali ni pihak SGshop up lagi hadiah untuk pembaca blog kesayangan Ayue ni. Seorang akan dapat RM500!! Dan Ayue mencari 10 orang pemenang tau. Bukan je baju raya, tapi kasut raya, beg raya, tudung raya, semua boleh beli. Siap OOTD terus.

Banner contest : SGshop “Jom Shopping!” Contest

Cuma sayangnya, contest kali ni khas untuk BLOGGER saja. Yang bukan blogger kalau nak join kenalah jadi blogger dulu ya?

Okey lah, Ayue tak nak bebel panjang sebab entry ni khas untuk SGshop “Jom Shopping!” Contest saja. Jom tengok macam mana nak join contest ni ya.


SGshop “Jom Shopping!” Contest


Cara penyertaan

1) Buat satu entry bertajuk : SGshop “Jom Shopping!” Contest
2) Pastikan banner contest ada di dalam entry contest anda
3) Jawap 2 soalan berikut:

  • Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?
  • Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.
4) Komen di blogpost ini link entry anda
5) Share entry anda di Facebook wall anda dengan hashtag #AyueIdrisXSGshopMalaysia


ITU SAHAJA! Mudah je kan? Bukan setakat 3 item, 10 item pun Ayue yakin anda boleh senaraikan. Hehe. Tapi tak payah lah senaraikan sampai 10 ye? Cukup 3 item je.

Lepas tu kalau rajin, boleh lah like FB Page Ayue sekali supaya anda boleh dapat sebarang update tentang contest ni atau contest akan datang melalui FB Page Ayue tu.



Submit entry
Lepas dah siap semua soalan, sila isi borang dibawah untuk tujuan pemilihan pemenang. Tak isi borang, maksudnya entry anda tak dikira ya.

Submit link entry disini : https://goo.gl/dqWRle



Senarai Hadiah

Hadiahnya? Haa, ini yang anda tunggu-tunggu sebenarnya kan.

Peserta lebih daripada 20:
5 X RM 300 SGshop shopping credit

Peserta lebih daripada 40:
10 X RM 500 SGshop shopping credit


Lagi ramai yang join, lagi tinggi nilai hadiah yang SGshop nak bagi anda. Jadi anda kena lah share dengan rakan blogger lain ya? The more the merrier :) Pemenang akan dipilih oleh pihak SGshop sendiri. Ayue takda sebarang kuasa dalam pemilihan pemenang tau. InsyaAllah, kalau dah namanya rezeki, tak kan ke mana. Yang penting usaha.


Terma & syarat contest


  1. Contest berlangsung mulai 30th May 2017 hingga 20th Jun 2017
  2. Pemenang akan diumum pada 21st June 2017 melalui email
  3. Peserta mestilah menetap di Malaysia, ahli SGshop Malaysia dan mempunyai blog yang aktif
  4. Shopping credit SGshop tidak boleh digunakan untuk apa-apa pengeluaran wang tunai
  5. Peserta hanya boleh mengemukakan karya-karya asli dan tidak melanggar hak harta intelek mana-mana pihak ketiga
  6. SGshop berhak membuat pindaan atau mengubah syarat dan terma peraduan pada bila-bila tanpa membuat kenyataan kepada mana-mana pihak untuk contest ini


Apa tunggu lagi? Jom cepat-cepat join! Kalau anda belum ada akaun di SGshop, boleh register di sini:
https://goo.gl/f3BSMF

Untuk daftar akaun, cara pembelian dan macam-macam info lagi, boleh baca entry-entry Ayue sebelum ni tentang SGshop:
1) http://www.ayueidris.com/2016/09/cara-beli-barang-borong-di-taobao.html
2) http://www.ayueidris.com/2017/05/14-fesyen-baru-raya-2017-di-taobao.html




xoxo,

post signature