Edible Garden | Mula berkebun di laman rumah teres akibat dari PKP Covid-19

Assalamualaikum. Ayue pasti semua orang pun tengah tercari-cari aktiviti apa nak buat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni berlangsung akibat dari virus Covid-19 yang melanda dunia. Lagi haru biru bila PM umumkan yang PKP akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020 pula. Aduh, pening kepala dibuatnya. Bukan apa, memang Ayue tak kisah duduk dirumah, selama jadi housewife ni pun memang sentiasa duduk di rumah. Cuma, bila kebebasan dihadkan, nak pergi ke kedai pun takut, malas nak beratur panjang, malah barang yang dicari pun belum tentu ada. Jadi stress juga kan?

Ayue tak nak lah jadi manusia tak bersyukur, jadi Ayue cuba manfaatkan masa yang ada dengan hobi baru. Ya, selain dari melayan Qaayed 24jam, Ayue sekarang ada hobi baru ye. BERKEBUN! Yes, akhirnya! Memang dah lama dah nak mula berkebun ni memandangkan Ayue ada tanah sejengkal di halaman rumah. Cuma sebelum ni asyik sibuk dengan kehidupan seharian sampai takda masa nak mula. Having a toddler at home, 24jam sehari pun tak cukup ye. 

So, memang cita-cita Ayue since pindah rumah teres ni nak buat edible garden. Cewah, edible garden lah sangat. Tapi memang itu lah konsep yang Ayue inginkan. Nak sayur apa, petik je dekat laman. Ulam, sayur, buah, semua lah! Setakat sayur-sayur basic kegunaan harian, tak payah nak beli dekat kedai dah lepas ni. Tinggi kan cita-cita? Hehe. Tak salah berangan tinggi-tinggi. Mana tau jadi kenyataan.


Ini lah dia tanah sejengkal depan rumah Ayue ni. Mula nya nak buat landskap, tapi sampai kesudah takda idea nak buat macam mana, last-last Ayue tukar plan nak buat edible garden. Haa, puas hati. Lagi berbaloi berbudi pada tanah ni kan. Atleast dapat juga Ayue merasa hasilnya nanti.


Apa yang Ayue plan adalah Ayue nak buat  4 raised bed. Nak buat batas biasa, tapi macam susah pula nak handle. Jadi buat raised bed je senang. Kebetulan kedai hardware dah boleh buka hari Isnin dengan Khamis, apa lagi, zaasss! Terus pergi beli batu bata. Dekat area rumah ayue ni seketul batu bata merah tu 40sen je. Lepas cabut rumput, gembur-gembur tanah, Ayue letak batu bata keliling sebagai sempadan tapak potting sayur nanti. 


Kenapa Ayue tak buat 1 raised bed saja? Dari depan sampai belakang? Sebabnya, nanti susah pula Ayue nak uruskan kebun Ayue nanti kalau takda ruang untuk Ayue bergerak. Nampak je nampak kecil jarak dari pagar hijau tu ke lantai garage kan. Tapi sebenarnya dalam 1 meter juga tu. Tangan Ayue tak sampai nak capai sayur dekat hujung pagar nanti. Faham ke tak ni? Haha.


Takpa lah, janji raised bed Ayue dah siap So lepas dah buat raised bed ni, Ayue kena perap dulu dengan baja tahi ayam selama 2 minggu untuk pasti kan tanah Ayue tu ready untuk tanam sayur nanti. Sementara perap tanah dengan baja tu, Ayue dah mula semai benih supaya bila genap 2 minggu nanti, benih Ayue dah bercambah dan ready untuk dialih ke tanah.


Excited punya pasal, macam-macam benih yang Ayue semai. Antaranya sayur sawi, kangkung, bayam, kailan, pak choy, lettuce, cili padi dan basil. Moga semuanya bercambah dengan jayanya. Ameennn. Hehe.

Tanah yang Ayue perap dengan baja tu juga Ayue kena pastikan bebas dari makhluk perosak. Jadi kena juga lah meracun dulu sebab kawasan Ayue ni banyak siput babi. Ayue letak racun siput babi tu seminggu sekali. Pasal racun ni Ayue cerita next entry lah ok?  



xoxo,

post signature

SEARCH MORE


RELATED ARTICLE


No comments

Post a Comment

© AYUE IDRIS • www.ayueidris.com