[Beauty Review] Safi Rania Gold

20 November 2014

Salam awak~

Bila da menjangkau peringkat umur yang melebihi 25 tahun ni, kulit muka kita da mula menunjukkan proses penuaan...yeee......tak payah la bajet kulit awak tu setegang kulit masa awak muda remaja dulu ye? Impian semata-mata..

Dengan persekitaran yang tak sihat, dengan udara penuh asap ni..tekanan kerja lagi..tekanan tak kawen-kawen lagi..eh? hehe..ok..itu adalah antara punca yang mendorong kulit wanita seusia saya mempunyai tanda-tanda PENUAAN PRAMATANG. hah! takut la tu kan? baru nak masuk umur 30 kulit da nampak tua~ OMG :p


Thanks to Safi Malaysia kerana memperkenalkan SAFI RANIA GOLD yang diperkaya dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA yang mampu meremajakan kulit supaya tanda penuaan pramatang tadi dapat diatasi. 




BIO NANO EMAS 24K

Merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus, malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara


PROTEIN SUTERA

Mengandungi 18 jenis Asid Amino untuk membentuk lapisan perlindungan kult yang berupaya mengunci lembapan dan melicinkan agar kulit wajah lembut dan halus bak sutera
Antara produk-produk yang ada dalam rangkain SAFI RANIA GOLD dan langkah-langkah penggunaanya ialah :



1. Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD - Membersih & Meremajakan Kulit


Pencemaran dan kotoran mengakibatkan kulit kering, lemah serta tidak sihat. PEMBERSIH WAJAH SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA membersih kotoran dan sisa mekap dengan lebih effektif. Sementara VITAMIN C pula memperlahankan pembentukan melanin sambil mencerah dan menyamaratakan tona kulit. Buihnya yang mewah berkrim membersih hingga ke liang pori. Kulit terasa licin, lembut dan sihat.


Harga :
( SM – 50 g – RM 8.90, 100 g – RM 14.90)
( SS – 50 g – RM 9.20, 100 g – RM 15.50)


Penggunaan: 
Gosok dengan air sehingga berbuih. Urut lembut pada wajah dan bilas.




2. Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD - Membersih & Menyegarkan Kulit

Cuaca panas dan tak menentu menjadikan kulit mudah kering seterusnya melemahkan struktur kulit. GEL PEMBERSIH WAJAH SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA membersih serta mengembalikan kesegaran wajah sementara KARNOSIN yang merupakan agen antioksida, melindungi kulit daripada radikal bebas yang merosakkannya. Pembersih bertekstur ringan dan berasaskan gel serta pH seimbang ini membersih wajah dengan lembut tanpa menghakis lembapan semula jadi agar kulit wajah kekal lembap.




Harga :
( SM - 50 g – RM 8.90 , 100 g – RM 14.90 ) 
( SS – 50 g – RM 9.20, 100 g – RM 15.50 )


Penggunaan: 
Gosok dengan air sehingga berbuih. Urut lembut pada wajah dan bilas.





3. Pembersih Wajah Lembapan Mendalam SAFI RANIA GOLD - Membersih & Melembap Secara Mendalam

Kulit yang kering akan mempercepatkan kemunculan tanda penuaan pramatang seperti kedutan dan garis halus. PEMBERSIH WAJAH LEMBAPAN MENDALAM SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA membersih serta melembap kulit wajah secara mendalam, mengatasi masalah kulit kering dan kerengsaan seterusnya mengurangkan tanda penuaan. Sementara VITAMIN C & KARNOSIN di dalamnya bertindak mencerah dan menyamaratakan tona kulit disamping melindungi kulit daripada radikal bebas agar kulit cerah dan sihat. Dirumus dengan pH seimbang, pembersih ini menjadikan kulit lebih sihat dan bermaya.


Harga :
( SM – 150 ml - RM 17.90 ) 
( SS – 150 ml - RM 18.50 )


Penggunaan: 
Gosok dengan air sehingga berbuih, urut lembut pada wajah dan bilas.




4. Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD - Menyerlahkan Kulit Wajah Berseri


Pembersih wajah sahaja tidak cukup untuk membersih dan menanggalkan sel kulit mati serta mengeluarkan kotoran dan sebum pada kulit. SKRUB WAJAH SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA diperkaya dengan manik-manik jojoba bertindak lembut mengeluarkan kotoran dan sebum yang terperangkap di dalam pori-pori serta menanggalkan sel-sel kulit mati. Sementara VITAMIN C & KARNOSIN di dalamnya bertindak mencerah dan menyamaratakan tona kulit disamping melindungi kulit daripada radikal bebas agar kulit cerah dan sihat.


Harga : 
( SM – 75g – RM 14.90 ) 
( SS – 75g – RM 15.50 )


Penggunaan: 
Sapukan pada muka dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Bilas sehingga bersih. Gunakan 2 - 3 kali seminggu.




5. Penyegar SAFI RANIA GOLD - Mengecilkan Pori Wajah

Kotoran yang menutupi liang pori akan tertanggal sewaktu proses membersih wajah mengakibatkan liang pori terbuka dan terdedah. PENYEGAR SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA digabung bersama EKSTRAK LIKORIS berfungsi menanggalkan sisa kotoran dengan lembut sambil membantu mengecilkan liang pori. Penyegar bebas alcohol dengan ekstrak air mawar ini memberikan kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit.


Harga :
( SM – 80 ml – RM 14.90) 
( SS – 80 ml – RM 15.50 )


Penggunaan: 
Tuangkan sedikit pada kapas. Sapukan dengan lembut. Gunakan selepas membersih wajah.




6. Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD - Mengembalikan Keremajaan Kulit


Penghasilan kolagen secara semula jadi di lapisan dermis kulit mula berkurangan apabila usia meningkat pertengahan 20an. Atasi dengan SERUM KONSENTRASI SAFI RANIA GOLD. Diperhebat dengan lebih 50X* BIO NANO EMAS 24K bersama kombinasi PROTEIN SUTERA, ia mengandungi molekul yang lebih kecil dan efektif supaya menyerap jauh ke dalam kulit untuk merangsang sintesis kolagen agar memperlahankan tanda penuaan pramatang sambil memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah. Gabungan TRI-TONE EQUALISER pula mengembalikan tona wajah agar tidak kusam dan wajah segera kelihatan lebih bermaya malah cerah berseri. Keremajaan kulit kini dikembalikan. 



Harga : 
( SM – 20 ml – RM33.90 ) 
( SS – 20 ml – RM35.30 )


Penggunaan: 
Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan memusing. Gunakan sebelum Krim Pelembap SAFI RANIA GOLD.




7. Krim Pelembap Siang SPF25PA++ SAFI RANIA GOLD - Mencerah, Melindungi dan Menganjalkan Kulit


Kulit yang seringkali terdedah kepada matahari dan penyaman udara menyebabkan kulit lesu, hilang lembapan dan kurang anjal. Pelihara kulit di siang hari dengan KRIM PELEMBAP SIANG SPF25PA++ SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA bersama kombinasi PELINDUNG UVA&UVB merupakan krim yang melembap dan melindungi kulit daripada sinaran UV di siang hari. LIGHT DIFFUSING CRYSTALS pula membantu mengurangkan tona yang kekuningan dan kusam serta mengembalikan kecerahan dan keserian kulit dengan segera agar kulit kekal bermaya, berseri dan anjal sentiasa. 


Harga :
( SM – 40 g – RM 23.90) 
(SS – 40 g – RM 24.90)


Penggunaan:

Sapu pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Gunakan pada waktu siang selepas Penyegar atau Losyen Minuman Wajah dan Serum SAFI RANIA GOLD.




8. Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD - Merawat Kulit Ketika Tidur


Kulit yang sentiasa terdedah kepada panas matahari, pendingin hawa dan pencemaran di siang hari boleh memudaratkan dan mengakibatkan kemunculan garisan serta kedutan. Proses pemulihan yang sesuai untuk mengatasinya ialah waktu malam. KRIM PELEMBAP MALAM SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA merupakan krim yang merawat kulit sambil meningkatkan penghasilan kolagen. Sementara Phyto-SLC memulih kulit daripada lapisan kulit paling dalam, meningkatkan dan menggalakkan sel-sel baharu kulit pada waktu malam sambil mengurangkan kemunculan garisan dan kedutan.


Harga :

( SM – 40 g – RM 26.90 ) 
( SS – 40 g – RM 27.90 )


Penggunaan: 
Sapu pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Gunakan pada waktu malam selepas Penyegar dan Serum SAFI RANIA GOLD.




9. Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD - Mencegah Penuaan Sekitar Mata


Tanda awal penuaan seperti garisan halus dan kemunculan lingkaran hitam mudah terlihat di sekitar mata. KRIM KONTUR MATA SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA digabung bersama OLIGOPEPTIDA merupakan krim khusus untuk menghindari masalah di sekitar mata terutamanya lingkaran hitam. Teksturnya yang ringan dan mudah meresap bertindak meningkatkan penghasilan kolagen seterusnya memperbaiki lapisan kulit agar lebih cerah dalam masa 8 minggu.



Harga : 

( SM – 15 g – RM 17.90 ) 
( SS – 15 g – RM 18.60 )


Penggunaan: 
Letakkan 2-3 titik pada hujung jari kemudian sapu di sekeliling mata dengan lembut. Gunakan sebelum Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD.




10. Krim BB SPF37PA++ SAFI RANIA GOLD - 10 Dalam 1, Untuk Wajah Tampil Sempurna


Kesibukan harian membuatkan ramai wanita inginkan solekan yang mampu memberikan kesan solekan natural yang tahan lama di samping penampilan yang sempurna. KRIM BB SPF37PA++ SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA bersama kombinasi VITAMIN C merupakan krim asas solekan yang mencerah dan melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya, menyamarkan cela seterusnya menyamaratakan tona kulit agar tampil sempurna sepanjang hari.


Harga : 
( SM – 25 g – RM 35.90) 
( SS – 25 g – RM 37.30 )


Penggunaan: 
Letakkan 2-3 titik pada hujung jari kemudian sapu di pada wajah dan leher. Gunakan selepas menggunakan Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD.


10 Dalam 1 Kebaikan


1. Mengekalkan kelembapan kulit
2. Mencerahkan kulit
3. Tompok hitam dan jeragat tidak kelihatan 
4. Tona kulit lebih sekata
5. Menyamar garis halus pada wajah 
6. Melindungi kulit wajah dari sinar UV
7. Krim yang tidak menutup pori-pori wajah 
8. Tekstur kulit lebih halus & anjal 
9. Kemasan tanpa kilatan untuk kulit wajah lebih natural
10. Kalis Air dan peluh agar solekan tahan lama




11. Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD - Menyamaratakan Tona Kulit

Kulit kusam dan tidak bermaya, tona tidak sekata serta tanda penuaan yang mula kelihatan mengurangkan keyakinan wanita untuk menyerlahkan penampilan. KRIM KECANTIKAN SAFI RANIA GOLD dengan BIO NANO EMAS 24K dan PROTEIN SUTERA merupakan alas solekan wajah yang berkesan menyamaratakan tona kulit, menjadikan wajah cerah di samping mengekalkan keanjalan kulit seterusnya meningkatkan keyakinan wanita untuk tampil bergaya.


Harga :
( SM – 16 g – RM 10.90 ) 
( SM – 16 g – RM 11.30 )


Penggunaan: 
Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik selepas Krim Pelembap Siang SPF25 PA++ SAFI RANIA GOLD. Gunakan sebagai krim penjagaan kecantikan serta asas solekan.




HASILNYA*

FASA 1 - Kulit lebih cerah dan 2x lembap dengan serta-merta.
FASA 2 - Wajah terasa anjal, licin dan lembut dalam 3 minggu.
FASA 3 - Wajah cerah berseri, kulit muda dan remaja sentiasa.

*Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI RANIA GOLD.


Ohsem kan? Apa kata duta baru SAFI RANIA GOLD ni pulak.



SAFI RANIA GOLD amat istimewa buat saya kerana ia memahami keperluan kulit wanita seusia saya dengan seleksi produk lengkap setiap satu dengan manfaat tambahan yang merawat masalah penuaan dengan khusus. Setiap satunya menjanjikan pengalaman kecantikan emas yang unik”.

- Nora Danish


“Berdasarkan hasil ujian klinikal yang dijalankan oleh Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd, generasi terbaru SAFI RANIA GOLD ini menjadikan kulit sekurang-kurangnya 5 tahun lebih muda dalam masa 4 minggu berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan keatas 50 orang wanita Malaysia . Ini adalah komitmen kami kepada anda para wanita SAFI”.
- Puan Mahsuri Sulaiman (Pengurus Kumpulan Produk SAFI)

Inginkan kulit awak menjadi 5 tahun lebih muda dari usia sekarang? Dapatkan guna SAFI RANIA GOLD ni ye.

Mulakan dari awal dan abadikan kejelitaan dengan rangkaian SAFI RANIA GOLD.


"Meremaja & Mencerahkan kulit"


Untuk info lanjut, boleh layari :

Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI : @safimalaysia


xoxo,


post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.