Bayar bil Indah Water Konsortium dan dapat hadiah menarik!

Saturday, January 09, 2016

Assalamualaikum. Tiap kali sampai je surat dari Indah Water Konsortium (IWK), Ayue tak pernah kisah pun. Buka pun tidak kadang-kadang. Paling teruk, Ayue tak tahu pun apa sebenarnya IWK ni buat selain dari uruskan pembuangan najis. Teruk kan?

Satu hari, bila Ayue masuk ke dalam tandas di shopping mall, Ayue ada nampak banner di bawah ni dan terfikir. Apa akan jadi pada jadi air sisa kumbahan kita kalau ia tidak dirawat? Dah macam duduk dalam zaman purba pula. 


Bayangkan IWK merawat hampir 65 Juta Liter air sisa kumbahan sehari untuk memastikan kita hidup secara bersih dan selamat. Itu satu jumlah yang sangat besar okey. Tapi kalau anda lihat balik bil IWK tu, berapa je yang kita kena bayar setiap bulan? Hanya RM8.

Malu kan? Ayue malu dengan diri Ayue sendiri sebab menjadi salah seorang dari manusia yang tidak bersyukur. Orang dah bantu kita untuk hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat, Ayue pula nak bayar RM8 sebulan pun susah? Haish!


Ayue tahu ramai juga yang terlepas pandang betapa pentingnya untuk kita membayar bil IWK seperti Ayue. IWK bukan saja menguruskan air sisa kumbahan kita, malah mereka juga memastikan air buangan dan kumbahan kita dirawat dulu sebelum disalurkan kembali ke perairan kita untuk mengekalkan persekitaran yang selamat, bersih dan melindungi sumber air kita.



Atau mungkin juga ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tabir IWK ni. Nampak macam takda buat apa-apa kerja eh? Hehe. Segala air sisa kumbahan anda, tak kira lah ketika mandi, buang air, basuh baju sekali pun, bila ia mengalir keluar dari premis, sama ada ke Tangki Septik Individu (IST) atau terus ke loji pembetungan, ia diuruskan oleh IWK. Sebab tu pentingnya IWK ni pada kita.




Apa kata, mulai sekarang, kita mula membayar bil IWK sama seperti kita membayar bil-bil yang lain supaya IWK dapat terus memelihara kita pencemaran. Negara kita mempunyai lebih dari 8,000 buah loji kumbahan dan 15,000 km saliran paip pembetungan awam bawah tanah yang perlu diselenggara. Jumlah yang agak besar kan? Jadi apa kata kita bantu IWK untuk IWK bantu kita pula?


Anda boleh membayar dengan pelbagai perkhidmatan bayaran yang ada. Antaranya :

1) Menggunakan Sampul Surat Setem Pra-Bayar IWK bagi pembayaran berbentuk Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Sila pastikan anda menulis NOMBOR AKAUN PEMBETUNGAN anda di muka belakang Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos.

2) Pejabat-Pejabat & Ibu Pejabat IWK di Aras 1-4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur bagi pembayaran secara Tunai, Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Tel. 03-27801100.

3) Perbankan Internet :

4) Kaunter Pembayaran (Tunai Sahaja)
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional
  • AmBank

5) Kaunter Pembayaran (Cek & Tunai)
  • Public Bank & Finance
  • Maybank & Mayban Finance
  • Bank Islam
  • EON Bank
  • Pejabat Unit Indah Water

6) Mesin Juruwang Automatik (ATM)
  • Public Bank & Finance
  • AmBank
  • RHB Bank

7) Perbankan Telefon
  • Maybank & Mayban Finance (Kawanku Tel: 1-300-88-6688)
  • Public Bank & Finance (Tel: 03-2163 9000)
  • MBf "Call n' Pay" (Tel: 03-2167 7600)

8) Pemindahan Dana Secara Elektronik
Pembayaran melalui akaun Maybank (Ampang Park) : No. akaun - 514057242404

9) Nombor Akaun AmBank untuk IWK
AmBank Pusat Bandar Damansara - 2292022000083


Malah, untuk anda yang bayar online, ada berita menarik untuk anda. Bayar bil IWK anda secara atas talian dari 11 – 31 Januari 2016 dan rebut peluang untuk memenangi kad eksklusif IWK-Touch ‘n’ Go untuk 300 pelanggan pertama setiap minggu dan 45 pelanggan pertama yang membuat bayaran bil IWK atas talian untuk setahun (termasuk caj GST) akan membawa pulang beg komputer eksklusif IWK bernilai RM150!!



Cepat-cepat bayar bil IWK anda ok? 





Untuk maklumat lanjut tentang IWK, boleh layari : 
Website: www.iwk.com.my
Twitter: @iwkcomms



xoxo,
post signature

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog Archive