Pretz n' Beanz | Cafe Pretzel Paling Sedap

Thursday, December 17, 2015

Assalamualaikum. Okey, siapa suka Pretzel sini angkat tangan?! Ayue suka juga, cuma selama ni Ayue makan pretzel yang berperisa. Contohnya cinnamon, coklat dan bawang putih. Anda tau tak yang pretzel juga boleh dibuat sebagai base pizza? Haa, ni Ayue nak cerita ni. Excited okey sebab cafe yang Ayue nak share ni serve makanan berdasarkan pretzel semata. Menarik tak?


Pretz n' Beanz, Solaris Mont Kiara. Nama kedai pun dah terserlah jual pretzel. Hehe. Ayue datang lambat sikit, Numi, kak diya dengan Islam dah lama tunggu Ayue. Nasib baik diorang belum start makan, kalau tak melepas lah Ayue nak rasa menu-menu yang best dekat sini.


Champignon Baked Egg | RM19.70


Dalam banyak-banyak menu yang ada, kami order Champignon Baked Egg sebab menu ni antara best seller dekat sini. Bila Ayue makan. fuh, patut lah! Sedap sangat okey. Kaya dengan cendawan, cheese dan telur. Semua cukup rasa. Satu mangkuk ni pun kalau diikutkan tak cukup sebab rasa dia tak muak langsung. Ayue suggest kalau anda nak makan baked egg ni, boleh makan time breakfast sebab ia dihidang sekali dengan Plain Pretzels and Veggie Sticks.



Nampak tak betapa banyak cheese yang ada? Siap meleleh panjang bila cuit dengan pretzel tau. Pretzel plain ni pula kalau anda nak makan macam tu pun takpa. Kesemua pretzel yang ada di Pretz n' Beanz ni freshly bake, sedap dia lain macam. Haha.


Pretz n' Stew Chicken Green Curry | RM19.70


Kemudian kami order Pretz n' Stew Chicken Green Curry. Siapa sangka green curry dekat cafe macam ni sedap gila? Selalu dekat restoran thai baru rasa dia umphh kan? Serius, sampai licin lah Ayue kerjakan green curry tu. Rasa lemak, rasa manis, pedas-pedas sikit. Sesuai je rasa dia bila Ayue makan dengan pretzel. 


Menu ni terus jadi favorite Ayue tau. Sampai teringat-ingat lah. Sambil menaip ni pun kecur liur dibuatnya. Lepas ni kalau datang sini lagi, sure order yang ni dulu. Menu wajib anda cuba kalau datang sini okey?

Pastu, tak lengkap lah cafe yang hidangkan pretzel kalau takda pelbagai jenis pretzel yang boleh dipilih kan. Berbeza dari pretzel dari kedai atau cafe yang lain, pretzel di Pretz n' Beanz ni sangat besar, sangat lembut dan sangat sedap. Ada 8 jenis pretzel yang ada sini, antaranya :

  • Origin : Coated with Sea Salt
  • Plain : Plain baked bread 
  • Cinnamon Sugar : Coated with Cinnamon and Brown Sugar
  • Sesame Sugar : Coated with Sesame Seed and White Sugar
  • Chocolate Cookie Crunch : Coated with Chocolate Sauce and Crunched Cookies 
  • Chocolate Peanut Crunch : Coated with Chocolate Sauce and Crunched Peanuts 
  • Basil Cheese : Coated with Mozzarella Cheese, Dry Basil Leaf and Sea Salt 
  • Parmesan Cheese : Coated with Parmesan Cheese


Kesemua pretzel ni anda boleh pilih nak dip dengan apa. Dipping sauce yang mereka sediakan adalah Caramel Sauce, Chocolate Sauce, Cream Cheese & Sour Cream with Onion. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Kalau Ayue, Ayue memang pilih caramel sauce sebab tu memang favorite sepanjang zaman. Hehe.

Dalam banyak-banyak pretzel yang ada, kami order Cinnamon Sugar dan Basil Cheese. Saja nak cuba yang manis dan yang bercheese. Maklumlah, tekak masing-masing berbeza. 

Untuk yang gemarkan cheese, Basil Cheese ni memang sesuai lah dengan anda sebab terasa cheese nya sampai ke pretzel. Masin-masin sikit, lepas tu cicah dengan Sour Cream with Onion. Terangkat oiii~

Basil Cheese Pretzel

Basil Cheese Pretzel

Ayue pula lebih kepada rasa manis berbanding segala rasa yang ada, sebab tu Ayue suka Cinnamon Sugar Pretzel. Dah la wangi, cicah pula dengan caramel sauce, memang Ayue hadap seorang je lah pretzel tu. Orang lain kalau nak pergi order yang lain eh? Hehe.

Cinnamon Sugar Pretzel

Cinnamon Sugar Pretzel


Chicken Hawaian Pretzel Pizza | RM17.35


Last sekali, sebelum kami berbuntang kekenyangan, kami order Chicken Hawaian Pretzel Pizza. Ni lah yang Ayue kata base pizza dari pretzel tu. Tak sangka kan? Chicken Hawaian ni ada pizza sauce, chicken ham, pineapple cube dan mozzarella cheese. Pastu base pula nipis, macam tau-tau je Numi suka pizza nipis-nipis ni. Senyum lebar dia bila pizza ni sampai kat meja kami.  



Untuk pizza, anda boleh pilih sama ada nak 7inch (personal) atau 10inch (regular). Kami pilih 7inch je sebab dah makan banyak tadi kan. 


Untuk minuman pula, anda boleh pilih sama ada nak minum healthy juice, tea, coffee atau ice blended. Ayue suka green tea, Numi pula order Florentine Cookies. Puas kami teka apa sebenarnya Florentine Cookies ni sebab rasanya macam coklat pun ada, macam nescafe pun ada. Rupa-rupanya Coffee Based dengan Chocolate dan Cookies. Haha. Sedap tau! Ayue yang kurang gemar coffee ni pun suka.




Volcano Chocolate Cake with Ice Cream | RM15.05


Dan, tak lengkap lah kalau makan takda dessert. Kami cuba Volcano Chocolate Cake with Ice Cream. Kek ni dihidang panas-panas bersama dengan aiskrim vanila. Panas dengan sejuk. Tu yang uniknya dessert ni.


Cuba tengok, macam gunung berapi tak? Hehe. Puas hati sangat makan di Pretz n' Beanz ni. Harga affordable, cafe pun cantik. Kalau nak datang lepak dengan kawan-kawan atau family, sesuai lah. Siapa duduk area solaris tu jangan lupa singgah cafe Pretz n' Beanz okey. Yang teringin nak makan pretzel sedap pun Ayue recommend cafe ni untuk anda terjah.









Pretz n' Beanz Cafe
Solaris Mont Kiara, 22, 
Jalan Solaris 4 Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-7732 0175


Untuk maklumat lanjut, boleh layari :



xoxo,

post signature

Unless stated, photo credit to Sayaiday.

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive