Hiruscar Anti-Acne Review

26 August 2017

Assalamualaikum. Masalah jerawat dikalangan rakyat Malaysia ni sememangnya satu masalah yang sangat umum. Ramai diantara kita yang mempunyai masalah jerawat termasuklah Ayue. Tak kiralah jerawat dimuka, di dada ataupun belakang badan, masalah jerawat ni pasti ada tanpa mengira usia. Untuk anda yang ada masalah jerawat atau acne, Ayue ada satu produk nak share dengan anda ni iaitu Hiruscar Anti-Acne. Jom baca lebih lanjut tentang produk-produk dari rangkaian Hiruscar Anti-Acne ni iaitu :
  • Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser
  • Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum
  • Hiruscar Anti-Acne Spot Gel

Jangan kata orang muda yang meningkat remaja saja yang ada masalah jerawat tau. Ayue ni yang dah matang dan nak ada anak ni pun masih ada masalah jerawat lagi. Cuma berbeza dengan zaman masa Ayue remaja, jerawat yang naik di muka agak besar dan meninggalkan kesan parut yang ketara. Bila dah matang ni, lebih kepada jerawat halus dan kalau naik jerawat yang besar pun hanya ketika datang bulan.


Tapi itu pun masalah juga tau. Setiap bulan nak kena rawat kesan jerawat dan parut ni. Bukan senang pula tu nak hilangkan kesan parut ni dalam masa yang singkat. Baru je hilang kesan, dah tumbuh pula yang baru. Ayue lega sedikit tahun ni sebab hormon mengandung Ayue berubah dan Ayue tiada masalah jerawat yang besar. Cuma naik jerawat halus di dahi dan dagu. Kalau boleh tak nak lah ada jerawat langsung kan. Jealous juga dekat rakan-rakan yang kulit wajah mereka licin dan langsung tiada masalah jerawat tu. Flawless betul.

Setiap orang masalah acne nya berlainan. Ada yang ringan, ada yang teruk. Macam Ayue jerawat tumbuh di dahi dan dagu, ada juga yang mempunyai masalah jerawat dibahagian pipi dan hidung, dan selalunya dibahagian T-Zone anda kan? Yela, tempat tu kan kawasan yang paling banyak berminyak di wajah kita ni. Bila nampak je jerawat, mula lah tangan ni gatal nak picit lah, nak tekan lah.


Ada yang sampai menggunakan ubat gigi sebab kononnya nak bagi jerawat cepat kecut. Tabiat macam tu yang sebenarnya akan meninggalkan kesan parut yang lagi teruk dan ketara tau. Ayue sendiri pun pernah buat benda-benda macam ni. Ada yang sampai berbulan nak hilangkan kesan parut yang teruk tu. Fuh, sampai stress dibuatnya. Malu nak berhadapan dengan orang ramai bila jerawat dan parut naik tanpa segan silu. Terasa macam semua orang perhatikan jerawat di muka kita ni. Betul tak?



Hiruscar Anti-Acne

Hiruscar Anti-Acne merupakan satu produk yang bertindak untuk mengekalkan kulit sihat dan bebas dari parut jerawat. Ia mampu untuk merawat acne dan kesan parut jerawat yang ringan dan sederhana termasuklah bintik hitam, papul dan pustul dan telah pun diuji secara klinikal. Jadi anda tak perlu risau ya.


Selain tu ia juga mampu mengawal secara efektif pengeluaran sebum, mengurangkan bakteria dan sel kulit mati di samping menyeimbangkan paras kelembapan kulit dan mengurangkan pengulangan acne. Haa, takda lah jerawat baru mula nak hilang, dah tumbuh jerawat lain pula nanti. Produk macam ni lah yang Ayue cari tau.

Hiruscar Anti-Acne merupakan produk keluaran Medinova yang berpusat di Switzerland.Ia terdiri daripada Pore Purifying Cleanser (Membersih), Pore Purifying Serum (Menjaga) dan Spot Gel (Merawat). Meh Ayue terangkan satu-satu ya.


Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser | Harga RM27.80


Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser adalah gel pembersih lembut yang diformulasi untuk membersih kulit secara mendalam, menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit.


Ayue suka sangat dengan pembersih wajah ni sebab baunya nyaman dan menyegarkan. Walaupun ia bukan jenis berbuih banyak, tapi selepas mencuci wajah, mesti terasa segar.


Cara menggunakannya:

MEMBERSIH - Urut perlahan-lahan pada wajah yang basah dengan Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser dan bilas.



Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum | Harga RM75.00


Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum pula adalah pelembap berformula ringan, tidak berminyak dengan penyerapan pantas dan penghidratan berpanjangan yang membantu merapatkan liang roma dan memperbaiki masalah jerawat.

Kebanyakkan serum yang Ayue guna mengambil sedikit masa nak kering dan agak berminyak selepas Ayue ratakan dikeseluruhan muka. Tapi Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum ni tidak. Ia memang cepat menyerap dan tidak memberikan kesan berminyak.


Cara menggunakannya:

MENJAGA - Sapukan serum kepada wajah selepas mencuci dengan Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser. Dicadangkan menggunakan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel pada acne spot sebelum menggunakan sebarang kosmetik untuk kesan yang lebih baik.



Hiruscar Anti-Acne Spot Gel | Harga RM26.80


Manakala Hiruscar Anti-Acne Spot Gel pula adalah gel lutsinar yang ringan dan tidak berminyak dengan formulasi antibakteria yang merawat dan memudarkan parut jerawat tanpa menyebabkan kulit mengelupas.

Ini adalah hero produk Hiruscar tau. Kenapa Ayue kata hero? Sebab Spot Gel ni memang terbukti kesannya seawal 2 hari. Cleanser dan serum menjaga untuk keseluruhan muka, Spot Gel ni pula lebih kepada tempat spesifik yang anda mahu cepat hilangkan jerawat. Kawasan degil lah kiranya ni. Paling Ayue suka adalah bila Ayue sapukan sedikit Spot Gel ni pada kawasan yang baru mula nak tumbuh jerawat, jerawat tu akan mengecil dan hilang terus. Tak sempat pun ia nak meninggalkan kesan parut dekat muka Ayue ni.



Kalau Ayue nak mekap, Ayue boleh sapukan dulu Spot Gel ni di kawasan yang berjerawat sebelum mengenakan mekap sebab gel ni lutsinar. Memang takkan nampak disebalik mekap. Jadi Ayue takda la pening kepala fikir bila nak sapu Spot Gel ni. Maklumlah, hari-hari mekap. Hehe.

Lega hati Ayue bila jumpa dengan produk yang berkesan tanpa mengelupaskan kulit ni. Yela, selalunya produk anti-acne ni akan buat kulit kita mengelupaskan, tapi Hiruscar Anti-Acne ni tidak. Itu yang buatkan Ayue suka sangat tu.

Cara menggunakannya:

MERAWAT - Sapukan pada kawasan jerawat sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari. Dicadangkan menggunakan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel pada acne spot sebelum menggunakan sebarang kosmetik untuk kesan yang lebih baik. Untuk parut jerawat pula, anda boleh guna Hiruscar Post Acne. Produk ni telah pun ada dalam rangkaian Hiruscar tau.


Masa pelancaran produk Hiruscar Anti-Acne ni, Dr. Ch’ng Chin Chwen, Pakar Perunding Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata, “Ramai menyangka jerawat adalah kesan daripada tidak membersihkan kulit dengan betul dan pengambilan makanan berminyak dan coklat. Sebenarnya, jerawat disebabkan oleh bakteria P.acne yang membiak di dalam minyak berlebihan yang terperangkap di dalam liang roma kita. Menggosok kulit secara berlebihan akan hanya menyebabkan kulit menjadikan kering dan merengsa. Ini boleh menyebabkan lebih banyak keradangan dan juga parut. Oleh itu, adalah penting untuk mendidik pengguna tentang cara yang betul untuk menangani masalah jerawat.”

(L to R) Dr Ch'ng Chin Chwen, Pakar Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Pakar Universiti Malaya dan Syada Amzah, Influencer Media Sosial membincangkan cara untuk merawat jerawat dan kekal bebas jerawat pada setiap masa.
Jadi nak merawat acne ni, bukan dengan cara basuh muka menggunakan produk dengan lebih kerap tau. Tapi menggunakan produk dengan cara yang betul. Baru lah kulit kita tidak hilang kelembapannya.

(L to R) Dr Varun Sethi, Naib Presiden, Penjagaan Kesihatan DKSH Malaysia dan Singapura; Cik Pang Koon Yin, Pengurus Kanan, Pemimpin Kesihatan Pengguna, Pengurusan Pemasaran, Kesihatan Pengguna DKSH Malaysia Sdn Bhd; Cik Irene Chan, Pengurus Besar Kanan, Kumpulan Kesihatan & Khas Pengguna, Penjagaan Kesihatan DKSH Malaysia Sdn Bhd dan Dr Ch'ng Chin Chwen, Pakar Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Pakar Universiti Malaya sedang  memperkenalkan rangkaian produk Hiruscar Anti-Jerawat di Malaysia.
Oh ya, sempena dengan pelancaran produk ni, Hiruscar Anti-Acne juga memperkenalkan Club Spotless. Anda yang aktif di social media tu boleh ambil peluang ni dan sertai Club Spotless ni okey? Kongsikan pengalaman dan kisah kecantikan anda menggunakan produk Hiruscar Anti-Acne di laman social anda dengan hashtag #clubspotless dan #hiruscarantiacnemy. Manalah tahu kisah anda tu menjadi sumber inspirasi kepada orang lain? Sama-samalah kita merawat parut jerawat dengan jayanya.


Untuk pelajar Universiti pula, ada berita baik untuk anda ni. Hiruscar Anti-Acne akan memperkenalkan produk ni melalui Spotless Pop-up Store di enam universiti terpilih di Lembah Klang supaya pelajar-pelajar boleh mendapatkan nasihat pakar dan sampel produk-produk penjagaan Hiruscar Anti-Acne mulai 26 September 2017 hingga 31 Oktober 2017. Boleh lah anda cuba dan rasai sendiri betapa awesome nya Hiruscar Anti-Acne ni. Nanti bila wajah anda dah bebas daripada jerawat, jangan lupa share dengan Ayue pengalaman anda ok?


Untuk anda yang berminat untuk dapatkan produk Hiruscar Anti-Acne ni, ia boleh didapati di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia. Harga pun berpatutan tau. Kalau anda nk beli terus di shopee, boleh ke Hiruscar Official Store.

Boleh baca juga rakan blogger Ayue yang tulis tentang jerawat di sini:






xoxo,

Join the conversation!

  1. Memang shad tengah cari produk yang macam ni jugak. Pulihkan jerawat sedia ada dan stop the incoming jerawat sambil pudarkan parut dengan berkesan. Stress sangat jerawat selalu naik..

    ReplyDelete
  2. Cleanser Tu bertahan berapa lama penggunaannya..dlm 2 Bulan ke sis?

    ReplyDelete
  3. apa beza hiruscar post acne dan hiruscar anti-acne spot gel? blh terangkan x perbezaan antara dua produk.

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.