Mary Sharon | Spa Sleeping Mask Review

Monday, July 27, 2015

Assalamualaikum. Macam mana kita nak manjakan wajah dan sayangi kulit kita? Bagi Ayue dengan menggunakan mask, supaya wajah kita mendapat kelembapan yang secukupnya untuk kekal sihat dan cantik. Maklumlah, suhu di Malaysia kini makin panas dan berhabuk. Sangat tidak bagus untuk kulit kita kan. Tapi, mask yang mana satu bagus untuk semua jenis kulit dan ternyata berkesan?




Mary Sharon | Spa Sleeping Mask

Mary Sharon merupakan produk hasil kerjasama diantara Perancis, yang mengetuai penyelidikan dan pembangunan produk dan China untuk kerja-kerja pemasaran dan pengiklanan. Gabungan kedua Negara ini telah menghasilkan produk kecantikan yang mampu terjual dengan 10 botol seminit!


Produk Mary Sharon ini telah melalui 120,000 kali ujian klinikal dan mendapat sejumlah 8 paten menjadikan ia “A Queen’s Pampering For Every One”(“Sentuhan Ratu Untuk Semua”) kerana ia mampu merealisasikan impian pelanggan yang mengingini kecantikan dan kesempurnaan kulit pada harga yang berpatutan. Marysharon telah memenangi “Anugerah Jenama Paling Berpotensi” pada tahun 2014 dan mencapai angka jualan 1,000 juta RMB pada suku kedua 2014


Mary Sharon menggunakan formula pelembapan rumpai laut eksklusif, yang berasaskan esen rumpai laut Emas yang berkesan menentang kulit kering. Dengan kuasa pelembap semula jadi ini, ia membekalkan lembapan tambahan untuk kulit kering.


Jaring pengunci air yang unik pada permukaan kulit membolehkan kulit memulihkan kesegarannya. Ia mampu mengawal kulit berminyak, menanggalkan kulit mati, menyerikan kulit yang pudar dan memulihkan kegebuan kulit.



Review Mary Sharon | Spa Sleeping Mask

Ayue suka dengan konsep packaging yang dibawakan oleh Mary Sharon ni. Nampak sangat mewah dan elegan tetapi harganya sangat lah berpatutan.

Sejak Ayue diperkenalkan dengan MARY SHARON, Spa Sleeping Mask ni, Ayue tak ragu langsung tentang keberkesanannya sebab produk ini sudah terbukti berkesan. Ayue sendiri sudah mencubanya selama 2 minggu.


Wajah yang cantik secara semulajadi sememangnya merupakan impian setiap wanita. Siapa yang tidak ingin untuk kelihatan cantik dengan mekap yang minima atau mungkin tiada mekap langsung? Ayue juga termasuk dalam golongon itu dan Ayue pasti, ramai lagi diluar sana yang inginkan kulit sebegitu. Kata kuncinya hanya satu, SAYANGI KULIT.


Kulit Ayue memang jenis berminyak dan kering. Jadi produk ini sememangnya apa yang Ayue inginkan kerana ia mampu mengawal minyak dan menyerikan kulit Ayue yang kusam ni.


Teksturnya likat tetapi licin. Mulanya Ayue terfikir yang Ayue mungkin tidak selesa memakainya tetapi salah. Ia sangat ringan dan menariknya, ia tidak mempunyai bau yang menyakitkan hidung. Sangat selesa dan tenang je bila Ayue apply ke muka.


Lepas 2 minggu menggunakan Mary Sharon Spa Sleeping Mask, kulit Ayue terasa sangat lembut dan sihat. Ketara sangat kesannya sebab Ayue dapat rasakan kelembapan kulit Ayue sendiri. Mana tidaknya, garis-garis kedut pun nampak sebab kulit terlalu kering. Sekarang dah mula berkurangan. Seronok!


Liang pori juga semakin mengecil. Bila kecil, blackhead & whitehead juga semakin berkuranglah kan? Itu yang Ayue paling suka sebab Ayue ni jenis tak suka nak belek muka buang semua tu. Paling best, jerawat pun makin mengecut. Bila dah ada produk macam ni, memang akan jadi produk favourite lah. Nak basuh pun senang sangat, Ayue cuma perlu bilas muka untuk hilangkan mask tu. Lepas basuh tu lah muka Ayue terasa sangat lembut dan lembab.



Cara penggunaan Mary Sharon | Spa Sleeping Mask

Cara 1:
Selepas mencuci muka, apply mask secukupnya ke keseluruhan wajah dan cuci selepas 15 minit.

Cara 2:
Sapukan mask keselurahan wajah secara nipis dan biarkan semalaman.

Cara 3:
Sapukan mask secara nipis keseluruhan wajah dan bilas selepas 5 minit setiap pagi selepas mencuci muka untuk membuatkan mekap anda kekal lebih lama.



Produk Info Mary Sharon | Spa Sleeping Mask

Kuantiti : 110g
Harga : RM129 setiap botol
Availability : Watson, Sasa& kedai kecantikan Shills






Majlis Pelancaran Mary Sharon di Malaysia

Berita baik untuk anda! Mary Sharon akan membuat majlis pelancarannya di Malaysia pada 2 Ogos ini, jam 1.00 petang, di Berjaya Times Square. Dan mereka telah mengundang bintang terkenal Hong Kong Julian Cheung Chi-lam sebagai tetamu istimewa.


Empat produk utama yang dilancarkan adalah:

  • Marysharon Spa Sleeping Mask (10 botol dijual di seluruh dunia setiap minit) 
  • Marysharon Queen Radiance Eye Essence (kesan menakjubkan ke atas 5,000 wanita Cina yang menjalani ujian) 
  • Marysharon Queen Charcoal Cleansing Mask (Produk Utama 2015) 
  • Marysharon Collagen Hydrating Mask (pupur sutera 100% dengan pensijilan)



Anda juga berpeluang untuk berjumpa dengan Chi-Lam ni tau
Cara nya mudah saja :

Step 1: Beli mana-mana produk Mary Sharon di Shills Beauty House, Watson or Sasa bernilai RM200
Step 2: Like & Follow Mary Sharon Facebook Page HERE
Step 3: Snap gambar resit and PM details anda (Full Name, Contact Number and Email) ke Mary Sharon Facebook!

Bilangan tiket terhad dan pengagihan tiket adalah berdasarkan siapa dahulu, didahulukan.



Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Hubungi : 03-80622743/46





xoxo,


post signature

You Might Also Like

5 comments

  1. Ohh... cantik dan ayu kulit Ayue selepas ini. Hehehe.... Nice review!

    ReplyDelete
  2. Haha memang nampal 'glowing sangat'

    xoxo
    Miriam
    www.miriammerrygoround.com

    ReplyDelete
  3. Cantiknya dia punya bekas, best sebab jenis mask yang sapu, mesti tegang je kulit kan. Hehehe

    ReplyDelete

Youtube Channel

Instagram

Facebook Page