Sista Stardust Review

Friday, April 20, 2018

Assalamualaikum. Lepas dari bersalin ni, Ayue rasa kulit muka Ayue macam kusam sikit. Mungkin sebab terlalu letih uruskan anak kecil. Maklum lah, anak pertama, masih banyak yang perlu Ayue belajarkan. Hari tu masa pantang, adalah nampak berseri sikit sebab mak uruskan anak, berurut, mandi air herba, siap bersauna lagi. Masa tu terasa lah kulit berseri sikit walaupun penat. Tapi bila dah duduk sendiri ni, semua benda kena uruskan sendiri. Haa, dah macam zombi dah Ayue rasa sekarang.

Orang tua-tua kata kalau mengandung anak lelaki memang wajah si ibu berseri-seri. Walaupun takda kajian saintifik untuk mengesahkan tentang benda ni, tapi Ayue memang rasa kulit berseri masa mengandung. Haha. Tapi bila dah lepas bersalin ni, aduhai, kusam terok. Walaupun Ayue takda masalah kulit macam jerawat atau jeragat, tapi kalau kulit kering pun tak ok juga kan. Ayue pun cuba lah cari alternatif untuk kembalikan seri wajah bagi tak kering dan kusam.


Ayue ada jumpa satu supplement ni, Sista Stardust. Ia merupakan minuman botani yang masih baru dipasaran. Tapi walaupun baru, anda tak perlu risau sebab Sista Stardust ni dah pun berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini antara point yang penting untuk Ayue pastikan sebelum ambil apa-apa supplement yang berbentuk minuman atau makanan. Yelah, nak masuk dalam badan kan, kenalah berhati-hati.

Yang ada dengan Ayue sekarang ni adalah perisa Colla Rose. Rasa dia sedap, tak hanyir walaupun ada bahan kolagen di dalamnya. Antara bahan-bahan lain ialah acacia gum, grape seed, camu camu, astaxanthin, dan rose petals. Bahan-bahan ni semua berfungsi untuk menyihatkan kulit. Contohnya, camu camu berfungsi untuk detoks, menghalang mood swing, meningkatkan imunisasi, dan menyihatkan mata.


Cara pengambilan pun mudah je, cuma perlu tuang sepaket ke dalam tumbler yang berisi 150ml air suam dan goncang hingga sebati. Dah boleh minum. Mudah je kan.

9 kebaikan Sista Stardust:
  • Mengatasi masalah kulit kering dan kusam
  • Mencerah dan memutihkan wajah
  • Mengatasi masalah penuaan
  • Mencegah daripada masalah kedutan halus
  • Menegangkan kulit wajah serta gebu
  • Menjadikan kulit lebih lembab
  • Menghilangkan bintik halus dan tompok hitam
  • Mengatasi masalah jeragat dan jerawat
  • Membantu menguatkan rambut, kuku & tulang


Harganya RM150 dan ada 60 sachet didalamnya. Sehari hanya satu sachet sebelum tidur, jadi sekotak ni boleh tahan 2 bulan. Baguskan, Jimat juga sebenarnya. Berbaloi-baloi. Lagipun Ayue lebih suka yang jenis sachet macam ni berbanding supplent yang dalam botol sebab yang sachet ni mudah untuk di bawa ke mana-mana.

Banyak kebaikan Sista Stardust ni, untuk anda yang berminat nak cuba, boleh dapatkan terus dari mereka ok.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Website : www.sistastardust.com
Facebook : sistastardust
Intagram : @sistastardust


xoxo,

post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page