19 November 2020

Resepi Kek Batik Sukatan Cawan Simple & Sedap

Resepi Kek Batik Sukatan Cawan Simple & Sedap 


Assalamualaikum. Kek Batik ni memang favourite kami anak beranak. Adik Ayue siap buat jual ye masa Ramadan. Kek Batik ni selalunya laku keras kan dekat bazar? Tapi nak cari yang sedap susahnya la hai. Kadang-kadang tu keras. Spoil terus! Tapi resepi kek batik sukatan cawan yang Ayue nak share ni simple je cara buat nya. Sedap pula tu! Paling penting, masuk mulut dia melting. Tak keras sampai sakit gigi nak makan. Haha.

Ok jom Ayue share resepi kek batik melting sukatan cawan yang simple dan sedap ni. Lembut je tau macam kek.

Resepi Kek Batik Sukatan Cawan Simple & Sedap
Kek Batik Sukatan Cawan Simple & Sedap 


Bahan-bahan kek batik

  • 600g biskut marie (patahkan)
  • 200g atau 3/4 cawan butter
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 biji telur
  • Esen vanila

Bahan-bahan topping@ganache

  • 100g milk compound
  • 100g dark compound
  • 200ml whipping cream
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar golden syrup (optional)
  • 1sudu kecil hazelnut oil (optional - untuk bagi coklat rasa macam cadbury)


Cara masak Kek Batik

  1. Double boil semua bahan topping atau kalau nak senang masukkan dalam microwave je. Ketepikan dan biarkan sejuk sekejap. Tips panaskan coklat guna microwave Ayue ada tulis dekat bawah. Scroll sikit ok.
  2. Masak butter sampai cair guna api kecil saja. 
  3. Kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
  4. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat-cepat supaya tidak berketul.
  5. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan air pula. Kacau  hingga sebati biar semua sekata.
  7. Masukkan biskut. Kacau rata supaya semua biskut bersalut coklat. Tutup api.
  8. Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10inci (Alas plastik supaya biskut tak melekat dan senang untuk ditarik keluar). Kemudian tekan bagi padat.
  9. Tuang choc ganache melting dan simpan ke dalam chiller selama 4jam atau lebih sebelum di potong.
  10. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut supaya senang untuk dipotong.

*Tips nak bagi potongan cantik. Pisau yang nak guna utk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pun sedap je

Kredit : Facebook AIA Elite Advisor - Hidayat Shukor


xoxo

Post a Comment

© AYUE IDRIS. www.ayueidris.com.