TEMA DAN TREND WARNA 2019 / 2020

Friday, January 04, 2019

Assalamualaikum. Tahun ni lambat sikit Ayue update Tema dan Trend warna 2019/2020 sebab terleka dengan kehidupan seharian. Menjak-menjak jadi mak ni birthday sendiri pun boleh lupa. Hehe. Tapi jangan risau, Ayue tetap akan update sebab Ayue tau blog Ayue ni menjadi rujukan bakal pengantin untuk mencari warna tema sejak 6 tahun lepas. Alhamdulillah. Tahun 2019 ni warna tema dia menarik sebab color of the year untuk tahun 2019 adalah Living Coral. Haa, dah boleh dah lah tempah baju raya sedondon tahun ni kan?


Aduh, cantik pula warna Living Coral ni. Macam warna oren kemerahan yang fresh dan hidup!. Tahun 2019 ni suami dah pesan awal-awal supaya tempah baju raya siap-siap sebab nak sedondon. Tak nak jadi macam tahun lepas, berposak kami turun naik mall semata-mata nak cari baju yang sama warna. Maklum lah, dah ada anak ni sindrom sedondon tu kuat semacam. Haha. Cuma masalahnya raya haji tahun lepas kami dah pakai warna oren. Raya Aidlfitri ni nak pakai Living Coral pula ke? Hmm. Takpa, ada masa lagi nak fikir ni. Ayue fokus untuk bagi ilham untuk wedding anda dulu ok?


Okey, macam tahun-tahun sebelum ni, Ayue memang suka update color of the year untuk rujukan B2B (Bride to be) di luar sana. Yela, senang nak cari tema warna untuk perkahwinan anda kan. Biasanya kalau warna Living Coral ni, warna yang sepadan dengan dia adalah tona hijau dan turquoise atau aqua supaya wedding nampak happy, cheeky dan fresh. Untuk wedding yang elegan, mungkin boleh gabungkan dengan warna putih. champagne, dark navy atau grey.

Baca : Tema dan Trend Warna 2018/2019

Tema warna perkahwinan 2019

Living Coral











Pakar dari Pantone telah memilih Living Coral sebagai tema warna 2019. Aduh, cantik betul lah. Kalau tahun 2018 Ultra Violet nampak kelam , tahun 2019 ni nampak ceria. Gabungkan saja dengan warna pilihan anda, pasti majlis perkahwinan anda nampak sangat cantik.

Tapi jangan risau, kalau anda tidak berkenan dengan warna Living Coral, ni Ayue ada senaraikan Top 10 warna untuk tahun 2019 yang lain untuk rujukan anda.


Tema dan Trend Warna 2019/2020

Tak suka wedding satu warna je? Takpa, Pantone siap senaraikan lagi color apa yang sesuai dengan Top 11 color 2019 ni.



1) Fiesta PANTONE 17-1564





2) Jester Red PANTONE 19-1862




3) Turmeric PANTONE 15-1264





4) Pink Peacock PANTONE 18-2045





5) Pepper Stem PANTONE 17-0542





6) Aspen Gold PANTONE 13-0850




7) Princess Blue PANTONE 19-4150





8) Toffee PANTONE 18-1031 





9) Mango Mojito PANTONE 15-0960




10) Terrarium Moss PANTONE 18-0416





11) Sweet Lilac PANTONE 14-2808




Haa, rambang mata terus kan? Hehe. Takpa, Perlahan-lahan pilih ok? Bersanding sekali je, kena lah rancang betul-betul supaya tak menyesal kemudian hari. 

Have fun choosing your best colour ladies~

Info and picture credit to Pantone


xoxo,

post signature

You Might Also Like

4 comments

  1. Sis pun tengah ushar living coral ni utk baju raya hikhik... Tapi itulah rambang mata lagi ni hehe

    Moga segala yang baik baik untuk ayue sekeluarga tahun ni. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Samalah. Rambang dah mata ni. Haha.

      Amennnn. Thank you!

      Delete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page