[Product Review] BeautyOAT (Collagen Plus + Oat)

Monday, November 24, 2014

Salam awak~

Balik je dari Japan hari tu, kulit saya jadi kering..naik bintik-bintik. Stress melanda!
Mungkin sebab perubahan cuaca yang mendadak. Nasib baik tak menggelupas sebab saya pakai pelembab. Tapi still, kulit saya jadi kering dan bintik-bintik :(





Maka, bila diberi peluang untuk mencuba produk baru keluaran Babeskin365 ni, saya tak lepaskan peluang untuk mencuba sebab BeautyOAT ni adalah produk kesihatan yang berasaskan Collagen Plus dan merupakan produk kesihatan pertama dan satu satunya produk collagen plus yang mengandungi Oat, Marine Collagen, ekstrak Sakura dan ekstrak delima.
  • Oat - Oat sejenis makanan semula jadi, kaya dengan serat dan sumber protein dan beta glucan yang terdapat dalam oat membantu untuk penyerapan semula kolesterol yang lebih rendah.
  • Marine Collagen - Untuk mengekalkan kulit yang lembut dan anjal. Ia secara aktif meningkatkan sintesis kolagen untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus, kedutan dan kekeringan.
  • Sakura - bahan semula jadi untuk anti keradangan, pemutihan dan anti-gylcation. Membantu dalam mengurangkan pengeluaran melanin untuk kulit yang lebih cerah.
  • Delima - Kaya dengan antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas kepada badan.

BeautyOAT diperbuat dari sumber nutrien bahan-bahan terbaik & 100% semulajadi, dijamin HALAL. Gabungan bahan-bahan ini telah dikaji dan terbukti untuk :
  • mencegah penuaan awal 
  • memulihkan masalah kulit
  • mencantik dan menyuburkan rambut
  • menegangkan payudara
  • menguatkan tulang
  • mencerahkan kulit
  • mengurangkan pigmentasi kulit
  • mengurangkan kadar kolestrol
Kesan ini akan dapat dilihat seawal 14 hari.

Hebat kan?

Minggu pertama je saya da dapat rasakan perubahan pada kulit saya. Kulit da tak kering dan bintik-bintik mula kurang. Syukur alhamdulillah. Masalah kulit ni betol-betol buat hati ni gundah gulana tau?!

Tapi takkan lah nak guna seminggu je kan..hehe..saya teruskan menggunakan BeautyOAT ni sebab nak tengok apa lagi kesannya pada saya. Surprisingly, kulit jadi glowing2 gitu~ cewah.

Okey, bukan nak puji, tapi ini fakta~ haha! :p

Dan yang buat BeautyOAT ni bertambah ohsem, ia mengenyangkan. Serious. Tidaklah terlalu kenyang sampai takmo makan, tapi cukup untuk mengurangkan nafsu makan saya bila tiba waktu lunch. Biasa lunch nasik mesti penuh sepinggan. sekarang separuh pun da rasa kenyang. Eh? boleh diet la camni? Iye..betol..saya mok sangat da sekarang ni :(

Cara saya consume BeautyOAT ni? senang je..sebelum sarapan dan sebelum tidur




Cara pengambilan BeautyOAT
1. Sediakan air suam 180ml. (Bukan air panas ye) 
2. Masukkan 1 sachet ke dalam gelas dan tuangkan air suam tadi.
3. Kemudian kacau sehingga larut dan sedia untuk diminum.


Rasa oat ni sedap dan kurang manis..bagus sangat lah tu. Saya memang tak suka minum manis-manis.


Jadi untuk awak yang ingin memiliki badan yang sihat dan kulit lebih berseri dan cerah, boleh dapatkan BeautyOAT ni di butiran dibawah :

Address : 12-C, Jalan BS 9, Taman Bukit Segar, 43200, Cheras, Selangor.
Kuala Lumpur, MalaysiaPhone : +6012 244 4014/ +6012 244 4041


Harga BeautyOAT :
RM79.00 (WM)
RM89.00 (EM)
Satu kotak 18 sachets x 30gm



"Beauty, Young, Healthy"



xoxo,

post signature

You Might Also Like

3 comments

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page