Safi Balqis Cerah Sempurna Masterclass

Thursday, February 05, 2015

Assalamualaikum awak~

Hanis Zalikha, duta Safi Balqis White Trilogy
Awal bulan hari tu saya ada attend Safi Balqis Cerah Sempurna Masterclass yang diadakan di The Cooking House Bangsar bersama-sama dengan duta Safi Balqis iaitu Hanis Zalikha. Masterclass ni bertujuan untuk mendidik wanita tentang rejim penjagaan kulit yang betul dan maafaat buah-buahan yang diinovasi kan di dalam produk kecantikan Safi Balqis.

Okey.

Masterclass ni terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama adalah sesi Chef Cerah Semperna bersama Chef Lin dan sesi kedua adalah bengkel kecantikan bersama Hanis Zalikha.

Untuk sesi pertama, kami diberi penerangan tentang manfaat kecantikan Kiwi dalam mencerahkan kulit, dan Limau Gedang untuk keperluan khusus kulit berminyak dan sensitif melalui pandangan pakar seorang tukang masak.




“Selain daripada menitik beratkan penjagaan kulit muka, serlahkan kecantikan dari dalam dengan mengutamakan pengambilan buahan dan sayuran. Contohnya, pengamalan pemakanan buah kiwi segar yang kaya dengan Vitamin C (dua kali lebih tinggi daripada lemon) mampu mencerahkan kulit dengan lembut dan selamat. Bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak, limau gedang pula mempunyai manfaatnya tersendiri dalam mengawal pembentukan minyak”. - Chef Lin



Yang bestnya, masa sesi ni berlangsung, kami diajar tentang resepi yang cukup mudah untuk pengambilan buah-buahan iaitu Resepi Puding Parfe (Pudding Parfait) Limau Gedang dan Kiwi.




Ini adalah pertama kali saya dengar perkataan parfe atau parfait ye. Tak pernah tau dan tak pernah rasa pun parfait ni. Untuk awak yang tak tau juga parfait tu apa, ni lah dia.



Puding Parfe Limau Gedang & Kiwi

Haaa, nampak tak lapisan-lapisan buah yang ada dalam parfait tu? Kiwi dan Limau Gedang :)

Jadi hari tu, Chef Lin akan ajar kami sampai pandai macam mana nak buat Pudding Parfait macam dalam gambar kat atas tu.





Nampak macam mudah je kan? Tapi nak potong Limau Gedang tu kena ada skill ye. Tak boleh main potong je, hancus jadi air jus je Limau Gedang awak tu nanti. Hehe. Awak kena potong bagi sampai dapat isi saja. Lapisan per lapisan. Siap Chef Lin dan pembantu dia datang ke meja-meja kami untuk betolkan skill potong Limau Gedang. Hehe.




Hanis Zalikha, duta Safi Balqis (dua dari kanan) bergambar bersama rakan media.

Puan Mahsuri Sulaiman, Safi Group Product Manager (dua dari kanan) bergambar bersama rakan blogger.

Gigihkan kami buat Pudding Parfait ni? Sebabnya, siapa yang buat paling cantik dalam masa 20 minit akan dapat hadiah!! Dalam banyak-banyak meja tadi, meja kami yang paling senyap sekali..fokus kononnya :p

Lepas je 20 minit kami kena ketepi untuk Chef Lin pilih Pudding Parfait yang paling cantik setiap meja untuk ke Top 5. Cuba teka meja saya siapa punya Pudding Parfait yang terpilih ke Top 5? 

Saya lahhhhh!! hahah



Ciri-ciri yang diperlukan untuk Pudding Parfait yang cantik adalah nampak setiap lapisan bahan yang digunakan. Especially buah Kiwi dan Limau Gedang. Dan tak terlalu comot, Kalau comot mesti tak cantik kan?

Puding Parfe Limau Gedang & Kiwi

Dan pemenangnya adalah~~~


(dari kiri) Chef Norzailina Nordin (Chef Lin), pemenang Cerah Sempurna Media Masterclass Challenge, Ayue Idris, hadiah disampaikan oleh Puan mahsuri Sulaiman.

Hanis Zalikha pilih Pudding Parfait saya okey~~
Dapat hamper produk Safi Balqis..yeay!


Selesai sesi pertama. Untuk sesi kedua pulak, bengkel kecantikan Safi Balqis White Trilogy bersama Hanis Zalikha dan Puan Mahsuri. Puan Mahsuri Sulaiman menerangkan keunikan dan teknologi kecantikan SAFI didalam rangkaian SAFI Balqis White Trilogy beserta cara penggunaan yang betul untuk mendapatkan kulit yang cerah sempurna.




“Dengan kombinasi formulasi teknologi inovasi kecantikan serta sains kecantikan SAFI, SAFI Balqis White Trilogy ini telah direka khas untuk seluruh jenis keperluan kulit kerana kami di keluarga SAFI percaya bahawa semua wanita berhak mendapat penjaagan wajah yang sempurna seawal usia muda remaja”. - Puan Mahsuri


Untuk awak yang tau tu, Sistem White Trilogy ni diuji secara saintifik untuk mencerah 3 lapisan epidermis kulit untuk wajah cerah sempurna seawal 3 hari dengan penggunaan secara berterusan. Dengan kombinasi Arbutin yang terkenal dengan manfaat pencerahannya di dalam produk penjagaan wajah serta teknologi Nano BioWhite yang mampu melambatkan proses pigmentasi memperhebatkan lagi rangkaian produk Safi Balqis White Trilogy ni. Ia juga turut mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit, lantas menjadikan kulit cerah bermaya melalui proses pencerahan 3 lapisan epidermis kulit.

Barisan produk Safi Balqis White Trilogy Oil Control Range

Barisan produk Safi Balqis White Trilogy

Safi Balqis White Trilogy memberikan fokus kepada kronologi manfaat pencerahan wajah seperti berikut:


3 Minit – Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semulajadi 

3 Hari – Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit 
3 minggu – Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit


Hebat kan?

Selesai penerangan dari Puan Mahsuri, Hanis Zalikha pula menerangkan langkah demi langkah penggunaan produk kecantikan Sapi Balqis White Trilogy untuk mendapatkan kesan yang maksimum.


Hanis Zalikha memperkenalkan rutin pengamalan penjagaan kulit muka 5M Safi Balqis White Trilogy beliau iaitu “Membersih – Menyegar – Memelihara – Melembap – Menyerikan

Awak boleh refer link kat bawah ni untuk maklumat lanjut produk kecantikan Safi Balqis White Triligy (Kiwi dan Limau Gedang) secara details ya.



Hanis Zalikha menunjukkan cara membersihkan muka dan menggunakan produk Safi Balqis dengan berkesan.

Hanis Zalikha menunjukkan cara membersihkan muka dan menggunakan produk Safi Balqis dengan berkesan.


“Penjagaan kecantikan haruslah dititik beratkan luar dalam agar kulit sentiasa segar, anjal dan kurang kedutan. 5 produk asas mesti ada bersama saya semestinya Pembersih muka, Penyegar, Krim pelembap, Serum dan BB Cream daripada SAFI BALQIS White Trilogy. Selain itu, menikmati snek sihat seperti buah-buahan, serta meminum air masak yang banyak turut menjadi amalan seharian”. - Hanis Zalikha


Macam-macam tips yang dikongsikan oleh Hanis Zalikha sepanjang bengkel kecantikan tu, antaranya kita wajib pakai pelembab (Moisturiser) tak kira apa pun, tapi untuk kulit yang berminyak, selepas sapu pelembab, dap-dap muka dengan tisu untuk membuang pelembab berlebihan supaya kulit hanya mendapat pelembab yang diperlukan dan tidak berminyak.

Apapun, Hanis Zalikha memang cantik gila lah. Sangat peramah dan manja. Untung lah Hairul Azreen tu. Eh?

Last sekali,  sebelum balik harus lah ada group photo kan :)

Puan Mahsuri Sulaiman dan Hanis Zalikha bergambar bersama rakan media yang turut hadir ke majlis Safi Balqis Cerah Sempurna Masterclass.

Barisan dari SAFI dan rakan agensi (dari kiri): Low Kiu Fung, Janice Chong, Nurul Azraniah, Jessica Wong, Hanis Zalikha, Mahsuri Sulaiman, Azlin Abu Bakar, Yee Yoke Ching, Sakinah Amirah

Masterclass seperti ni adalah pertama kali di adakan oleh pihak Safi. Harapnya lepas ni banyak lagi masterclass yang menyusul supaya kami, wanita yang tak berapa nak celik ilmu kecantikan ni terdedah dengan ilmu untuk mencantikkan diri :)


Suka gila gambar ni. Haha.

Produk kecantikan Safi Balqis White Trilogy ni boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Dan sesuai untuk wanita berusia antara 18 hingga 28 tahun.



Untuk maklumat lanjut tentang Safi Balqis, boleh layari laman web mereka ye :)




xoxo,


post signature

Credit Photo : Safi | Nadia | Kerex Studio

You Might Also Like

6 comments

  1. Wah ! Menang saje tau dia ni. Eh , Hanis Zalikha ni tinggi tinggi kita je ke ? Lol ! :P

    ReplyDelete
  2. Wuuu dapat jumpa kenis. hehehe. kita pun guna safi jugaak ^^

    ReplyDelete
  3. Eh, kenape lagi cantik dari hanis ni? hehehehe Bestnya menang hadiah :) Tahniah!

    ReplyDelete
  4. cam best.... nanti Ayue tambah lagi ayu lepas pakai ini.... hehehe

    come visit www.mieranadhirah.com when you are free .....

    ReplyDelete
  5. produk baru...adoi...banyak nya produk baru dalam malaysia neh! hahahaha...

    okay, nanti boleh cuba buat

    ReplyDelete

Youtube Channel

Blog List