Homemade kek | Sedap dan murah di Melaka

Assalamualaikum. Tiap kali ada sebarang tarikh istimewa, Ayue mesti cari kek untuk meraikan, terutama bila ada birthday. Tak kira lah birthday anak ke, birthday suami ke, mak ke, kek ni macam benda wajib pula. Bukan apa, saja lah nak meraikan hari kelahiran insan tersayang ye tak? Kadang-kadang tu bukan buat majlis pun, tapi saja nak makan kek dengan anak beranak. Betul tak?

Macam Ayue, Ayue memang jarang beli kek yang ready made. Maksudnya kek yang dah beberapa hari terletak di kedai. Ayue lebih suka custome made kek yang Ayue nak ikut tema atau kesukaan orang yang birthday tu. Ye lah, dah alang-alang nak beli kek, kena lah beli yang cantik sikit kan. Yang penting, sedap! Baru lah puas hati.

Kebetulan masa Ayue ada dekat Melaka, nak cari kek. Eh,bukan senang tau nak cari kek yang cantik dan sedap dekat Melaka yang menepati citarasa Ayue ni. Ada yang cantik, tapi tak sedap pula. Spoil betul! Ayue tak tahu kenapa, tapi bila Ayue google homemade baker dekat Melaka, kebanyakkan kek mereka agak out dated. Tak up to date sangat design nya. Tak semua ya, tapi kebanyakan nya macam tu. 


Nasib Ayue jumpa Daya's Bakery. Cantik betul kek dia! Design pun boleh tahan. Ayue tengok review customer mostly memang puas hati dengan hasil tangan dia. Semua sedap! Zassss terus order!


Alhamdulillah, kek yang Ayue dapat memang sedap ye. Semua yang makan semua puji. Puas hati juga lah. Design yang Ayue minta pun dia dapat buat dengan sangat cantik. Berbaloi sangat-sangat. Harga pun affordable,jauh beza dengan harga dekat Selangor ni. Haha.

Jadi anda yang dekat Melaka kalau nak order kek birthday kanak-kanak, kek untuk suami, kek untuk isteri, kek tunang ke, kek kahwin ke, kek anniversary, semua kek lah, Ayue recommend anda tengok hasil kerja Daya's Bakery ni dan order dengan dia. InsyaAllah sedap.

Bawah ni Ayue share sikit hasil-hasil kerja Daya's Bakery ni ye. Ada banyak lagi dekat FB dia tu, anda boleh tengok nanti ok?

Kek birthday kanak-kanak. Kek untuk boy dan girl.

Kek oddbods, kek spiderman dan kek frozen

Kek minion. kek barbie dan kek pooh

kek kinder bueno, kek bola, kek minion

kek unicorn head, kek unicorn, kek boat 3D

kek super wing, kek mermaid, kek harry porter

kek ice cream, kek pugb, kek ocean



Cantik kan? Aduh, memang kreatif sungguh dia ni. Bukan tu je, kek untuk birthday untuk orang dewasa pun ada. Pilih saja nak tema apa. 

Kek tukang, kek cactus, kek motor

kek unicorn, kek motor tayar, kek askar

kek mekap, kek heart, kek rokok

kek doktor, kek kereta, kek camera


Untuk anda yang nak tunang, nak kahwin, nak buat kek dua tingkat, Daya's Bakery ni boleh tahan juga ye kek dia.





Cantik? Kalau nak tengok banyak lagi kek lain, boleh tengok Facebook Daya's Bakery ye.




xoxo,

post signature

SEARCH MORE


RELATED ARTICLE


No comments

Post a Comment

© AYUE IDRIS • www.ayueidris.com