11 November 2020

Resepi Sup Tulang Simple tapi Sedap

Resepi Sup Tulang Simple tapi Sedap


Assalamualaikum. Suami Ayue favourite dia memang sup tulang. Kalau nampak Ayue masak sup tulang, memang menghirup lah dia. Suka sangat. Cuma kadang-kadang tu biasa lah, nak masak sup tulang untuk suami, tapi tak larat nak buat yang renyah-renyah, jadi nya Ayue masak saja guna resepi sup tulang simple tapi sedap ni. Confirm tambah 2 pinggan nasi punya lah. Haha.

Bahan-bahan

Bahan-bahan blend

3 inci halia
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain

Tulang 1kg
Daging 1/2 kg
Kayu manis 2
Bunga cengkih 3-4
Daun sup
Daun bawang
Asam keping sekeping
3 sup bunjut
Garam



Cara masak Sup Tulang Simple

  1. Cuci tulang dengan bersih sampai hilang hanyir lembu. Boleh guna limau atau tepung gandum masa cuci.
  2. Rebus tulang dan daging sampai empuk. Kalau ada pressure cooker boleh guna pressure cooker. Lagi cepat daging empuk.
  3. Blend halia, bawang besar, bawang putih
  4. Tumis bahan blend dan masukkan kayu manis, dan bunga cengkih sampai garing.
  5. Masukkan juga sup bunjut.
  6. Masukkan tulang dan daging yang telah empuk bersama air rebusan.
  7. Masukkan asam keping
  8. Perasakan dengan garam. Siap!
  9. Hidang bersama daun sup dan daun bawang.






Allah, mudah sangat ni. Sap sap soi je siap dah. Haha. Yang lamanya nak rebus tulang tu sampai empuk je. Kalau Ayue yang tiada pressure cooker ni, selalunya Ayue rebus dari pagi. Jadi tengahari masa nak masak lunch tu tulang dah empuk.

Nampak gayanya macam nak kena beli pressure cooker je ni? Kejap nak pergi usha Shopee dengan Lazada kot-kot ada yang murah. Anda guna pressure cooker brand apa? Share lah.

Oh ye, sup tulang ni nak lagi sedap, kena makan dengan sambal kicap. Peh, boleh terangkat kalau makan dengan sambal kicap ni. Nanti Ayue share resepi sambal kicap paling simple pula ok? Semua resepi nak simple je sekarang ni. Tiada masa nak fikir banyak semenjak ada anak ni. Hehe.



xoxo,

post signature

Post a Comment

© AYUE IDRIS. www.ayueidris.com.