PELANCARAN SAMBUTAN KE-10 JUALAN BUKU THE BIG BAD WOLF BOOK SALE 2018

Tuesday, December 11, 2018

The Big Bad Wolf Book Sale, jualan buku tahunan yang paling diminati di negara mula berlangsung 24 jam sehari di Pusat Pameran Antarabangsa & Pusat Konvensyen Mines (MIECC), Seri Kembangan dari 7 sehingga 17 Disember 2018. Bersempena meraikan ulang tahun ke-10 pada tahun 2019, acara jualan dilangsungkan dengan lebih besar dan lebih hebat dengan tawaran lebih 4.5 juta buah buku pada kadar diskaun sebanyak 75-95%.


Dikenali dengan acara jualan unik, pengunjung juga boleh memilih pilihan buku dari pelbagai genre, dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia atau Bahasa Mandarin. Terdapat juga tajuk buku pilihan yang luas yang terdiri daripada buku paling laris (Best-sellers), novel remaja, sci-fi, jenayah, cinta, cerita seram, bisnes, seni bina, seni dan lukisan, buku memasak dan banyak lagi. Jualan besar-besaran ini juga menawar pilihan daripada penerbit terkemuka negara seperti Kualiti, Sasbadi, Nusamas, Cemerlang dan Pelangi. Pengunjung bakal disajikan dengan koleksi novel kontemporari terbitan Karangkraf, PTS, Pakeer dan Pustaka Azhar. Aneka pilihan tajuk untuk kanak-kanak yang merangkumi buku aktiviti, buku mewarna, buku cerita, buku bergambar dan banyak lagi yang bakal membantu ibu bapa membuat pilihan untuk yang tersayang.

The Big Bad Wolf Book Sale 2018 features 4.5 million books across all genres comprising English, Bahasa Malaysia and Mandarin language.

Kami juga mempunyai buku Augmented Reality (AR) untuk pilihan ibu bapa di Big Bad Wolf Book Sale ini. Sebagai penjual eksklusif Asia bagi siri buku Little Hippo AR, acara jualan hebat terbesar ini juga dikenali sebagai penjual buku AR terbanyak dan terbesar di Asia. Terdapat lapan tajuk buku AR yang menarik dan istimewa kerana koleksi buku ini mampu membantu pembelajaran anak-anak. Si manja boleh membaca, bermain dan belajar dengan bantuan buku Little Hippo AR yang menggunakan teknologi AR yang canggih untuk merevolusikan pembacaan untuk generasi akan dating.

Andrew Yap and Jacqueline Ng, founders of Big Bad Wolf Books sharing the Big Bad Wolf Book Sale journey. 

“Di tahun kebelakangan ini, perniagaan kami mencipta kenangan manis, lagi menggembirakan bagi keluarga ‘The Wolf’. Bermula dengan sekadar kedai buku kecil yang menjual buku-buku lebihan pada harga bawah kadar runcit, kini kami berbangga kerana telah dikunjungi hampir 500,000 orang pada setiap acara jualan,” jelas Andrew Yap, Pengasas kepada Big Bad Wolf Books.

Sepanjang tiga tahun yang lalu, Big Bad Wolf Book Sale telah berkembang dengan pesat sekali, sejajar dengan hasrat mengubah dunia demi sebuah buku. Big Bad Wolf Book Sale telah melebarkan sayapnya ke Thailand, Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Taiwan dan Emiriyah Arab Bersatu. Di Malaysia tahun ini, Big Bad Wolf Book Sale telah diadakan di Ipoh, Pulau Pinang, Sarawak, dan Melaka.

The Big Bad Wolf Book Sale 2018 officially launched by (from left to right) Andrew Tay Chin Yee, Senior Vice President, Commercial Banking of Ambank Group; Andrew Yap, Founder of Big Bad Wolf Books; Tuan Syed Anuar Syed Ali, Executive Vice President, Group Corporate Communications & Marketing of Ambank Group; Jacqueline Ng, Founder of Big Bad Wolf Books and Fuad Md Din, Co-founder Of Wau Animations Sdn Bhd (The Animation Studio For Ejen Ali)

“Kami sentiasa merancang untuk menjadikan buku mampu milik, dimiliki oleh sesiapa jua. Oleh itu, kami berhasrat mengembangkan sayap ke lokasi lebih banyak lagi pada tahun-tahun berikutnya, merangkumi lain-lain bandar raya dan negara. Tabiat membaca, pada hemat kami, adalah cara terbaik untuk mengilham dan memperkasa orang yang bercita-cita tinggi demi kebaikan masing-masing,” jelas Yap lagi.

Bahkan berita baik untuk pelanggan AmBank, mereka bakal mendapat ganjaran istimewa pada jualan buku tahun ini. Big Bad Wolf Book Sale Kuala Lumpur bergabung buat kali pertamanya dengan AmBank sebagai bank rasmi. Pemilik kad AmBank bakal mendapat baucer eksklusif RM30 Big Bad Wolf bagi setiap perbelanjaan minimum RM300 sepanjang jualan buku ini.

From left to right: Jacqueline Ng, Founder of Big Bad Wolf Books; Andrew Yap, Founder of Big Bad Wolf Books; Tuan Syed Anuar Syed Ali, Executive Vice President, Group Corporate Communications & Marketing Of
Ambank Group; Fuad Md Din, Co-founder Of Wau Animations Sdn Bhd (The Animation Studio For Ejen Ali) and Andrew Tay Chin Yee, Senior Vice President, Commercial Banking of Ambank Group

Sebagai langkah mengenang jasa pelanggan dan masyarakat, Big Bad Wolf Book Sale kali ini bergabung dengan Astro Kasih Knowledge Zone menerusi unit Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), iaitu Program Red Readerhood yang membolehkan orang ramai menderma buku kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan memberikan mereka buku-buku berkualiti. Astro Kasih Zone juga membawa selebriti seperti Lisa Surihani, Dina Nadzir, Daniel Lawak Solo, Lin Ariffin, Calista Leah, Emily Quak, Joe Chan dan JieYing Tha yang akan muncul sebagai panglipur lara serta pengendali kuiz di sepanjang jualan buku. Kehadiran mereka di jualan tahun ini adalah tanda sokongan kepada inisiatif memperkasakan tabiat membaca di kalangan kanak-kanak. Big Bad Wolf Books akan terlebih dahulu memulakan inisiatif murni ini dengan menderma 1,000 buah buku. Antara penerima buku-buku dari Astro Kasih Knowledge Zone adalah 3,000 kanak-kanak dari 29 rumah kebajikan.


Siri animasi Malaysia bertaraf dunia, Ejen Ali, sekali lagi kembali ke acara Big Bad Wolf Book Sale dengan membawa pelbagai aktiviti riang ria untuk menghiburkan pengunjung seperti sesi Ejen Ali Meet & Greet, serta acara mencungkil bakat (Hunt) Ejen paling kreatif dan bengkel IRIS. Acara kali ini turut menampilkan Hot FM Zoomerz dan Kool FM Sahabat Kool yang akan mengendalikan acara untuk orang ramai memenangi pelbagai hadiah menarik.

Para pengunjung juga boleh menjamu selera dan menghilangkan dahaga di di Cafe Wolf kendalian unit F&B Big Bad Wolf Books yang dibuka sepanjang berlangsungnya acara jualan mega ini.

Ikuti #BBWKL2018 untuk maklumat terkini harian di:
FACEBOOK: fb.com/bbwbooks




xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page