Fernleaf UHT MIlk | 100% Mmmmm

14 October 2018

Assalamualaikum. Bila sentuh bab susu ni, Ayue memang cerewet sikit. Tak semua susu Ayue boleh minum. Even masa mengandung pun Ayue hanya boleh minum fresh milk. Susu tepung memang reject terus. Tapi bila Ayue cuba susu Fernleaf UHT ni, terus jadi salah satu susu kegemaran Ayue. Nak tahu kenapa?


Ok, susu fresh ni, even dia susu lembu, tapi semuanya mempunyai rasa yang berbeza. Trust me, Ayue dah cuba dah Ayue tau susu yang mana yang sedap dan boleh diminum begitu saja tanpa ada hanyir kemudian dan tanpa perlu perasa tambahan pun! Susu Fernleaf ni memang sedap diminum begitu saja terutama bila ia sejuk. Fuh, makan pula dengan cornflakes ke, buat smooties ke, even masukkan dalam masakan pun sedap tau.


Susu Fernleaf UHT ni sedap dan lain daripada yang lain sebab ia diperbuat dengan 100% Susu dari New Zealand. Untuk anda yang tak tahu, New Zealand ni merupakan salah satu tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu berkhasiat dan berkualiti tinggi sebab tanah dia sangat subur dengan kadar hujan dan cahaya mataharinya yang banyak. Lembu tenusu di New Zealand semua bebas meragut rumput yang berkualiti tinggi tanpa berkurung dalam kandang.


Malah lembu tenusu di New Zealand mempunyai tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain sebab lembu mereka menghabiskan masa 90% untuk meragut rumput secara bebas. Bayangkan seharian mereka meragut rumput je dengan hati riang. Masa tak subur? Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udaara dan air yang bersih, lembu tenusu di New Zealand menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.


Bukan tu saja, mereka juga mempunyai pakar tenusu dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu untuk memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan pada pengguna. Sebab tu lah bila anda rasa susu Fernleaf UHT ni, rasa dia sedap sangat! 100% Mmmmm!!.


Susu Fernleaf UHT ni datang dalam 3 variasi iaitu full cream, low fat dan chocolate. Dan boleh didapati dalam 1 Liter dan pek 200ml. Favourite Ayue mesti lah full cream! Anda pula suka yang mana?


xoxo,


post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.