L'Occitane Reine Blanche | Whitening Sleeping Mask & Illuminating Eye Care & Mask Review

Friday, March 18, 2016

Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak rutin penjagaan wajah harian, yang paling Ayue suka adalah mask sebab pada Ayue, sesi memakai mask ni adalah masa yang paling relax sekali untuk wajah. Lepas penat seharian, wajah perlu rehat bukan?


Tahun lepas, L'Occitane memperkenalkan rangkaian Reine Blanche iaitu set pemutihan dan pencerahan yang menggunakan rutin kecantikan mewah diformulasi dengan Organik Reine des Prés. Apa yang menarik perhatian Ayue adalah keunikan bunga Reine des Prés ni kerana kelopak bunga ni akan berubah menjadi lebih cerah dari masa ke semasa. Dari cerah putih krim kepada putih tulen. Nampak tak betapa istimewanya kelopak bunga ni?



Dua minggu lepas Ayue ke event L'Occitane untuk lihat sendiri produk baru keluarannya. Bila L'Occitane keluar lagi dengan dua produk terbaru untuk melengkapkan lagi rangkaian Reine Blanche ni, Ayue excited sangat tau. Mana tidaknya, dua produk itu adalah Whitening Sleeping Mask dan Illuminating Eye Care & Mask. Haa, memang Ayue suka sangat lah. Masa untuk memanjakan wajah gitu. Hehe.



Dua produk ni bukan saja melengkapkan set pemutihan dan pencerahan yang sedia ada, malah untuk meningkatkan lagi keberkesanan rangkaian ini semasa anda tidur. Siapa yang tak suka sambil tidur pun boleh cerah secara semulajadi kan?

Masa event, Ayue difahamkan bahawa dari bunga Reine des Prés, L'Occitane mencipta Reine Blanche Complex yang mengandungi asid semulajadi salisilik, ekstrak akar mulberi dan vitamin c. Gabungan yang unik ini lah yang membantu untuk mencerahkan, memutihkan dan menghaluskan lagi tekstur kulit supaya kulit lebih sekata dan cantik.







Whitening Sleeping Mask | RM333 (100ml)


Membantu mengurangkan bintik-bintik hitam, mencerahkan warna kulit dan menguatkan kulit. Diperkaya dengan Meadowsweet dan ekstrak Mulberry Putih, Vitamin C dan Bunga ekstrak Scutellaria Baicalensis.

Formula yang ringan dan menyegarkan ini membantu:
  • Mengurangkan tompok-tompok hitam pada kulit
  • Mencerahkan warna kulit, membantu memulihkan kulit supaya lebih telus dan jelas
  • Menguatkan kulit untuk meningkatkan keupayaannya untuk berlindung daripada pencemaran
  • Menenangkan kulit selepas dirosakkan oleh tekanan dan pencemaran
  • Menghidrat kulit selama 24jam


Tonton video dibawah untuk melihat cara pemakaian Whitening Sleeping Mask ni okey.



Komen Ayue :

Ayue suka sangat sleeping mask ni sebab dapat mencerahkan dan memperbaiki strukstur kulit masa Ayue tidur. Tekstur nya yang lembut dan ringan membuatkan Ayue selesa menggunakannya sepanjang malam. Wangi pula tu! Lebih kurang macam terapi tau. Lena tidur. Hehe. Bangun pagi je terus dapat rasa kulit lembut, segar dan glowing gitu. Kalau gunakan secara berterusan, boleh hilangkan dark spot lagi. Suka tak?



Illuminating Eye Care & Mask | RM193 (15ml)



Membantu mencerah kontur mata, menghilangkan bengkak mata dan kelembapan kulit dengan ekstrak Meadowsweet , White Mulberry dan Caffeine.

Formula gel yang ringan dan menyegarkan ini membantu:
  • Mencerahkan dan menerangi kontur mata
  • Menyegarkan, menghilangkan bengkak mata
  • Mengurangkan garis-garis halus bawah mata
  • Melembapkan kulit

Tonton video dibawah untuk melihat cara pemakaian Illuminating Eye Care & Mask okey.


Komen Ayue :
Rata-rata wanita di Malaysia ni mempunyai mata yang kusam, tidak bermaya dan eye bag yang agak teruk termasuklah Ayue. Tiap kali keluar terpaksalah touch up untuk menghilangkan eye bag tu. Sebab tu Ayue suka Illuminating Eye Care & Mask ni sebab ia dapat menyegarkan kembali mata Ayue ni. Paling Ayue suka adalah design rounded metal tipnya yang unik membuatkan eye care ni mempunyai cooling efek yang dapat membantu meransang micro-circulation sekeliling mata dan mudah untuk digunakan. Boleh apply direct ke mata. Senang je! Untuk anda yang mempunyai masalah eye bag atau garis bawah mata yang teruk, boleh gunakannya setiap hari, siang dan malam.





Okey, best kan? Cepat-cepatlah tambah koleksi terbaru Reine Blanche ni. Serius best. Dah la makin cerah, eye bag pun hilanh. Seronok!



Kalau nak beli Whitening Sleeping Mask dan Illuminating Eye Care & Mask ni, boleh klik link dibawah ni okey. Nak tengok-tengok dulu pun boleh. Takda masalah. Hehe.





xoxo,

You Might Also Like

0 comments

Youtube Channel

Blog List

Blog Archive