Baby Steps BBs-3 | Susu Tepung Kambing untuk anak anda

28 August 2019

Assalamualaikum. Hari ni Ayue nak share dengan anda apa yang bestnya tentang Baby Steps BBs-3, susu tepung yang dirumus untuk kanak-kanak sebagai makanan tambahan nutrisi yang diperbuat daripada susu kambing. Nutrisi sangat penting kepada kanak-kanak tau untuk mereka membesar dengan baik dan kuat supaya dapat menjalani hari-hari mereka dengan gembira.


Sejujurnya, ini adalah kali pertama Qaayed minum susu kambing. Tapi lepas Ayue tahu yang susu kambing ni mempunyai khasiat yang berganda dari susu lembu yang Qaayed minum sebelum ni, Ayue pun bagi lah Qaayed cuba and Ayue tak sangka yang Qaayed mudah saja terima susu baru. Mungkin sebab rasanya yang sedap dan perut dia pun rasa selesa bila dapat buang air besar hari-hari.


Berbeza dengan susu tepung lembu, Baby Steps BBs-3 ni teramat tinggi dengan Asid Lemak Omega-3 (Asid dokosaheksaenoik, atau DHA, yang di perbuat daripada minyak ikan) yang menyumbang kepada kesihatan otak dan perkembangan visual.
Ia juga diperkaya dengan Zink, Vitamin B6 dan Vitamin C yang menyumbang kepada fungsi sistem imun yang normal. Malah ia juga dirumus dengan 16 vitamin dan mineral utama untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak anda. Banyak betul khasiatnya kan. Patutlah ramai yang cakap susu kambing ni susu yang terbaik selepas susu ibu.

Jangan salah faham ya, Ayue support sepenuhnya penyusuan susu ibu. Tapi tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak sepenuhnya sehingga 2 tahun. Ayue salah seorang darinya. Jadi sebab itu lah Ayue sentiasa cuba beri yang terbaik untuk Qaayed.


Kenapa Ayue pilih Baby Steps BBs-3 ni sebagai makanan tambahan nutrisi Qaayed? 

Untuk anda yang tidak tahu, dah banyak kajian saintifik yang dijalankan untuk mengenalpasti yang susu kambing adalah susu yang mudah untuk dihadamkan, kurang alahan dan lebih berkhasiat daripada susu lembu. Ini adalah kelebihan Baby Steps BBs-3 yang membuatkan Ayue memilihnya. Jom Ayue terangkan satu per satu ok?


Kelebihan Baby Steps BBS-3

Tinggi Kandungan DHA
Susu kambing Baby Steps BBs-3 ni teramat tinggi kandungan DHA – 115mg setiap 100g! Untuk menyumbang kepada kesihatan and tumbesaran otak, serta perkembangan visual anak-anak.


Mudah dihadam
Saiz globula lemak susu kambing adalah 1/3 saiz susu lembu, sebab inilah ia mudah dihadam. Malah susu kambing membentuk gumpalan yang lebih lembut dan ringan berbanding dengan susu lembu apabila susu masuk ke perut.



Kurang alahan dan radang
Susu kambing tidak mengandungi protein A1 beta-kasein. Protein A1 yang terdapat dalam susu lembu boleh menyebabkan keradangan dalam sistem pencernaan. Susu kambing semulajadi mengandungi tahap tinggi A2 beta-kasein yang mengurangkan risiko alahan.



Lebih tinggi prebiotik
Susu kambing mempunyai 5 hingga 8 kali lebih tinggi prebiotik oligosakarida berbanding dengan susu biasa untuk membantu menyokong pertumbuhan bakteria yang sihat dalam usus dan meningkatkan imuniti.



Lebih berkhasiat
Susu kambing mempunyai tahap tinggi asid lemak rantai pendek dan sederhana yang merupakan sumber tenaga yang hebat. Ia juga mempunyai kandungan mineral penting dan vitamin yang tinggi berbanding dengan susu biasa.


Masa mula-mula Ayue bagi Qaayed minum Baby Steps BBs-3, Ayue risau juga sebab takut Qaayed sembelit. Yela selalunya bila proses tukar susu ni, Qaayed perut dia sensitif dan akan sembelit 2-3 hari. Tapi syukur, bila minum Baby Steps BBs-3 ni, dia takda sembelit pun. Mesti sebab saiz globula susu kambing kan lebih kecil, mudah lah nak dihadam kan. Takda isu sembelit yang timbul. I loike!


Dan yang paling penting, rasa susu dia sedap! Tak manis dan takda rasa atau bau hamis kambing pun. Susu kambing Baby Steps BBs-3 ni diperoleh terus dari ladang khusus yang terletak di Patumahoe dan Kingseat, selatan Auckland. Perjalanan dari ladang nak ke kilang pemprosessan tenusu pula hanya dalam 30 minit saja. Sebab tu lah kesegaran susu berada pada tahap maximum dan kualitinya dapat dipantau.




Baby Steps BBs-3 ni dirumus untuk kanak-kanak berusia dari 12 bulan hingga 36 bulan. Sukatannya adalah 4 scoop susu tepung kepada 200ml air minuman. Tengoklah Qaayed tu, bukan main lagi dia dapat minum susu kambing ni. Hehe.


Untuk anda yang ingin mendapatkan Baby Steps BBs-3, anda boleh dapatkannya di pasaraya seperti Ben’s Independent Grocer, City Grocer, de Market, Jaya Grocer, Sogo, Urban Fresh, Village Grocer dan Isetan.



xoxo,


post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.