Jangan lepaskan promosi Half Pay Back di Lulu Hypermarket

Saturday, August 10, 2019

Assalamulaikum. Apa favourite hypermarket anda? Kalau Ayue, mestilah LuLu Hypermarket sebab mereka sentiasa ada promosi yang berbaloi untuk pelanggan setia mereka. Baru saja selesai promosi ulangtahun mereka yang ke-3 di Malaysia, sambung pula promosi HALF PAY BACK ni. Half tau, bukan 10%, bukan 20%, tapi 50% terus!! Mana nak dapat kat tempat lain kan?


Promosi ni meliputi bahagian Fesyen, Kasut, Beg Tangan Wanita, Sari dan Churidar. Fuh, banyak betul pilihan yang ada ni. Dah nak dekat raya haji ni, boleh lah pergi shopping dekat LuLu Hypermarket kan. Dapat jimat banyak gila dah tu. Dengan setiap pembelian berharga RM100, anda akan dapat pulangan baucer beli belah bernilai RM50. Baucer beli belah ni pula boleh digunakan untuk penebusan ke atas baranagn dari kategori yang sama saja. Alang-alang nak membeli tu, beli terus untuk satu family. Untung sangat ni. Nak jadi pembeli kena lah bijak kan. Alah membeli menang memakai konsepnya.


Ayue ada juga pusing dekat bahagian yang LuLu Hypermarket ni buat promosi Half Pay Back ni. Aduh, geram juga dibuatnya. Ada macam-macam style, dan gaya untuk pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak tau.

Ayue tengok juga kemeja untuk suami, mana lah tahu ada yang berkenan. End up Ayue rambang mata terus sebab banyak pula yang cantik-cantik. Next time kena datang lagi biar dia pilih sendiri. Senang. Hehe.




Ayue pula berkena dengan jubah ni. Macam boleh pakai je untuk raya haji ni? Ayue masa raya haji memang suka pakai jubah atau abaya macam ni. Simple dan modest. Tapi kalau anda cari fesyen macam dress pun ada juga. Jangan risau. Ada macam-macam fesyen yang ada dekat sini.


Paling Ayue suka bahagian kanak-kanak lah apa lagi. Mana-mana mesti nak tengok bahagian ni dulu sebab suka tengok baju kanak-kanak untuk Qaayed. Mak bapa tak beli pun takpa, janji anak kena beli cantik-cantik. Hehe. Biasalah, sindrom mak anak satu memang macam ni. Semuanya anak dulu, kemudian baru fikir diri sendiri. Ni Ayue dah berkena pula dengan baju pink untuk Qaayed ni. Kena grab lah ni? Hahaha.




Paling best yang Ayue perasan ada Half Pay Back juga untuk bahagian accessories baby. Hello, barang-barang baby ni mahal kot? Dapat Half Back Pay?? Biar betul?? Tengok ni ada stroller, walker, rocker, botol susu pun ada juga. Fuh, tergugat juga iman dibuatnya. Anda yang planning nak beli barang baby tu, boleh lah datang LuLu Hypermarket survey-survey dulu. Mana lah tahu ada yang berkenan di hati, boleh terus grab kan. Dah jimat banyak dah tu. Boleh beli untuk benda lain pula.





Bahagian kasut pun ada juga promosi tau. Nak cari kasut kerja ke, kasut jalan ke, kasut kahwin pun ada! Haa, ni ada bahagian kasut unuk bride to be. Glamour uols.






Dekat bahagian bag pun boleh tahan juga. Macam-macam jenis bag ada. Berkenan pula Ayue dengan bag sandang warna merah ni. Besar, boleh letak macam-macam barang. Letak diapers pun muat.




Oh ya, untuk anda yang nak beli sari untuk perayaan atau event, Ayue suggest anda datang LuLu Hypermarket ni sebab sari mereka cantik-cantik belaka. Ada macam-macam warna, macam-macam design dan macam-macam gaya untuk yang muda, orang tua mahupun kanak-kanak. Churidar pun ada juga. Pilih saja yang mana sesuai dengan anda. Yela, sari ni sekarang semua orang pun pakai kan? Kadang-kadang ada dinner company, kenduri kahwin, pakaian beragam, eh macam-macam lah. Bukan beli masa Deepavali saja.







Paling best, ada sari instant tau. Hehe. Tak payah risau kalau anda tak reti nak lilit-lilit dah. Sarung saj kain dari yang dah siap letak getah pinggan tu dan letak sari atas bahu, Tadaa, terus siap! Tengok lah kawan chinese Ayue ni. Mereka pun senang dan cantik je pakai sari macam ni. TAPI, sari dan churidar ni hanya ada pada LuLu Hypermarket KL saja tau. Dekat Shamelin takda. Jangan pula anda pergi LuLu Hypermarket Shamelin, takda lepas tu marah Ayue. Hehe. Ni Ayue beritahu siap-siap dah ni.



Kalau dah beli sari tu, jangan lupa pula beli accessories sekali. Tak lengkap lah kalau takda accessories kan. Dekat sini ada macam-macam pilihan yang ada. Anda boleh beli ikut warna sari yang anda beli tu. Baru lah ngam. And semua ni ada promosi Half Pay Back! Ayue rasa ni lah masanya untuk anda beli dan simpan siap-siap dari supaya nanti nak pakai dah ada dah. Takda lah menggagau nak cari dekat mana kan.




Haa, promosi Half Pay Back LuLu Hypermarket ni bermula dari 5 hingga 25 August 2019 saja tau. Cepat-cepat grab apa yang anda nak beli tu. Happy shopping!




xoxo,

post signature

You Might Also Like

1 comments

  1. masuk lulu tak pernah pun pergi ke floor lain. asyik jelah pusing settlekan trolley untuk barang keperluan dapur je. Masa sale haritu pegi gak..murahlah sebab banyak sale anniversary dia.

    ReplyDelete