Bayam Brazil | Khasiat dan Cara Tanam

08 November 2020

Bayam Brazil | Khasiat dan Cara Tanam


Assalamualaikum. Entry kali ni Ayue nak share tentang khasiat bayam brazil sebab Ayue memang ada tanam bayam brazil ni dekat rumah. Tumbuh hijau segar bugar tanpa sebarang penjagaan yang remeh pun. Selalunya Ayue kongsi resepi bayam brazil je kan? Kali ni Ayue nak juga kongsi khasiatnya supaya anda tahu betapa bagusnya bayam brazil ni untuk kesihatan kita. Sebelum tu, jom Ayue share sedikit info tentang bayam brazil.

Bayam Brazil | Khasiat dan Cara Tanam

Bayam Brazil

Bayam brazil ni merupakan spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Untuk yang selalu bertanyakan tentang benih bayam brazil, untuk pengetahuan anda, bayam brazil ni dia tiada benih. Ia merupakan tumbuhan yang mudah hidup melalui pembiakan keratan batang sahaja. Cucuk saja dia tanah yang lembap dan cukup air, pasti akan naik dengan menghijau dan lebar daunnya kerana bayam brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar.

Bayam Brazil | Khasiat dan Cara Tanam

Menu apa nak masak Bayam Brazil ni?

Daun bayam brazil boleh dimakan mentah atau dimasak kerana daunnya tidak berlendir dan rangup. Mungkin sebab itu lah bayam brazil sering dijadikan kerabu dan ulam-ulaman dalam menu masakan melayu kita. Bukan itu saja, bayam brazil boleh dimasak tumis sama seperti bayam yang lain dan dimasak sup. Kadang-kadang kalau Ayue kehabisan sayur, Ayue petik saja bayam brazil ni untuk dimasukkan dalam menu bergoreng seperti nasi goreng. Malah bayam brazil juga sesuai dimasukkan ke dalam menu masakan barat sebagai pengganti salad tau. Krup krap bunyinya. Sedap sungguh.

Bayam Brazil | Khasiat dan Cara Tanam
Petik bayam brazil fresh dari kebun kecil kami untuk masak lunch


Khasiat Bayam Brazil

Selain daripada dimasak dalam pelbagai menu masakan, bayam brazil ni sebenarnya sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. 

Bayam Brazil kaya dengan sumber vitamin dan mineral seperti:


Vitamin A
: Penting untuk kesihatan mata, mengatur system imunisasi dan berkembangan embrio.
Vitamin C: Antioksidan yang meningkatkan kesihatan kulit dan system ketahanan badan
Vitamin K: Penting bagi proses pembekuan darah.
Asid folik: Sangat penting bagi wanita mengandung bagi pertumbuhan sel dan tisu.
Zat besi: Menghasilkan hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh badan
Kalsium: Mineral penting bagi kesihatan tulang dan juga memberi signal kepada sistem saraf, jantung dan otot.

Qaayed memang suka makan bayam brazil



Antara khasiat bayam brazil adalah:


Melawan kanser
Bayam mengandungi sulfoquinovosyl diacylglycerol (SQDG) and monogalactosyl diacylglycerol (MGDG) iaitu komponen yang mencegah pertumbuhan kanser. Malah, bayam juga mengandungi antioksidan seperti kempferol yang mampu mencegah risiko kanser. Vitamin K membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan. Di samping itu, vitamin K juga penting bagi kesihatan tulang, jantung dan mencegah kanser.

Mengekalkan kesihatan mata
Bayam diperkaya dengan zeaxanthin dan lutein, iaitu komponen karotenoid yang memberi warna dalam sayur-sayuran. Zeaxanthin dan lutein mengurangkan risiko Degenerasi Makula dan katarak yang merupakan penyebab utama kebutaan. Kedua-dua komponen ini dapat menapis sinaran biru yang menyebabkan kerosakan retina.

Menurunkan berat badan
Bagi mereka yang ingin berdiet, bayam brazil merupakan salah satu pilih terbaik anda kerana bayam brazil mengandungi kandungan serat yang tinggi yang membolehkan anda kenyang dengan lebih lama dan mengurangkan portion makanan.

Membantu sistem penghadaman
Selain daripada menurunkan berat badan, kandungan serat di dalam bayam brazil juga dapat mengelakkan daripada masalah sembelit. Bayam merupakan serat tidak larut yang bersifat tidak larut dalam air. Ia dapat melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar.

Meningkatkan sistem imunisasi dan ketahanan badan
Sumber vitamin A dalam bayam berperanan untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih. Sel darah putih memainkan peranan penting dalam melawan penyakit atau jangkitan yang menyerang badan. 

Membantu melancarkan darah
Bayam merupakan salah satu sumber makanan yang mengandungi kandungan nitrate yang tinggi. Nitrate memainkan peranan dalam mengawal tekanan darah tinggi serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, kandungan asid folik dalam bayam juga membantu untuk melebarkan saluran darah serta melancarkan aliran darah dalam badan.

Mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda
Dengan pengambilan secawan jus bayam brazil sehari dapat mengurangkan masalah kedutan di wajah akibat daripada penuaan pramatang kerana bayam brazil mengandungi kandungan Vitamin C.

Mengekalkan kesihatan ibu mengandung
Asid folik dan zat besi yang terdapat didapat bayam brazil boleh mengekalkan kesihatan wanita hamil dan bayi dalam kandungannya kerana wanita hamil mudah merasa lemah disebabkan kekurangan darah merah. Malah Ayue pasti mesti ramai ibu mengandung yang tahu tentang kepentingan asid folik ni dalam pembentukan bayi semasa diawal kehamilan kan? Asid folik dapat melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya


Cara Tanam Bayam Brazil


Banyakkan khasiat bayam brazil ni? Sebab tu Ayue decide untuk tanam bayam brazil ni di rumah kami. Ayue hanya beli 1 polibag di nursery untuk di jadikan anak sebab bayam brazil ni pembiakannya melalui keratan batang ye. Bukan benih. Dari 1 polibag tu Ayue potong dan buang daun nya sedikit. Kemudian cucuk terus je ke tanah atau pasu. Ayue lebih suka tanam terus di tanah. Untuk anda yang tinggal dikawasan rumah yang tiada tanah, bayam brazil ni juga sesuai ditanam di dalam pasu. Tiada masalah.

Bayam brazil ni suka kawasan yang tanah lembab, berair, tetapi tidak sampai bertakung. Lagi banyak air lagi hidup subur lah dia. Penjagaan nya pun senang, tanpa baja pun bayam brazil ni boleh naik gemuk dengan jaya nya. Kalau letak baja lagi lah seronok bila tengok daun nya lebar-lebar dan rangup tu. Dan bayam brazil ni anda boleh letak direct di bawah cahaya matahari. kerana daunnya tahan lasak.

Keratan batang bayam brazil
Keratan bayam brazil. Buang daun bahagian bawah dan cucuk ke tanah

Cara Tanam Bayam Brazil | Week 1
Week 1 | Cucuk saja keratan batang ke tanah, siram dengan banyak air

Cara Tanam Bayam Brazil | Week 2
Week 2 |  bayam brazil akan mula keluarkan daun baru

Cara Tanam Bayam Brazil | Week 4
Week 4 | Dalam masa sebulan saja bayam brazil dah gemuk macam ni

Bayam Brazil | Khasiat dan Cara Tanam
Qaayed petik bayam brazil


Cara nak petik bayam brazil ni, anda potong terus je batang bayam brazil tu. Jangan risau sebab batang yang anda potong tu nanti akan bercambah dah naik lagi banyak cabang. Makin lebat lah sayur bayam brazil anda nanti. Batang bayam brazil anda boleh masukkan sekali di dalam masakan. Lebih batang tu boleh dicucuk semula ke tanah. Makin lama makin banyak lah bayam anda nanti. Best kan? Nak makan petik saja. Agak-agak malas nak masak, buat saja ulam. Habis cerita. Haha.

Anda selalu masak apa bayam brazil ni?


xoxo,

post signature




Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.