YES (Youth Entrepreneur System) | Program Kemasyarakatan Shaklee Malaysia

Sunday, June 07, 2015

Assalamualaikum. Ayue pasti ramai yang telah tahu tentang kewujudan produk Shaklee di pasaran. Mana tidaknya, hampir kesemua medium pengiklanan ada memaparkan kehebatan produk keluaran Shaklee yang berasaskan kecantikan dan kesihatan dari alam semulajadi, malah ada juga di antara blogger-blogger yang telah menjadi pengedar sah Shaklee. Hebat betul penangan Shaklee ni sebenarnya. Cuma, mungkin ada yang belum pernah dengar tentang program-progam yang telah dilaksanakan oleh Shaklee untuk masyarakat di Malaysia kan?

Jadi, baru-baru ni Ayue bersama 15 lagi rakan blogger yang lain telah ke ibu pejabat Shaklee Malaysia di The Pinnacle Sunway untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang program baru yang telah dilancarkan oleh Shaklee awal Mei 2015 lalu iaitu YES (Youth Entrepreneur System).


YES (Youth Entrepreneur System)

Shaklee Products (M) Sdn Bhd (Shaklee Malaysia) telah memperkenalkan program YES untuk memberi peluang kepada belia-belia yang inginkan kesihatan dan kehidupan yang lebih baik. Program ini merupakan satu lagi inisiatif program kemasyarakatan Shaklee Malaysia selepas Shaklee Cares for Our Children di bawah Shaklee Cares.

Shaklee Cares merupakan sebuah organisasi bukan berdasarkan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Shaklee Corporation, Ibu Pejabat Shaklee Malaysia di Amerika Syarikat. Ia komited untuk membantu mereka yang terjejas oleh bencana alam dan kecemasan. Pertubuhan kebajikan ini telah menyumbangkan beribu-ribu jam masa sukarelawan dan berjuta-juta dolar dalam bentuk wang tunai dan produk untuk membantu keluarga Shaklee dan komuniti di mana mereka beroperasi.


Ayue perasan kebelakangan ni kerajaan Malaysia sering menggalakkan rakyatnya menjadi usahawan bagi memperbaiki taraf kehidupan mereka. Jadi, selaras dengan usaha kerajaan memupuk golongan belia dalam bidang keusahawanan, YES dicipta untuk membantu golongan belia memiliki perniagaan sendiri dengan modal yang rendah tetapi mendapat pulangan yang hebat. Kita sedia maklum bahawa 9/10 sumber rezeki datangnya dari perniagaan. Untuk belia yang mahukan kebebasan dari segi kewangan dan masa, YES merupakan program yang sangat tepat untuk anda.

Kenapa? Kerana Program YES menawarkan anda peluang untuk menjana pendapatan, latihan kecerdasan emosi (softskills), latihan produk dan juga bimbingan daripada barisan mentor yang telah berjaya untuk merealisasikan impian anda untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri.



Untuk pengetahuan anda, YES juga merupakan platform bagi ibu-ibu muda yang ingin menjadi usahawan. Dengan keadaan ekonomi negara yang sangat merunsingkan, sudah pastinya mereka mahu membantu keluarga untuk menambah pendapatan di samping melahirkan generasi yang lebih sihat dan suasana kehidupan yang lebih berkualiti

Shaklee sangat mementingkan produk yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam, jadi mereka telah merangka Pek Kesihatan di bawah program YES iaitu Healthy Young Living, Healthy Fitness, Healthy Prenatal dan Healthy Postnatal bagi golongan belia yang aktif, ibu bekerja dari rumah dan semua golongan yang mencari peluang kerjaya dan kesihatan yang lebih baik. Menarik kan? Sangat sesuai untuk ibu muda yang memilih untuk tidak bekerja dan menguruskan rumah tangga sepenuh masa.

Untuk menjadi usahawan YES sangatlah mudah, Presiden Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim berkata, "Menjadi seorang Usahawan bersama YES amatlah mudah. Anda hanya perlu menyertai Shaklee, menggunakan dan berkongsi kebaikan produknya dengan rakan, keluarga dan orang disekeliling mereka. Kami mensasarkan untuk menyentuh lebih 100,000 orang sehingga akhir tahun ini dengan membantu usahawan muda ini meraih pendapatan tambahan sebanyak lima puluh peratus daripada pendapatan bersih mereka".

Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim sedang memberi penerangan tentang YES

Semasa lawatan kami ke ibu pejabat Shaklee Malaysia, Ayue berpeluang melihat persekitaran moden dan ceria dengan warna hijau disana. Apa yang menarik perhatian Ayue adalah ibu pejabat Shaklee Malaysia ni berkonsepkan kekeluargaan. Apabila usahawan Shaklee ingin berurusan di sana ataupun membuat perbincangan, mereka tidak perlu risau kerana terdapat bilik kecil untuk anak-anak mereka bermain. Ini bermaksud Shaklee Malaysia sangat prihatin dan menginginkan usahawan mereka berjaya.

Ruang perbincangan

Produk keluaran Shaklee

Bilik permainan kanak-kanak

Ayue percaya masih ramai lagi belia-belia di luar sana yang masih tercari-cari peluang untuk mempertingkatkan lagi ekonomi keluarga yang boleh menjamin masa depan seperti Ayue. Graduan yang sudah berkerjaya ataupun masih tercari-cari pekerjaan, surirumah dan mereka yang ingin bebas dari masalah kewangan, rebutlah peluang yang cuba diberikan oleh Shaklee Malaysia ni.



Ayue bersama Presiden Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim

Untuk maklumat lanjut tentang Shaklee Malaysia, boleh layari :
Facebook : Shaklee Malaysia





xoxo,

post signature

You Might Also Like

5 comments

  1. fuh mesti banyak dapat stok suplement

    ReplyDelete
  2. info yang bermanfaat dari blog ni. memang best

    ReplyDelete
  3. sangat best program YES ni. saya sendiri sudah 3tahun dalam busniess Shaklee. Alhamdulillah setahun full time menguruskan business shaklee dari rumah.

    http://jalanabadi172784.blogspot.com/2014/02/engineer-to-wahm.html

    ReplyDelete
  4. Program YES mmg menguntungkan untuk ahli baru. Dapat bonus double. Dpt vitamin free. Dan mcm mcm lagi. Untung laaa korang. Kak kep dulu dpt memberkit jek.. Hihihi..

    Rugi tak join sekarang.

    http://www.kakkep.com

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page