Masalah Rambut Kering dan Nipis Hilang dengan Dove Volume & Nourishment

Saturday, October 24, 2015


Assalamualaikum. Perempuan, tak kira lah kat mana-mana pun, mesti nak cantik kan? Kat luar rumah ke, kat dalam rumah ke, even dalam bilik pun, mesti nak cantik. Bila rasa cantik, mula lah nak selfie, betul tak? Haha.

Okey okey. Kalau dekat luar rumah, kita yang berhijab ni macam-macam style shawl yang kita dapat gayakan. Tak perlu risau tentang itu sebab banyak tutorial style shawl terkini ada di internet. Tapi macam mana pula bila kita di dalam rumah? Macam mana keadaan rambut kita bila rambut kita terperap hampir 12jam setiap hari? Ayue yakin. Mesti ramai yang mengalami masalah rambut kering dan nipis. Kan?


Kenapa Ayue yakin? Sebab, sendiri mengalami masalah rambut yang kering. Walaupun rambut Ayue tebal, tak bermakna rambut Ayue sihat. Masalah orang berambut tebal ni, dia risau nak lepaskan rambut. Selalunya mereka akan menyanggul rambut tanpa mengira situasi. Ada pula yang sampai menyanggul rambut semalaman supaya bila mereka bangun nanti, rambut kelihatan kemas. Gitu?

Untuk yang berambut nipis pula, mereka menyanggul rambut untuk membuatkan rambut mereka kelihatan lebih tebal. Alahai. Sedih bila tengok rambut kita macam tu kan? Kerja Ayue pula kadang-kadang dari pagi keluar rumah, malam baru balik. Bayangkan berapa lama rambut Ayue terperap didalam shawl seharian. Kesian dekat rambut. Tak dapat nak bernafas. Bila buka shawl pula, rambut mesti melepek. Tersusun rapat je atas kepala ni.


Sebelum ni, apa yang Ayue buat jika rambut Ayue terlalu melepek dan rata ialah Ayue akan buat ‘hair massage’ di rumah. Ayue akan lumur rambut dengan olive oil dalam 30 – 45 minit, bilas, kemudian shampoo seperti biasa. Adalah nampak perubahan sikit. Rambut nampak volume dan tak kering. Tapi masalahnya, kulit kepala Ayue pula cepat berminyak bila guna kaedah tu. Bila tak buat pula, rambut mengerbang macam hantu kak limah! Haha. Kena sanggul lagi rambut sebab nak kemas punya pasal. Kesian dekat rambut kan? Dekat rumah pun tak dapat nak bebas.

Tahu tak, kadang-kadang Ayue terfikir juga, macam mana lah nanti bila dah kahwin. Malu dengan keadaan rambut sekarang. Depan suami, mesti lah nak cantik-cantik kan. Bila keluar rumah cantik, dalam rumah pun mesti lah nak cantik juga. Ayue sendiri pun meluat tengok rambut ni rata je. Suami nanti macam mana agaknya. Huhu. Rambut tebal pun nampak rata dan nipis sebab selalu terperap dalam shawl.

Banyak sangat produk yang ada di pasaran untuk mengatasi masalah rambut kering dan tak bermaya ni sampai Ayue tak tahu nak pilih yang mana satu. Ayue mencari produk di pasaran yang boleh memberikan kedua-duanya iaitu khasiat dan ketebalan. Bila Ayue dapat tahu yang Dove ada keluarkan penjagaan rambut baru yang dapat bantu atasi masalah rambut kering Ayue ni kepada rambut yang subur serta menjadikan ia kelihatan cantik dan sihat, Ayue excited sangat nak cuba.


Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment merupakan satu rangkaian ciptaan baru daripada Dove menggunakan Teknologi Oxyfusion di mana formulasinya mengandungi gabungan unsur oksigen. Rumusannya menyerap ke dalam rambut dengan segera, memberikan kelembapan mendalam di samping menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%* tanpa membuatkan rambut terasa berat.

Bestnya Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment ni, rambut akan serta merta nampak lebih tebal, sihat dan bermaya. Awesome ke tidak?! Tambahan pula, rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment yang baru ini mempunyai haruman yang membuatkan wanita berasa segar sepanjang hari. Sangat wangi okey. Lepas cuci rambut, masa nak tidur tu rasa nyaman je. Tenang!


Teksturnya shampunya sangat lembut dan jernih seperti air manakala perapi pula likat tetapi tidak melekit selepas Ayue menggunakannya. Sekarang, Ayue boleh dapatkan rambut yang cantik dan sihat dengan hanya menggunakan Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment. Syukur. Tak perlu banyak-banyak produk dah.


Cara untuk gunakan Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment ni senang saja. Sama seperti langkah mencuci rambut yang kita selalu lakukan.





Syampu Dove Volume & Nourishment

Mengandungi Teknologi Oxyfusion untuk memberikan khasiat dan menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95%*. Syampu untuk kegunaan setiap hari ini menyegarkan rambut yang kering dan nipis selain membersih dengan lembut dan menyuburkan rambut pada setiap kali cucian.

Arahan: Gunakan pada rambut yang basah, urut perlahan pada rambut dan kulit kepala, kemudian bilas.



Perapi Dove Volume & Nourishment

Dicipta untuk melengkapi Syampu Dove Volume & Nourishment. Perapi ini menyuburkan rambut dan mengembalikan kelembutan dan kelicinannya tanpa menjadikan rambut terasa berat, menjadikan rambut yang kering dan nipis kelihatan lebih tebal dan bermaya.

Arahan: Gunakan pada rambut yang basah, fokus pada pertengahan hingga penghujung rambut dan bilas.

Fuhh! Panjang pula Ayue berceloteh kali ni. Hehe. Cukup lah tu ek? Okey. Ni Ayue ada BERITA BEST untuk pembaca blog Ayue ni. Ayue nak hadiahkan hamper Dove bernilai RM100 untuk 5 pemenang bertuah. Yeay!!







Cara nak join giveaway Ayue ni mudah sangat. Anda hanya perlu jawap soalan di rafflecopter di bawah dan 5 pemenang bertuah akan memenangi hamper Dove bernilai RM100 setiap satu. Wee~




Mudah sangat kan? Jom ramai-ramai join okey.


Isi Rafflecopter diatas dan jawap soalan dibawah ni :


Soalan 1: Berapa banyak jumlah tambahan (dalam%) akan anda alami selepas mencuci dengan Dove Volume & Nourishment berbanding rambut rata?
Soalan 2: Apakah dua (2) kebaikan selepas menggunakan Dove Volume & Nourishment?



Terms and conditions:

1. Terbuka kepada seluruh penduduk Malaysia.
2. Giveaway berlangsung dari 24 Oktober 2015 - 7 November 2015.
3. Anda perlu menjawap dua (2) soalan mudah tentang Dove Volume & Nourishment di ruangan komen entry ini.
4. Lima (5) entri yang bertuah akan dipilih melalui system rafflecopter dan memenangi hamper barangan Dove Volume & Nourishment bernilai RM100.
5. Lima (5) pemenang bertuah akan diumumkan dalam masa 7 hari selepas tamat tarikh giveaway.



Untuk anda yang tidak menang, tapi nak cuba rangkaian penjagaan rambut Dove Volume & Nourishment ni, takpa. Anda boleh dapatkannya di seluruh negara pada harga RM15 (340ml) untuk Syampu dan RM15 (330ml) untuk Perapi.



Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan mendapatkan sampel, layari www.dovehair.com.my.



xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive