Pacific West | Best Cook is at Home Cooking Show

29 November 2017

Assalamualaikum. Ayue kalau bab masak-masak ni memang suka betul. Dari dulu lagi Ayue suka join program masak-masak. Kalau ada pertandingan masak pun Ayue suka join sebab banyak benda yang Ayue boleh belajar. Tapi kali ni bukan Ayue yang masak tau, tapi selebriti chef yang masak di Pacific West Best Cook is at Home Cooking Show di Tefal Carnival Sale.


Anda biasa dengar jenama Pacific West? Kalau tak biasa tu, cuba tengok balik packaging dekat bawah ni. Mesti anda kenal punya. Haa, kenal tak? Banyak pasaraya yang jual tau. Bukan saja di Malaysia malah di lebih 20 negara lain juga yang menjual produk dari Pacific West. Ayue sendiri memang tak lepas beli Calamari Ring setiap bulan sebab Calamari dia sangat lembut dan sedap. Buat lauk lagi lah sedap.



Di karnival ni booth Pacific West ada membuat perlbagai promosi dan free gift untuk mengunjung yang hadir. Jangan lupa dapatkan combo deal mereka okey. Seriously sangat berbaloi. Murah kot! Sambil-sambil tu boleh juga cuci mata dengan barangan Tefal yang ada tu. Pun murah-murah juga berbanding dengan harga di luar. Dah nama pun karnival sale kan. Hehe.




Baru-baru ini, Pacific West melancarkan formula Cheezy Fish Fillets yang baru diperbaharui. Haish, sebut je cheese dah meleleh dah air liur ni. Semenjak lepas bersalin ni pantang dengar cheese, mesti teringin nak makan. Bukan saja orang dewasa, kanak-kanak pun suka dengan cheese ni kan. Sebab tu Pacific West perbaharui formula Cheezy Fish Fillets ni supaya jadi lebih sedap.



Bersempena dengan Karnival Tefal, Pacific West telah bekerjasama dengan Tefal, pemimpin inovatif di dapur dan peralatan rumah untuk menganjurkan “Best Cook Is At Home” Cook Show pada 26 November yang lepas di Shah Alam Convention Centre.

Macam yang Ayue cakap tadi, produk dari Pacific West ni bukan saja boleh digoreng, dibakar dalam oven malah boleh juga dibuat lauk. Semasa cook show tu, Chef Leong ada berkongsi resepi baru Cheezy Fish Fillets yang sangat mudah untuk dijadikan lunch box ataupun take away. Yela, kan ada yang kata susah nak masak dekat rumah? Ambil masa yang lama dah leceh. Ni ha Chef Leong tunjuk terus cara-cara mudah nak sediakan makanan dari rumah.

Trio Canape Cheezy Fish Fillets

Cheezy Fish Wholemeal Bread Pocket

Cheezy Fish, Caesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower

Selain Chef Leong, chef selebriti yang turut hadir untuk berkongsi resepi adalah Chef Bryan dari Yum Yum Publications dan Dr Ezani, pemenang Master Chef Malaysia. Chef Bryan telah menyediakan Oriental Spring Roll dengan Tempura Fish Fillets dan Pickles dengan Spicy Garlic Calamari Rings. Manakala Dr Ezani menyediakan Pacific West Black Pepper Tempura Fish Fillets dan Pacific West Salt and Pepper Squids. 

Salted Egg Yolk BPTFF

S&P with Tiga Rasa Sauce

Tempura Fish Fillet and Mixed Vege Spring Rolls

Appetizing Crispy Calamari with Pickles

Memang nampak sedap-sedap semuanya. Cuma sayang Ayue tak sempat nak rasa menu-menu yang disediakan. Nasib baik pihak Pacific West ada menyediakan salinan resepi untuk kami, boleh lah Ayue cuba sendiri nanti resepi-resepi tu di rumah.  Kadang-kadang jemu juga asyik resepi yang sama je kan? Sesekali tukar menu apa salahnya. Lagipun makanan laut dari Pacific West sedap-sedap belaka. Maka jadi sedap lah menu anda nanti tu.




Ramai yang fikir masak di rumah ni leceh. Banyak masa terbuang dan memenatkan. Tapi untuk suri rumah macam Ayue, hari-hari kena masak supaya suami dan anak-anak dapat rasa air tangan Ayue ni. Bukannya susah pun masak dirumah. Tapi orang selalu fikir masak di rumah ni menyusahkan, penat, lepas masak kena kemas lagi, lebih baik beli saja diluarkan. Habis cerita. Betulkan?

Haa, salah tu. Memasak boleh menjadi mudah dan menjimatkan masa dengan bahan, resipi dan alat memasak yang betul. Produk dari Pacific West ni hanya ambil masa beberapa minit saja untuk siap masak tau. Ada yang boleh masak menggunakan fryer, ada juga yang menggunakan oven. Paling penting, produk mereka adalah HALAL. Jadi takda alasan lagi dah kalau anda malas masak di rumah tau.

Kalau anda ingin dapatkan produk Pacific West ni, ia boleh didapati di semua kedai runcit utama di Malaysia seperti Cold Storage, Sam Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Grocer Village dan banyak lagi.

Dari 15 November 2017 hingga 15 Januari 2018, Pacific West bekerjasama dengan Holiday Tours & Travel Sdn Bhd (Pejabat Pulau Pinang) sedang mengadakan pertandingan 'Win Your Dream Holiday'. Rebut peluang untuk melihat Australia Barat, Perth (4D3N) atau Bali (4D3N) dengan membeli sekurang-kurangnya satu (1) produk Pacific West.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pacific Careline di 1800 888 389 atau log masuk ke laman web rasmi www.pacificwestfoods.com dan laman Facebook www.fb.com/PacificWest.my




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.