Cara buat duit dengan BOLEHCOMPARE

Tuesday, February 27, 2018

Assalamualaikum. Sejak zaman serba serbi internet ni, Ayue perasan makin banyak syarikat telco berkembang pesat dalam Malaysia ni. Ada beberapa jenama telco yang baru pertama kali Ayue dengar pun ada. Masing-masing tampil dengan pakej internet yang sangat menggoda sampai Ayue sendiri tak tahu yang mana satu nak pilih. Nak setia dengan yang sedia ada ni ataupun berubah pada telco yang lebih menarik pakejnya. Bayar sama, tapi dapat pulangan yang lebih menarik, apa salahnya kan?

Tapi itulah, susah betul nak buat perbandingannya. Kalau insurans, pinjaman, hotel, dan tiket penerbangan, ada juga website yang menyediakan perbandingan untuk memudahkan pengguna memilih yang terbaik untuk mereka. Tapi kalau telekomunikasi dan gajet? Ada ke website yang boleh sediakan perbandingan untuk kita? Jawapannya, ADA!


Apa Itu BOLEHCOMPARE?


Untuk pengetahuan anda, BOLEHCPOMPARE juga merupakan salah satu program yang bekerjasama dengan MDEC melalui e-reseki untuk orang awam menjana pendapatan lebih. Melalui BolehCompare, pengguna boleh membuat perbandingan antara talian telekomunikasi mudah-alih dan juga talian tetap untuk membandingkan harga, kelebihan dan kekurangan produk yang ditawarkan.


Tak perlu lagi anda nak bersusah payah buka satu per satu website untuk membuat perbandingan. Jimat masa dan tenaga. Yang lebih menarik, anda tak perlu nak buka PC ataupun laptop sebab BOLEHCOMPARE ni mobile-friendly. Maksudnya anda boleh terus membuat perbandingan melalui mobile phone anda di mana saja, pada bila-bila masa.


Apa Yang BOLEHCOMPARE Boleh Bandingkan?

BOLEHCOMPARE adalah tempat untuk anda mencari produk yang terbaik dan tepat untuk anda dengan mudah tanpa menggunakan masa yang banyak. Malah, servis yang ditawarkan juga adalah PERCUMA, jadi anda tak perlu risau untuk menggunakan servis di BOLEHCOMPARE.

Antara produk yang anda boleh bandingkan menggunakan BOLEHCOMPARE adalah :

1) Broadband

Terdapat pelbagai plan Broadband yang boleh dibandingkan di BOLEHCOMPARE ni. Anda boleh dapatkan maklumat lengkap tentang harga, kuota, kontrak dan kelajuan sesuatu pakej dari pelbagai plan Broadband di dalam satu website saja.

Antara yang menarik perhatian Ayue sekarang adalah promosi dari Fibre Broadband & TM Unifi Broadband sebab keduanya-duanya menawarkan pakej yang sangat menarik perhatian Ayue.





2) Telco

Untuk Telco pula, anda boleh tetapkan terus jenama mobile phone, jenama telco, data kuota, komitmen bulanan, kapasiti device, tempoh kontrak dan harga telefon yang anda inginkan. Macam Ayue, Ayue lebih pentingkan komitmen bulanan dan data kuota. Jadi Ayue hanya tetapkan pilihan yang ada dan BOLEHCOMPARE terus senaraikan jenama-jenama telco yang sesuai dengan pilihan yang anda mahukan. Mudah bukan?




3) Insuran

Medical Insuran atau Motor Insuran? Kedua-duanya pun anda boleh bandingkan di BOLEHCOMPARE ni. Segala info tentang insuran yang ditawarkan juga ada disediakan supaya lebih mudah untuk anda membuat pilihan.

Bukan itu saja, anda juga boleh RENEW insuran kereta anda di BOLEHCOMPARE. Caranya mudah saja:
  • Pergi ke website BOLEHCOMPARE (Renew Insuran)
  • Klik Butang 'RENEW NOW!' 
  • Isi borang yang disediakan 'Quotation for Car Insurance Renewal'





4) Bank

Untuk perbandingan bank pula, anda boleh bandingkan antara Personal Loan, Home Loan dan Credit Card. Ayue faham ramai yang sibuk nak beli rumah sekarang ni tapi pening tentang loan rumah kan. BOLEHCOMPARE boleh kurangkan pening anda tu. Anda hanya perlu tetapkan berapa jumlah pinjaman yang anda mahu dan untuk berapa lama. BOLEHCOMPARE akan senaraikan bank-bank yang ada siap dengan berapa jumlah pinjaman yang perlu anda bayar semula pada bank.





5) Mobile phone dan aksesori

Ini menarik! Buat perbandingan mobile phone apa yang anda mahukan dan terus anda akan dapat full detail tentang mobile phone tersebut. Tak payah nak google satu per satu untuk cari info mobile phone tu. Semudah ABC, semuanya dihujung jari.



Eh, bukan itu saja. Dengan BOLEHCOMPARE, anda juga boleh jana pendapatan tau. Ya, selain membandingkan servis, anda juga boleh menjana pendapatan melalui BOLEHCOMPARE affiliates. Anda hanya perlu share link affiliates anda, orang klik dan guna servis BOLEHCOMPARE, anda akan terus dapat komisyen anda.

Yang bestnya, masa anda sign-up, anda akan terus dapat sign-up bonus bernilai RM100 tau. Banyak tu. Anda perlu cukupkan sehingga RM200 untuk redeem duit anda.


CARA BUAT DUIT DENGAN BOLEHCOMPARE AFFILIATES


1) Buka website BOLEHCOMPARE
2) Login ke account affiliate BolehCompare.com
3) Pada bahagian Promote Now, pilih produk yang anda mahu share



4 ) Klik “Promote Now” dan pilih laman social mana yang anda mahu share
5 ) Mereka yang berminat akan klik pada butang I’m 'Interested Sign Me Up'


6) Isi borang yang disediakan


7) Semak status permohonan mereka di Leads Status dan lihat proses.


8) Check status di Sales, komisen yang anda dapat.



Mudah saja kan. Sambil-sambil share, sambil-sambil dapat duit. Rezeki betul.





xoxo,

You Might Also Like

2 comments

  1. nmpk je title cara buat duitt.. terus tekan nk baca hahahaha

    ReplyDelete
  2. terima kasih ayue idris! anda boleh cuba utk share dgn kwn2 anda utk mereka yang ingin buat duit dari rumah.

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page